"JADI malam ni saya kena hadir majlis perkahwinan yang akan dilangsungkan oleh sebuah syarikat yang berkerjasama dengan kita?" soalnya sambil matanya ralit membelek-belek fail ditangannya."Iya tuan. Katanya, tuan dan isteri tuan dijemput untuk datang ke majlis itu." jawab Louis Vollero di tepi majikannya. Tengku Aadyan menutup fail itu sebelum diletakkan di atas meja sambil memeluk tubuhnya sendiri.
"Baiklah. Terima kasih untuk infonya, Louis."
"Sama-sama tuan muda. Ini memang tugas saya dari dahulu lagi."TENGKU Aadyan mendekati isterinya yang sedang berada di hadapan singki rumah itu. Kelihatan gadis itu sedang membasuh pinggan-pinggan kotor. Berdiri sahaja di belakang isterinya, terus dia memeluk pinggang ramping itu dengan erat dari belakang. Efrina Adleya hanya beriak biasa.
"Aik, awak tak terkejut ke?" soal Tengku Aadyan ke pelikkan. Kepalanya disengetkan sedikit ingin melihat wajah isterinya."Tak. Sebab aku boleh dengar." jawab Efrina Adleya sambil dia ralit memandang gelas yang telah disabuninya itu dan digosok menggunakan span pencuci pinggan yang sudah tersedia di situ. Tengku Aadyan hanya mengjongket kedua bahunya ke atas. Biasalah. Isterinya mafia kan?
Setelah dia selesai membasuh pinggan itu, dia memutarkan badannya ke belakang menghadap suaminya. Mata hazel itu menikam dalam ke mata hitam milik suaminya.
"Ada apa-apa ke?" soalnya dengan wajah yang kosong.
"Hehe. Saya sebenarnya nak kiss." katanya bersama wajahnya yang tersengih comel."Kau ni kan, malu-malu pun nakal dan ganas." kata Efrina Adleya bersama dahi yang berkerut sedikit. Tengku Aadyan mendekatkan wajahnya pada wajah isterinya sebelum dia menggeselkan hidung mancung nya pada hidung isterinya membuatkan Efrina Adleya memejamkan matanya.
"Hehe, saya nakal dengan awak je." jawabnya bersama sengihan kecil.Wajahnya dijarakkan dari wajah isterinya sebelum memandang seluruh wajah isterinya. Seperti biasa, cantik dan mampu mendebarkan hatinya. Bibir merah jambu milik isterinya di pandang lama. Bibir itu tiada mengenakan sebarang gincu, ataupun lip bam. Tetap seperti itu. Natural lips lah katakan.
Halkumnya mulai tenggelam timbul. Ouh shit... This feeling again... Tanpa aba-aba, bibirnya dilabuhkan lembut pada bibir merah jambu milik isterinya. Efrina Adleya hanya diam membalas sebelum ciuman itu dileraikan nya. Baru sahaja suaminya ingin menciumnya semula, laju tangannya naik menutup mulut suaminya.
"Kau ni... Tak boleh sabar ke?" soalnya bersama kerutan di dahi. Tengku Aadyan senyum sehingga matanya menjadi sepet sedikit. Efrina Adleya menggelengkan kepalanya beberapa kali. Haih, semakin lama, semakin pelik dengan suaminya. Tiba-tiba jadi romantik! Tengku Aadyan menarik tangan isterinya yang menutup mulutnya sebelum dengan pantas dia mengucup bibir isterinya sekilas sebanyak dua kali.
Cup!
Cup!Terkebil-kebil Efrina Adleya memandang wajah nakal suaminya yang hanya beberapa inci darinya. Kenapa aku tak boleh perasan?
"Ok. Saya dah puas." jawabnya dengan nada ceria. Dia kemudian mulai menjauhkan dirinya dari isterinya. Ingin naik ke atas untuk membersihkan diri."Oh ya, sebelum saya lupa. Malam ni akan ada majlis yang kita hadiri. Baju awak, tak perlu risau. Saya dah sediakan. Ok?" seusai berkata begitu, Tengku Aadyan terus berlalu dari situ meninggalkan isterinya di dapur berseorangan.
▄︻デнιѕ мαƒια ωιƒє══━一
YOU ARE READING
HIS MAFIA WIFE. (OG)
Roman pour AdolescentsEfrina Adleya. Gadis yang berambut perang dan memiliki mata yang unik seperti ibunya. Hazel. Gadis ini merupakan seorang ketua mafia. Dia juga amat di kenali oleh semua orang, dan sesiapa sahaja yang mencari masalah dengannya akan dibunuh. Gadis yan...