TENGKU Aadyan diam memandang wallpaper home screen laptop miliknya. Wallpaper tersebut merupakan gambar dia dan isterinya sedang berjalan-jalan di pantai bersama Aadrian. Apabila diingat kembali, banyak kenangan mereka bersama dan itu buatkan hati Tengku Aadyan berasa sebak.Dia hela nafas perlahan sebelum telefon bimbit miliknya di ambil lalu fon tersebut di hidupkan. Terlihat gambar Efrina yang sedang senyum. Dia lekapkan dahinya pada skrin telefon miliknya.
"Damn it... I miss you damn much." ucapnya dengan sayu. Di kucup gambar itu sekilas sebelum telefon itu di letakkan pada atas mejanya semula.Secara automatik wajahnya berubah menjadi dingin saat pintu biliknya di buka seseorang. Baru sahaja ingin memarahi gerangan tersebut, niatnya terbantut saat melihat abang kembarnya yang selamba masuk ke dalam bilik kerjanya tanpa rasa bersalah.
Aaryan berjalan mendekati sofa panjang yang terdapat di dalam bilik itu sebelum punggung di henyak pada sofa empuk itu. Mata amber keemasannya memandang Aadyan yang memandang dirinya. Senyuman tidak bersalah di lemparkan pada adik kembarnya.
"Hola! Macam mana dengan bodyguard tu? Okey?" soalnya sambil kaki di silang kan. Belakang tubuh di sandarkan pada sofa itu."Okey. Tapi, kenapa dia pakai mask dan cermin mata?" soal Aadyan hairan. Dia, penasaran sebenarnya. Entah kenapa dengan dirinya. Ingin benar dia melihat wajah wanita itu. Namun dia tahu, pasti buatkan wanita itu tidak selesa. Jadi dia diamkan.
"Biasa. Sorok identiti." jawabnya selamba lalu kedua bahu di jongket ke atas.Aadyan jeling abangnya. Memang jawapan paling bernas sekali.
"Dah ah kau lahanat. Langsung tak boleh membantu." cebiknya sebelum dia kembali memandang laptopnya. Jari jemarinya berhenti menekan papan kekunci laptopnya apabila teringatkan sesuatu.
"Oh ya! Kau dah jumpa bini aku tak?" soal Aadyan. Dia berharap ada balasan dari abangnya itu. Aaryan diam. Berat rasa mulut ingin jujur akan tentang isteri adiknya itu.Namun keadaan tidak mengizinkan. Dia perlu selesaikan semuanya dan baru lah pasangan suami isteri ini bisa bersama semula.
Aaryan hela nafas berat sebelum kepala di geleng sebagai balasan dan wajah Aadyan terus bertukar kecewa. Retak separuh hatinya. Dia diam dan kembali memandang laptop. Wajah sedihnya dia sorok sehabis mungkin dengan wajah dingin miliknya. Aaryan yang melihat perubahan itu serba salah. Maafkan aku Aadyan... Belum tiba masanya lagi.
TENGKU Aadyan masuk ke dalam rumah saat sudah di buka oleh pembantu rumahnya. Pembantu rumah di situ menundukkan tubuh mereka sebagai tanda hormat. Tengku Aadyan berjalan melalui ruang tamu. Dahinya sedikit berkerut apabila melihat ada seseorang di ruang tamu.
Dengan perlahan, kaki di buka mendekati sofa itu. Mata coklat mudanya hanya diam Rina dan Aadrian yang sedang berpelukan di atas sofa. Kedua-duanya tampak begitu lena.
Dia pandang wajah Rina. Wajah itu masih di tutupi mask tetapi kaca mata hitamnya sudah hilang entah ke mana. Dengan kadar perlahan, dia ambil Aadrian dari Rina lalu tubuh kecil itu di dukungnya dan berlalu naik ke atas. Pintu bilik milik Aadrian di dekati sebelum tubuh Aadrian perlahan-lahan di baringkan di atas tilam.
Selimut di tarik hingga paras dada. Dia mengusap perlahan kepala anak kecil itu dengan lembut lalu satu kucupan hangat di berikan pada dahi Aadrian. Dia kemudian berlalu keluar dari bilik tersebut dan pintu tidak lupa di tutup.
Tengku Aadyan turun ke bawah semula dan Rina masih kelihatan lena. Dia tidak tahu ingin mengejutkan wanita itu bagaimana kerana dia tidak menyentuh perempuan lain selain isterinya.Dia hormatkan wanita. Akhirnya, Tengku Aadyan menepuk tangannya kuat di hadapan wajah wanita itu dan itu buatkan Rina sedar dari lenanya. Terkebil-kebil mata hazel itu memandang Tengku Aadyan di hadapannya. Tengku Aadyan sedikit tergamam saat sepasang mata hazel cerah itu bertembung dengan mata coklet mudanya.
Dia berdehem bagi menghilangkan rasa di dalam dirinya lalu berdiri tegak. Rina pantas berdiri dari duduknya dan dia tundukkan tubuhnya sedikit sebagai tanda hormat.
"Maaf sebab tertidur tadi Tuan muda." katanya perlahan. Tengku Aadyan geleng sahaja sebagai balasan.
"Tak apa. Aku tahu kau penat. Kau boleh pulang rehat dan besok datang ke sini semula." ujarnya dingin tanpa memandang wajah wanita itu.Rina angguk sebagai balasan. Dia meminta diri sebelum berlalu dari situ. Tengku Aadyan hanya diam memandang langkah pergi wanita itu. Siapa kau sebenarnya?...
"WOI BANGANG!" Ariana Syaa kaget saat mendengar jeritan itu. Kepalanya terteleng sedikit memandang Ariani dan Rayn yang sedang berkejaran di dalam mall. Keluhan kecil terlepas dari bibir munggilnya. Menyesal bawa bala ni.
"Kan abang dah cakap. Tak payah bawah dua beruk ni, tapi sweetie juga degil nak bawa diorang." ucap Raja Daniel mendatar.Ingin sahaja di penyet-penyetkan anak jahanam itu. Dasar Abuja!
"Nak buat macam mana? Sweetie tak sanggup nak tinggalkan dua monyet ni dekat rumah abang. Entah-entah kita balik je rumah dah hangus." Raja Daniel menggangguk mendengar kata-kata isterinya. Ada benarnya juga itu.
"Sweetie suruh jelah diorang kahwin cepat-cepat. Settle masalah. Kalau rumah meletup pun tak payah risau sebab itu rumah diorang." cadang Raja Daniel.Terangguk-angguk kepala Ariana mendengarnya. Bernas juga idea suami aku ni! Ariana sambung minum air cokletnya dan matanya liar memandang sekeliling. Tiba-tiba dia tersedak. Raja Daniel pantas mengusap belakang tubuh isterinya.
"YaAllah sweetie. Minum jangan gelojoh sangat kan dah tersedak." ucap Raja Daniel penuh risau. Ariana terbatuk-batuk.Dia pandang apa yang baru sahaja di lihatnya tadi.
Terlihat seorang wanita memakai hoodie kelabu serta seluar tracksuit berwarna hitam. Rambut merah keperangan itu diikat ala messy hair sambil sedang bercakap-cakap dengan orang di hadapannya. Dan, orang di hadapan wanita itu ialah lelaki. Jejaka itu turut memakai hoodie namun bezanya berwarna coklat dan seluar berwarna hitam. Ada topi di kepala jejaka itu namun wajahnya masih jelas terlihat.
Efrina... Dan Aaryan? Kembar Aadyan?
Dia tak salah tengok kan?
"Abang..." panggil Ariana perlahan sambil mata tak lepas memandang pasangan tersebut dari jauh.
"Yes sweetie?" balas Raja Daniel lembut.
"Abang tengok tu..." jari telunjuknya di tunjukkan ke tempat mereka. Raja Daniel sedikit hairan namun tetap memandang ke arah tersebut. Membulat besar matanya. Reaksinya hampir sama dengan isterinya. Terkejut."Sweetie... Tu..."
"Yes abang! Kita perlu bagitau Aadyan!" Raja Daniel terngadah. Tidak tahu ingin berkata apa. Semua ini bagaikan mimpi! Nampaknya, berita itu harus segera di beritahui kepada Tengku Aadyan.Apalah reaksi jejaka itu jika mengetahuinya?
▄︻デнιѕ мαƒια ωιƒє══━一
I'm sorry guys sbb pndk.
Dan, saya tak tahu apa yg berlaku di atas ya.
Haha!
Selamat membaca semua.
Hope you guys love it.
Enjoy everyone.
Don't forget to comments and vote!
YOU ARE READING
HIS MAFIA WIFE. (OG)
Teen FictionEfrina Adleya. Gadis yang berambut perang dan memiliki mata yang unik seperti ibunya. Hazel. Gadis ini merupakan seorang ketua mafia. Dia juga amat di kenali oleh semua orang, dan sesiapa sahaja yang mencari masalah dengannya akan dibunuh. Gadis yan...