▄︻デвαв 22══━一

1.1K 69 23
                                    


EFRINA ADLEYA mengikat rambutnya seperti ekor kuda. Simple dan mudah. Dia kemudian keluar dari bilik bersama t-shirt hitam dan sarung kain batik di pinggangnya. Terlihat rumah itu sudah riuh dengan bunyi kuali di dapur.

Ketung, ketang, ketung, ketang.

Apa lagi yang boleh dikatakan kalau semua perempuan di rumah ini sedang sibuk memasak? Efrina Adleya kemudian melangkah pergi ke dapur. Terlihat tok ma nya turut sibuk membantu yang lain. Perlahan, dia mendekati tok manya.
"Tok ma." panggilnya perlahan. Puan Qina pantas putarkan tubuhnya ke belakang. Tersenyum lebar dia melihat cucunya yang satu ini sudah munculkan diri.

"Hah, ada pun kamu. Ni, boleh tolong basuh pinggan tak?" lembut Puan Qina bertanya. Efrina Adleya tanpa bersuara hanya mengangguk sebagai balasan. Dia kemudian bergerak mendekati singki sebelum membasuh pinggan-pinggan yang bakal di gunakan.

Sedang dia khusyuk membasuh, tiba-tiba ada suara garau datang menegur dirinya.
"Lea... Dah lama tak jumpa you. " sapa lelaki itu di sebelahnya. Efrina Adleya tidak menghiraukan sapaan lelaki itu. Sebaliknya, dia kembali diam membasuh pinggan-pinggan itu.

Faizal senyum kelat apabila wanita itu hanya membiarkan sapaan nya.
"You nak i tolong apa-apa ke?"
"Kerja lelaki dekat luar rumah tolong pasang khemah. Kerja perempuan dekat dapur, so ini tugas aku. Kau boleh blah." dingin suara wanita itu berkata.

Dia langsung tidak memandang  jejaka di sebelahnya itu. Selesai menyuci pinggan-pinggan tersebut dia kemudian mengangkat besen yang berisi semua pinggan yang telah di basuhnya tadi. Berat memang berat. Namun, kalau Efrina Adleya yang angkat memang ringan lah jawabnya.

"Leya!" Efrina Adleya pantas putarkan tubuhnya ke belakang saat mendengar seseorang memanggilnya. Kelihatan Mak Idah sedang memanggil dirinya beberapa kali hanya dengan isyarat tangan. Dia kemudian tanpa berfikir pantas mendekati Mak Idah itu.

"Maaflah kalau menyusahkan, boleh tolong ambil garam tak dekat luar? Sebab pakcik kamu tadi ambil." tuturnya dengan lembut. Efrina Adleya hanya mengangguk sedikit tanda faham. Dia keluar dari pintu dapur di mana berada di belakang kemudian mendekati khemah besar.

Terlihat beberapa lelaki ada di situ. Tidak terkecuali dengan suaminya serta sahabat-sahabat suaminya. Terlihat, Tengku Aadyan sedang khusyuk membantu para-para lelaki di situ. Jejaka itu kelihatan hot dengan t-shirt adidas nya tanpa lengan. Dengan peluh dan rambutnya serabai mampu menggetarkan hati bekunya.

Dia kemudian mendekati meja di situ. Matanya mulai meliar mencari garam. Nampak sahaja garam, tangannya pantas ingin mencapai garam tersebut.
"Sayang ambil apa?" terhenti tangannya dari mengambil garam saat satu suara garau yang tidak asing memangil dirinya.

Sepasang mata hazel itu pantas memandang suaminya yang sedang berjalan mendekati arahnya.
"Ambil garam." jawabnya senada. Garam di dalam plastik itu di ambilnya. Baru sahaja dia ingin pergi berlalu dari situ, tiba-tiba ada dua tangan kekar sedang mengunci dirinya di kiri dan kanan pinggangnya.

Terkebil-kebil dia seketika. Bebola mata hazel itu memandang sepasang mata coklat cerah yang sudah menjadi sedikit gelap itu, yang sedang memandang dirinya. Keningnya terjongket ke atas sedikit.
"Nak apa?"
"Nak kau." jawab Tengku Aadyan pantas. Hujung bibirnya ternaik ke atas sedikit.

Mata coklet gelap itu memandang seluruh wajah isterinya. Hah... Bidadari.
"Aadyan-"
"Sayang... How many times i should tell you hm?" potongnya. Tangan kanannya naik menyentuh pipi isterinya sebelum di usap lembut di situ.

Perlahan-lahan wajahnya di dekatkan pada telinga isterinya. Efrina Adleya dapat rasakan nafas hangat milik suaminya menampar sisi wajahnya. Terasa ada satu getaran hebat di dadanya.
"Call me Han, sweetheart...." meleret suaranya berbisik di telinga isterinya itu. Menggoda.
"Why should i?" dengan berani, Efrina Adleya membalas begitu. Terjongket sebelah kening Tengku Aadyan ke atas.

HIS MAFIA WIFE. (OG) Where stories live. Discover now