▄︻デвαв 4══━一

2.1K 130 31
                                    


"WHAT'S wrong with you Alexxa?" bengang suara Axel bertanya. Kemarahannya semakin mencanak naik. Sikap menyakitkan hati adiknya ini membuatkan dia berasa geram.
"What? I'm not doing anything..." selamba dia membalas.
"Don't you dare lie to me again..." dingin suaranya berkata.

Alexxa menjulingkan matanya ke atas. Menyampah dengan abangnya.
"Aku buat apa?" malas sahaja suaranya ingin bertanya.
"Kau jangan ingat aku tak tahu semalam kau pergi rumah Efrina, Alexxa!" marahnya. Alexxa tersenyum sinis sebelum dia membuat wajah yang seolah-olah terkejut.

"Oh... Cepat betul kau tahu eh..." sinisnya. Axel memandangnya dengan tajam.
"Kau, jangan nak terfikir untuk hancurkan rumah tangga diorang."
"Hey! Suka hati aku lah nak buat apa, yang kau menyibuk ni apa pasal?! " berang suara Alexxa bertanya. Tak suka apabila ada orang yang sesuka hati masuk campur.

"Suka hati aku lah nak menyibuk ke apa! Kau sedar tak yang kau nak hancurkan rumah tangga orang?" Alexxa mencebik dengarnya. Dia memalingkan wajahnya ke sebelah. Malas ingin melihat wajahnya.
"Look like i care..." terus dia bangun dari situ sebelum meninggalkan abangnya di ruang tamu keseorangan.

Axel menggelengkan kepalanya beberapa kali. Apa lah yang merasuki adiknya itu.

▄︻デнιѕ мαƒια ωιƒє══━一

SELESAI mengaminkan doa, sejadah yang telah digunakan olehnya itu dilipat lalu di simpan atas almari. Tenang rasanya apabila dapat menunaikan solat. Jam di dinding di kerling sekilas. Sudah mahu pukul 9. Tetapi kelibat isterinya masih belum muncul. Isterinya hanya mengatakan ada hal di luar sana yang perlu diselesaikan.

Entah hal apa lah yang emergency sangat tu. Tubuhnya di henyak atas tilam sebelum dia memandang ke atas. Wajah dingin milik sang isteri menjelma di fikirannya. Cantik. Sudah 2 minggu mereka menjadi suami isteri. Dan, tiada apa yang berlaku. Selesa pun ya. Kadang-kadang kalau isterinya tengah badmood isterinya akan mencarinya.

Dan akan memeluknya sahaja. Melekat 24 jam. Jujur, Tengku Aadyan Han sudah terjatuh hati pada isterinya. Memang tidak dinafikan isterinya berbeda dengan gadis di luar sana. Walaupun dia tidak memakai tudung, gadis itu tidak memakai pakaian-pakaian yang seksi.

Dia tersenyum sendiri. Tak mengapa. Suatu hari nanti, akan dia bantu isterinya menutup aurat dengan sempurna. Ikut kan hati, dia hanya ingin aurat dan rambut isterinya hanya dia sahaja yang lihat. Namun, memandangkan isterinya belum bersedia. Dia akan tunggu.

Klak!

Bunyi pintu yang dikuak dari luar menyentakkan Tengku Aadyan Han dari lamunannya. Laju dia duduk dari berbaring. Matanya terkebil-kebil melihat isterinya yang hanya diam menunduk. Baju di tubuhnya juga kelihatan seperti ada beberapa tompok darah. Dan ya, hidung nya memang tidak salah bau. Isterinya baru sahaja membunuh orang kah?

Perlahan-lahan dia turun dari katil sebelum mendekati isterinya yang berdiri di depan pintu yang hanya diam menunduk.
"Awak ok tak ni?" perlahan suaranya bertanya. Diam. Tiada balasan dari sang isteri membuatkan dirinya semakin risau.

"Leya, awak-" terkejut Tengku Aadyan Han apabila gadis itu tiba-tiba sahaja memeluk tubuhnya.
"L-leya kenapa ni?"
"Shhh.......... Kau, janji jangan tinggalkan aku please... " perlahan suaranya berkata. Tengku Aadyan Han menundukkan wajahnya kebawah.

"Hey, saya takkan tinggalkan awaklah... Itu janji saya. Seberat mana pun ujian yang Allah berikan, saya takkan tinggalkan isteri saya keseorangan. " lembut suara Tengku Aadyan Han berkata. Efrina Adleya hanya diam membisu. Terkelu dia mendengar apa yang dikatakan oleh suaminya.

HIS MAFIA WIFE. (OG) Where stories live. Discover now