▄︻デвαв 19══━一

846 58 13
                                    

PINTU bilik di bukannya perlahan. Wajahnya hanya kosong. Dia kemudian masuk ke dalam bilik sebelum menutup pintu bilik itu dengan kadar perlahan. Baru sahaja dia ingin berlalu masuk ke tandas, kedengaran satu suara garau menegur dirinya.

"Lambat awak balik. Awak dari mana?" Soal jejaka itu lembut. Tak lain, tak bukan. Pasti ini suaminya. Efrina Adleya hanya diam menyepi.
"Dari markas." jawabnya senada. Dia langsung tidak putarkan tubuhnya ke belakang. Hanya diam menunduk membuatkan suaminya semakin risau melihatnya.

"Leya... Awak ok?" soal Tengku Aadyan lagi. Wajahnya sudah terbias riak wajah yang risau. Hairan dengan kelakuan isterinya. Sejak dari pagi hinggalah malam ini, wanita itu hanya diam tanpa menyapa dirinya. Apabila disoal, sepatah-sepatah yang di jawabnya.

Baru sahaja kakinya ingin bergerak mendekati isterinya laju Efrina Adleya berkata.
"Jangan dekat. Just... Stay at there." tegasnya. Dahi Tengku Aadyan sedikit berkerut mendengarnya.
"Kenapa? Saya hanya nak tengok keadaan awak..." katanya perlahan. Sungguh! Isterinya benar-benar berkelakuan pelik.
"No... Aku tak nak..." katanya perlahan. Kepalanya di geleng-geleng kan beberapa kali. Dia kemudian bergerak ingin berlalu masuk ke tandas namun, pantas sahaja Tengku Aadyan merentap tangannya dari belakang. Tubuhnya di tarik sehingga dia berdiri di hadapan suaminya secara menghadap ke depan.

Mata coklet muda itu terpaku melihat wajah isterinya yang kosong tanpa riak. Terlihat wajah itu ada beberapa kesan darah. Baju di tubuh wanita itu juga sudah di penuhi darah. Isterinya... Baru habis menyiksa orang kah?
"Yayan... Aku, layak ke jadi isteri kau?" soalnya perlahan. Wajah itu hanya di tundukkan ke bawah.

"Apa maksud awak?" hairan dia bertanya. Efrina Adleya mengangkat wajahnya dari tunduk ke bawah. Mata hazel miliknya memandang kosong ke dalam mata coklet muda suaminya. Tengku Aadyan terpaku sekali lagi. Wajah itu kosong tanpa riak, namun ada cecair jernih yang mengalir perlahan di pipi.

Kelu terasa lidahnya. Kali kedua isterinya menangis di hadapannya. Apa yang membuatkan isterinya menangis seperti ini?
"Aku tak layak menjadi isteri kau Aadyan. Kita ada banyak perbezaan. Kau baik. Aku jahat. Tangan kau bersih tanpa membunuh orang. Tangan aku dah kotor. Dah macam-macam orang yang dah jadi mangsa bunuhan aku. Aku kejam. Aku dah macam iblis. Dari situ aku sedar, yang aku tak layak jadi isteri kau." kata wanita itu bertalu-talu. Sayu hati Tengku Aadyan mendengar luahan wanita itu.

"Leya..." baru sahaja dia ingin berkata, laju Efrina Adleya memotong.
"Aadyan... Hari ini aku baru habis bunuh orang. Kau... Suka ke dapat isteri pembunuh macam aku ni? Aku dah tersekat Aadyan. Aku tak boleh nak lari dari kehidupan aku di mana suka menyiksa dan membunuh orang. Bila aku rasa nak lari menjauh, benda tu datang lari ke aku semula. Dari aku kecil... Aku tak pernah rasa gembira. Kasih sayang seorang ibu bapa? Aku dapat. Cuma... Entahlah. Bagi aku... Kehidupan aku rasa kosong." kata wanita itu lagi.

Air mata yang mengalir di pipi tidak pedulikan.
"Leya... Saya faham perasaan awak. Kenapa awak cakap yang awak tak layak jadi isteri saya? Tak Leya, awak salah. Awak layak. Awak seorang sahaja yang layak jadi isteri saya. Jadi ibu yang mengandungkan serta melahirkan anak saya. Awak seorang sahaja yang saya inginkan. Senang kata, saya cintakan awak Leya. Bila saya cintakan seseorang itu, saya nekad akan jaga dan didik dia. Saya akan melindungi dia walau apapun jadi. Saya sanggup korban kan nyawa saya untuk dia. Saya tak boleh bayang macam mana kehidupan saya bila awak pergi Leya... Saya takut... Kalau..." Tengku Aadyan diam.

Efrina Adleya memandang dalam ke dalam mata suaminya. Wajah suaminya juga itu dipenuhi dengan banjiran air mata. Dia kemudian mengeluh perlahan. Air mata yang mengalir di pipinya di kesat sebelum memeluk tubuh suaminya erat. Kedua tangannya naik menepuk-nepuk belakang tubuh suaminya.

Tengku Aadyan diam. Dagunya di rehatkan di atas bahu isterinya.
"Leya... Saya mimpi awak kena culik." katanya perlahan. Efrina Adleya yang mendengar itu diam. Dia, kena culik?
Efrina Adleya tertawa perlahan.
"Kalau aku kena culik pun... Aku boleh selamatkan diri."
"Betul?" soal jejaka itu perlahan. Efrina Adleya senyum sebelum mengangguk kecil.

HIS MAFIA WIFE. (OG) Where stories live. Discover now