Culprit 16

56 11 9
                                    

Minjae dan Kangmin berlari menuju ke kelas Junmin iaitu kelas 6-2. Memang betul apa yang dikatakan oleh Haewon tadi.

Mereka lihat keadaan Junmin sangat tidak terkawal. Dia menjerit histeria sambil meronta-ronta minta dilepas. Ramai orang cuba menghalang Junmin daripada terus bergerak.

"LEPASKAN AKU! AKU TAK TENANG!"

Jeritan Junmin tadi sungguh nyaring. Minjae pantas berlari mendekati kawannya yang dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dia terkejut selepas melihat kedua-dua bola mata Junmin hitam.

Junmin yang perasan akan kewujudan Minjae mula tersenyum sengih. Lalu dia tertawa sinis.

"Dah sampai pun ketua yang berlagak."

"Apa kau cakap ni? Kenapa kau macam ni?" Minjae dengan beraninya menyoal. Kangmin yang perasan akan sesuatu itu terus menegur Minjae.

"Yah! Itu roh kawan kau!"

Mata Minjae membulat selepas mendengar kata-kata Kangmin tadi.

Adakah itu bermaksud yang merasuk Junmin sekarang ialah Seeun?

"Hehehe."

Junmin mula tertawa kecil membuatkan Minjae berasa sedikit takut. Tangannya laju mencengkam leher Minjae dengan kuat menyebabkan keadaan semakin bertambah teruk.

"SEMUANYA SALAH KAU! KAU CUAI!"

"Le-lepaskan aku..."

"KAU PENIPU! KAU TAK PERNAH ANGGAP AKU SEBAGAI KAWAN! SEMUA ORANG TAK PERNAH ANGGAP AKU SEBAGAI KAWAN KECUALI YUJUN!"

"Se-seeun..."

"AKU TAK TENANG, HYUNG! AKU BENCI TENGOK DIA HIDUP AMAN LEPAS BUNUH AKU! APA SALAH AKU? KENAPA KORANG SEMUA TAK NAK CARI SIAPA YANG BUNUH AKU?"

"Urghh..."

"AKU BENCI KAU! AKU BENCI KORANG! SAMPAI BILA-BILA AKU TAK AKAN MAAFKAN!"

Minjae hampir mahu pitam kerana mengalami kesesakan nafas. Namun dia dapat mendengar jelas segala kata-kata yang dihamburkan oleh Seeun.

Melihat keadaan semakin tidak terkawal, Kangmin cuba masuk campur dan menghentikan perbuatan Seeun serta merta dengan membaca beberapa mantera yang asing.

Ia berkesan.

Seeun terus melepaskan genggamannya dan keluar dari tubuh Junmin menyebabkan dia tidak sedarkan diri. Minjae sudah terbatuk-batuk mencari nafas. Tekaknya mula terasa perit.

"Minjae, kau okey?" Kangmin berjalan mendekati Minjae.

Minjae mengangguk perlahan. Terdapat beberapa titis peluh yang membasahi dahi Minjae. Nafasnya mula tidak teratur.

Dia sekadar melihat sahaja bagaimana rakan kelas 6-2 membawa Junmin pergi ke bilik sakit untuk mendapatkan rawatan. Kangmin mengusap-usap lembut belakang Minjae. Dia juga perasan tubuh Minjae mula menggeletar.

"Aku tahu apa yang berlaku tadi memang mengerikan." Kata Kangmin.

"A-aku tak tahu... Memang aku kah yang salah dalam semua ni?"

Minjae menyoal. Dia dapat merasakan bahawa semua kejadian yang berlaku ini adalah punca daripada dirinya sendiri. Kangmin menggelengkan kepala.

"Bukan salah kau. Jangan terasa dengan apa yang kau dengar tadi."

Kangmin memujuknya perlahan. Lalu dia membawa Minjae masuk ke dalam kelas semula kerana waktu pembelajaran sudah hampir bermula.

------------------

"Junmin hyung dirasuk?"

Tanya Hunter selepas mendengar cerita daripada Sumin tadi. Dia baru sahaja selesai bersukan dan sekarang menuju ke bilik loker untuk menukar pakaian.

"Ya. Manager cerita pada aku tadi. Dan sekarang Junmin hyung dalam bilik tengah berehat."

"Kasihan dia..."

"Itulah. Tak sangka sampai macam tu sekali."

"Jadi sekarang macam mana? Nak teruskan main papan ouija kah untuk cari pembunuh Seeun?"

"Tak pasti lagi. Aku rasa Minjae hyung dah pulangkan semula papan ouija tu kepada kawan dia."

"Ya tak ya juga..."

"Tetapi Hunter, aku tertanyalah..."

Hunter terangkat kening selepas Sumin berkata begitu.

"Tanya apa?"

"Kau memang tak bunuh Seeun kan? Ma-maksud aku, kau tak ada dengan Seeun kan?"

Terkaku Hunter selepas mendengar. Namun dia cuba mengekalkan riak wajahnya serta intonasi suaranya.

"Kalau hyung masih syak yang aku bunuh Seeun, kau tanya pada Yechan dan Junghoon terus. Aku memang langsung tak ada bercakap dengan Seeun waktu tu."

Selepas sahaja berkata begitu, Hunter terus menamatkan panggilan mereka. Kepalanya mula serabut. Mengapa semua orang sekarang mula mengesyaki bahawa dia lah yang membunuh Seeun?

"Serabutlah..."

--------------------

Pada waktu rehat, Yujun duduk di dalam kelas seorang diri. Dia terasa malas mahu sertai Yechan dan Junghoon untuk makan bersama Sumin di kafeteria. Dia tiada selera sekarang.

Mahu berjumpa dengan Seyul pun, dia rasa serba salah yang amat. Jadi dia membuat keputusan untuk tidak memberitahu sehinggalah dia menemui pembunuh yang sebenar.

Tatkala dia sedang termenung, dia perasan terdapat beberapa perkataan yang muncul pada papan putih kelas. Tulisan itu sangat familiar bagi Yujun.

Jangan risaukan fasal aku...

Yujun bingkas bangun dan menuju ke depan. Dia mengambil pen marker dan mula menulis pada papan putih tersebut.

Macam mana aku nak cerita pada Seyul nanti? Aku tak jumpa pembunuh kau.

Tidak mengambil masa yang lama, muncul lagi beberapa patah perkataan bagi membalas apa yang ditulis oleh Yujun tadi.

Aku akan beritahu pembunuh sebenar aku. Tetapi janji kau kena pastikan yang dia tak boleh lari.

Mata Yujun membulat. Dengan pantas dia terus menulis lagi.

Baiklah! Aku akan pastikan dia dapat balasan yang setimpal! Tolong beritahu aku siapa yang bunuh kau.

Tubuhnya terkaku seperti patung selepas Seeun memberikan jawapan yang ditunggu-tunggu oleh semua ahli HIKERZ.

"Aku dah agak!"

[C] OUIJA BOARD : Culprit ☾ 싸이커스 ☽Where stories live. Discover now