Culprit 03

49 12 10
                                    

Petang itu, Minjae tiba di dorm dengan membawa papan ouija milik Kangmin bersama dengannya. Semua orang dalam dorm terkejut apabila melihat Minjae meletakkan papan ouija tersebut tepat di ruang tamu.

"Hyung, kenapa hyung bawa papan ouija ke sini?" Tanya Jinsik ingin tahu.

"Nanti aku terangkan. Aku nak semua orang berkumpul di ruang tamu sekarang juga." Arah Minjae. Lalu semua ahli kumpulan HIKERZ berkumpul di ruang tamu seperti yang telah diarahkan oleh ketua mereka.

Junmin yang baru sahaja masuk ke dalam dorm itu hairan melihat mereka semua sudah berkumpul di ruang tamu. Dia tadi ke kedai membeli makanan ringan seorang diri.

"Junmin, sini cepat."

Arah Minjae. Junmin dengan penuh kekeliruan pun hanya turuti sahaja. Dia duduk di sebelah Hunter dan Sumin.

"Aku yakin korang semua nak tahu punca kematian Seeun bukan?" Minjae menyoal. Semua orang mengangguk kepala.

"Kalau kita tunggu pihak polis siasat, memang lambat lagi kita akan tahu jawapannya. Jadi sebab itulah aku bawa papan ouija ini. Kita akan seru Seeun untuk memberitahu punca sebenar kematian dia."

Semua ahli kumpulan HIKERZ terkejut mendengar ujaran Minjae tadi. Ramai di antara mereka mula membantah dengan cadangan Minjae itu.

"Hyung gila? Jangan buat benda pelik lah!" Bentak Sumin. Dia disokong oleh Junmin, Hunter dan Yechan.

"Hyung kena fikir betul-betul! Papan ouija ni bahaya!"

"Macam mana kalau kita seru tu bukan Seeun tapi hantu lain? Hyung nak kita semua mati kah?"

"Apa yang kau fikir ni, Minjae? Kau okey tak?"

Sebilangan dari mereka membantah, tetapi ada juga daripada mereka yang bersetuju dengan cadangan Minjae itu. Salah seorangnya ialah Yujun.

"Aku rasa kita patut ikut cadangan Minjae hyung," kata-katanya mengundang rasa hairan mereka semua.

"Kenapa kau cakap macam tu?" tanya Hyunwoo yang duduk di sebelahnya. Yujun memandangnya dengan tatapan kosong.

"Sebab aku nak adik dia, Seyul tahu sendiri punca kematian abang dia. Korang tak tahu yang tadi Seyul tampar aku di sekolah dan tuduh yang kita semua ni bunuh Seeun. Aku tak nak benda macam ni berlarutan."

Ujar Yujun lebar membuatkan semua terdiam buat seketika. Yechan dan Junghoon tidak menafikan kerana mereka ada bersama Yujun pada waktu itu. Mereka mula berpandangan antara satu sama lain.

Satu helaan nafas berat dilepaskan perlahan. Minjae menyerabaikan rambutnya yang tadi kelihatan kemas. Sungguh perkara begini tidak boleh dibawa main. Dia mahukan jawapan punca sebenar kes ini berlaku.

"Kalau betul korang anggap Seeun sebagai kawan kita dan salah seorang ahli HIKERZ, korang mesti setuju juga dengan cadangan aku ni." Kata Minjae lagi. Tiada siapa yang membalas buat seketika sehinggalah Hunter yang bersuara.

"Kau kena ingat hyung, sekali kita main papan ouija ni, selamanya kita akan terikat dengan benda halus itu. Aku tak nak ambil apa-apa risiko."

"Terserah pada kau. Kalau korang semua tak nak ikut tak apa. Biar aku seorang saja yang buat."

Hunter terkedu. Tidak lama selepas itu Yujun mengangkat tangannya.

"Aku ikut kau, hyung."

"Aku pun."

Hyunwoo menyampuk. Tidak lama selepas itu ramai di antara mereka juga ikut serta dengan cadangan Minjae itu.

"Aku nak tahu juga."

"Walaupun perkara ni macam pelik tapi aku ikut jugalah."

"Aku nak tahu sangat punca kematian Seeun."

Semua orang mula bersetuju. Hanya Hunter sahaja yang masih belum berkata apa-apa. Minjae terus menyoalnya.

"Kau nak ikut tak, Hunter?"

Hunter melepaskan keluhan berat. Lalu dia pun bersetuju juga untuk ikut serta.

"Dah kalau semua orang ikut ni aku pun terpaksa kena join juga."

Minjae tersenyum nipis. Nampaknya semua ahli setuju dengan cadangan dia itu.

"Selepas makan malam nanti kita akan berkumpul di sini untuk berhubung dengan Seeun." Ujar Minjae.

Akhirnya mereka akan tahu punca disebalik kematian Seeun.

-------------------

Seperti yang telah dikatakan, selepas sahaja makan malam semua ahli HIKERZ berkumpul di ruang tamu untuk berhubung dengan Seeun menggunakan papan ouija ini. Minjae menutup semua suis lampu dan keadaan dalam dorm sangatlah gelap.

Sumin dan Junmin mula berasa sedikit takut. Mereka berpegang tangan antara satu sama lain. Manakala yang lain pula cuba untuk bertenang.

"Hyung, kau pasti kah kita akan buat ni?" Tanya Junghoon inginkan kepastian. Minjae mengangguk kepala.

Minjae pun mengeluarkan papan ouija yang tadinya tersorok di bawah sofa mereka. Beberapa batang lilin dinyalakan oleh Hyunwoo dan Yujun. Mereka semua mula melihat papan ouija yang mempunyai huruf abjad, nombor dan juga perkataan YES, NO, GOODBYE.

"Aku nak korang semua letakkan satu jari korang kat petunjuk ni. Kita akan mulakan sekarang juga."

Arah Minjae. Walaupun rasa takut itu mula menguasai diri mereka, namun mereka hanya akur sahaja. Mereka pun meletakkan jari mereka pada petunjuk itu. Lalu mereka bersembilan mula menggerakkan petunjuk itu sambil Minjae membaca beberapa mantera.

[C] OUIJA BOARD : Culprit ☾ 싸이커스 ☽Where stories live. Discover now