▄︻デвαв 16══━一

1.3K 92 47
                                    


EFRINA ADLEYA perlahan-lahan mulai tersedar dari lenanya. Jam di dinding di kerlingnya sekilas. Pukul 2 pagi. Awal lagi. Tubuhnya yang terasa lelah itu diregangkan sedikit sebelum dia bergerak berbaring menghadap kanan. Tangannya naik menarik tangan yang memeluk pinggangnya itu ke atas sedikit.

Kemudian, baru dia tersedar sesuatu. Matanya di buka luas. Nafasnya bagaikan terhenti saat melihat wajah tampan milik suaminya yang begitu rapat dengannya. Nafas hangat milik suaminya menampar lembut pada wajahnya. Dia mengangkat sedikit kepalanya. Ingin melihat lantai yang penuh dengan baju yang bertaburan. Aik, macam mana baju aku boleh kat atas lantai?

Lama dia berfikir sebelum dia terlupa sesuatu. Malam tadi...
"Lea..." mata hazel miliknya terus memandang wajah suaminya. Tengku Aadyan diam sebelum perlahan-lahan dia membuka matanya. Wajah isterinya yang menyapa kornea matanya membuatkan dia tersenyum.
My beautiful angel...

"Hm? Nak apa?" soal Efrina Adleya perlahan. Tidak kasar. Tidak lembut. Biasa-biasa sahaja. Tengku Aadyan mendekatkan dirinya pada diri isterinya. Tubuh itu di tarik masuk ke dalam pelukannya. Wajahnya di tundukkan sedikit sebelum di sebamkan di leher jinjang isterinya.

"Saya minta maaf... Saya tak tahu apa jadi dengan saya... Habis je minum air tu...." Tengku Aadyan terus terhenti dari katanya. Air... Air semalam. Air itu!
"Damn... Someone put something in that water..." katanya perlahan. Bagaikan berbisik dengan dirinya sendiri pun ya.

"Nah. Sokay. Aku tahu kau tak dapat tahan. Sebab tu aku bagi je." selamba dia berkata. Tengku Aadyan mengangkat wajahnya.
"Awak bagi macam tu je? Rela kena makan oleh saya?" soal Tengku Aadyan sedikit terkejut.
"Iyalah. Lagipun, bukan ke dapat pahala kalau layan suami? Jadi, buat je lah apa yang kau nak." katanya lagi.

Tengku Aadyan diam. Perlahan-lahan senyuman nakal mulai terbit di wajahnya.
"Nak buat lagi sekali tak?"
"Kalau kau nak, makan penampar aku dulu." dinginnya berkata. Tengku Aadyan tertawa kecil.
"Haih... Tak nak dapat pahala lagi ke?"
"Nak tu memang aku nak. Tapi kau tu ganas tau tak?" geramnya.

Wajah Tengku Aadyan mulai memerah. YaAllah isteri aku ni...
"Ganas sangat ke, hm?" lembut dia bertanya. Efrina Adleya mengangguk tanpa rasa malu.
"Er... Jangan jujur sangat..." katanya perlahan. Bagaikan berbisik pada isterinya pun ya.
"Dah tu, nak aku menipu ke?" bidasnya.

Tengku Aadyan menggelengkan kepalanya perlahan. Dia kemudian memeluk tubuh isterinya. Lebih erat. Hangat. Selesa. Efrina Adleya memandang wajah Tengku Aadyan dengan mata yang terpejam erat. Aik, nak sambung tido ke?
"Kau nak tidur balik ke?" soal Efrina Adleya. Mata hazelnya ter kelip-kelip memandang Tengku Aadyan yang diam sahaja.

Dia kemudian memandang ke atas. Cuba berfikir macam mana nak buat suaminya tidak tidur semula. Entahlah, dia kasar serta dingin pada suaminya. Dan tidak pernah berlembut. Namun, apa yang dia mahukan saat ini ialah, Tengku Aadyan melayani dirinya. Tiba-tiba je rasa nak menggedik. Macam pelik je...

Tengku Aadyan mengintai wajah isterinya sebelum matanya ditutup semula. Gigih dia menahan diri dari tersenyum. Tak sangka pulak seorang ketua mafia seperti isterinya boleh jadi secomel ini.

Ndak lama lagi memang aku tampar juga diorang berdua ni. Ndak pandai hormat orang single betul bah. Nah, keluar sudah loghat ku.

Efrina Adleya memandang wajah suaminya semula.
"Yan, ooo yayan. Dah tidur ke?" gaya dia bertanya seperti budak-budak yang ingin membeli gula-gula di kedai runcit. Efrina Adleya mencebik apabila tiada sebarang respon dari suaminya. Kuang aja. Dia palaukan aku?!

Lama dia berfikir sebelum akhirnya satu idea muncul di fikirannya. Yang pastinya, menjadi! Kedua tangannya naik merangkul leher suaminya. Tubuh Tengku Aadyan sedikit tersentak. Matanya di buka. Ingin melihat wajah sang isteri. Efrina Adleya senyum menggoda.

HIS MAFIA WIFE. (OG) Where stories live. Discover now