▄︻デBab 39══━一

609 36 7
                                    


RINA parkingkan motor ninja berkuasa tinggi miliknya di hadapan sebuah sekolah rendah. Dia turun dari motornya sebelum helmet hitamnya di buka lalu tubuhnya di sandarkan pada motor miliknya. Mata hazel miliknya hanya diam meliar memandang sekeliling.

Ramai yang memandang ke arahnya. Sebab, ini pertama kalinya ada orang mengambil anak di sekolah menggunakan motor ninja berkuasa tinggi. Kedengaran bunyi loceng sekolah berbunyi. Itu menandankan semua murid di sekolah sudah boleh pulang ke rumah. Pagar sekolah mulai terbuka luas dan ramai budak sekolah yang berlari pergi ke arah ibu bapa masing-masing.

Rina masih setia menunggu. Dan apabila matanya tertangkap ke arah seorang budak lelaki, senyuman langsung terlakar di sebalik mask hitamnya. Aadrian yang seperti tahu kehadirannya senyum lebar dan berlari terkedek-kedek ke arahnya. Rina tundukkan tubuhnya sebelum tangan di buka luas. Dan, Aadrian langsung memeluk erat tubuh wanita itu.
"Yeay! Aunty Rina!"  jeritnya teruja.

Dia gembira apabila akhirnya berjumpa dengan wanita ini. Kerana sewaktu bertolak ke sekolah, pembantu peribadi papanya yang menghantarnya ke sekolah dan katanya Rina ada hal sehingga tidak dapat menghantar dirinya. Habis monyok wajah anak kecil itu. Dan ya, dia sekarang kembali gembira.

Dia hanya inginkan wanita ini! Rina tertawa kecil saat melihat reaksi Aadrian itu. Dia sudah di beritahui bahawa Aadrian merajuk dengannya. Sudah hampir 2 minggu dia berkerja dengan Tengku Aadyan dan ya, hubungannya bersama Aadrian semakin erat. Terkadang, dia rasakan Aadrian anaknya. Sebab itu dia sayang anak kecil itu bagaikan anaknya sendiri.

"Aunty dengar, ada orang tu merajuk sebab aunty tak hantar. It's that  true?" soalnya bersama kening di jongket beberapa kali. Aadrian senyum malu.
"Hehe. Tadi je aunty. Sekarang tak!" jawab Aadrian riang. Dia  cium sekilas pipi Rina yang di tutupi mask itu. Tanpa sedar, itu buatkan Rina senyum lebar.
"Aww... What a sweet little boy!"  ucapnya sebelum rambut Aadrian di serabai kan. Aadrian sengih sahaja.
"Jom balik aunty!" Rina menggangguk. Di dukung tubuh kecil itu sebelum di letak atas motor miliknya. Helmet yang sesuai buat Aadrian di ambil lalu di pakaikan pada kepalanya.

Di atas helmet tersebut terdapat telinga kucing dan itu buatkan dia kelihatan comel. Aadrian menyeringai suka. Rina kemudian ambil pulak helmet miliknya lalu di pakai dan naik menunggang motornya.
"Peluk pinggang aunty kuat-kuat!" pesan Rina dan laju sahaja Aadrian mengangguk.
"Otey!"  dan sejurus itu, motor ninja berkuasa tinggi itu mulai berlalu dari situ.








AADRIAN senyum bahagia. Aiskrim coklet di tangannya di jilat sehingga bibirnya comot. Rina di sebelahnya tertawa kecil sahaja. Dia sekarang hanya memakai pakaian santai iaitu hoodie biru gelap serta seluar putih. Ya, pertama kali dalam hidupnya memakai warna yang cerah. Selalu asyik hitam sahaja.

Aadrian pulak turut memakai hoodie biru gelap dan seluar putih. Mereka berdua matching. Rina dan Aadrian sekarang berada di dalam Suria KLCC. Ya, mereka sedang berjalan-jalan memakan angin. Aadrian memujuk dirinya dan dia akhirnya akur sahaja. Untung Tengku Aadyan hanya setuju. Asalkan dia sentiasa di sisi Aadrian.

Sedang asyik dia memandang Aadrian itu, tiba-tiba ada seseorang menepuk bahunya. Rina pantas menoleh ke arah gerangan tersebut. Sebelah keningnya terjongket ke atas sedikit. Di hadapannya terlihat seorang gadis sedang tersenyum manis ke arahnya.
"Hi! Budak sebelah awak ni Aadrian kan namanya?" soal gadis itu. Rina bingung, namun dia anggukkan sahaja.
"Oh, i kawan mama dia. Nama i Sofia." gadis itu mulai memperkenalkan dirinya. Dia pandang Aadrian.

Mata Aadrian membulat. Dia kenal gadis di hadapannya ini. Tanpa sedar, dia rapatkan lagi duduknya pada Rina di sebelah. Sebelah tangannya naik menggenggam baju Rina. Rina sedikit hairan dengan perubahan Aadrian di sebelahnya.
"Sekajap ye cik." Rina pandang Aadrian sebelum tisu di tangannya naik mengelap bibir Aadrian. Aadrian diam sahaja sambil menunduk ke bawah.

"Jadi, cik ada apa-apa ke nak bercakap dengan saya?" soal Rina. Sofia senyum.
"Tiada apalah. I saja je tegur you. Pelik juga i sebenarnya... Yelah kan, mama Aadrian dah lama pergi." ucapnya dengan nada sedih. Namun, dalam hati tersenyum puas. Rina yang mendengar itu hanya bingung.
"Pergi?" soalnya hairan.
"Erm... Yeah. Pergi." jawabnya. Tiba-tiba Sofia dekatkan wajahnya pada telinga Rina.

Senyuman senget terlakar di wajahnya.
"You patut hati-hati lepasni. Sebab budak ni lah mama dia mati tau? Kalau you tak nak rasa macam mana mama dia rasa... You should go..." bisiknya perlahan. Rina diam sahaja pandang Sofia yang mulai tegakkan duduknya. Rina senyum tipis di sebalik masknya sehingga matanya sedikit sepet.
"Terima kasih untuk pesanan itu cik. Tapi, saya telah di amanahkan oleh Tengku untuk menjaga Tuan Aadrian." balas Rina.

"Dan lagi satu, buat apa saya berhati-hati dengan semua tu? Cik Tuhan ke sampai tahu yang ajal saya dah nak dekat? Bukan kan? Jadi, cik tiada hak nak halang saya untuk lakukan apa saya nak."  sambung wanita itu. Sofia sedikit tergamam dan dia merengus kegeraman.
"You tak percaya, you tengoklah nanti!" bentaknya.

"What's wrong baby?" soalan itu buatkan Rina dan Sofia segera memandang. Terlihat seorang jejaka tampan berjalan mendekati mereka. Tangan kekar itu bergerak memeluk pinggang ramping Sofia. Sofia pantas muncungkan bibirnya.
"You... Dia tadi marahkan i sebab kacau anak dia." adu gadis itu. Hazim pandang Rina dan wajahnya bertukar garang.

Rina yang mendengar itu berkerut. Sejak bila aku fitnah betina ni? Soalnya dalam hati.
"Dia tak bunuh pun anak kau. Yang kau nak marah-marah apahal?" soal Hazim kasar. Matanya tajam memandang wanita itu.
"Saya-" kata-katanya terhenti saat melihat ada seseorang melangkah ke arah mereka. Pantas sahaja dia bangun dari duduknya.

"Tengku." serentak pasangan itu memandang Tengku Aadyan. Sedikit tidak percaya dengan apa yang dilihat mereka. Tengku Aadyan diam sahaja dengan riak wajah yang beku.
"Whats wrong here? Is there something happen?" soal Tengku Aadyan dingin.
"Tiada Tengku. Hanya, ada sedikit ke salah pahaman disini." balas Rina. Aadrian pantas berlari ke arah Tengku Aadyan. Dia peluk tubuh itu erat. Tengku Aadyan usap perlahan kepala anak kecil itu. Dia pandang pasangan tadi.

"Kami pergi dahulu Tengku." Kedua-duanya menundukkan sedikit tubuh mereka sebagai tanda hormat dan berlalu dari situ. Tengku Aadyan hanya diam memandang pemergian mereka. Something weard...
"Papa." panggilan itu buatkan Tengku Aadyan menundukkan wajahnya.
"Yes Rian?" balasnya.
"Papa buat apa kat sini?" soal Aadrian polos.
"Papa baru balik dari kerja." jawabnya.

Aadrian terangguk-angguk tanda faham. Tengku Aadyan pandang pulak Rina yang sedari tadi hanya diam memandang mereka.
"Rina."
"Ya, Tengku." pelik-pelik je. Kejap Tuan kejap Tengku. Lantaklah! Tengku Aadyan diam memandang pakaian Rina sebelum larikan matanya dari terus memandang wanita itu. Tak baik!

"Malam nanti aku nak cakap sesuatu dengan kau." ucapnya. Rina mengangguk tanda faham.

▄︻デнιѕ мαƒια ωιƒє══━一

































Sikit lagiiii. Dah nk end.

Korang, Author nk ckp awal ii yg beberapa hari ni author akan busy sbb nk fokus belajar. Tpi, author akan cuba cepat-cepat complatekan cerita ni.

Jgn tnya knp tiba ii nk rjin study. Hehe.

So, enjoy guys!

Don't forget to vote and comments!

Nak hint tak?

“T-tuan buat apa ni?”

“Rina... I can't handle this anymore...”

“Nampaknya, aku perlu beritahu Efrina!”

HIS MAFIA WIFE. (OG) Where stories live. Discover now