Culprit 01

92 16 6
                                    

BREAKING NEWS

SEEUN dari kumpulan HIKERZ ditemui tidak bernyawa di sebuah gudang yang usang pada malam semalam. Punca pembunuhan masih belum dikenal pasti.

Buat masa ini aktiviti kumpulan HIKERZ akan dihentikan buat seketika sehinggalah kes pembunuhan Seeun dapat diselesaikan.

----------------

Malam mula menjelma di kotaraya Seoul, hari pun semakin gelap dan keadaan di jalan raya mula sesak kerana ramai orang ingin pulang ke rumah masing-masing. Ahli kumpulan HIKERZ iaitu Minjae, Sumin dan Jinsik baru sahaja tiba di bilik latihan selepas sahaja mereka bertiga ditemu duga oleh wartawan yang tidak henti mengerja mereka.

"Lambatnya korang." Tegur salah seorang ahli kumpulan HIKERZ, Junmin. Sudah lama dia dan ahli yang lain menunggu ketibaan mereka bertiga di bilik latihan.

"Mana tak lambat kalau wartawan itu asyik kejar kitorang dari tadi. Kitorang cuba nak mengelak tapi tak dapat," beritahu Jinsik lebar. Dia terngucap-ngucap mencari nafas akibat penat berlari. Lalu dia pun melabuhkan punggung untuk duduk di sebelah Hyunwoo.

Suasana dalam bilik latihan sunyi tanpa sebarang percakapan. Sejujurnya mereka sendiri tidak tahu mengapa mereka perlu berkumpul di sini sedangkan aktiviti mereka telah disekat disebabkan oleh kes pembunuhan salah seorang ahli kumpulan mereka iaitu Park Seeun.

Kumpulan HIKERZ terdiri daripada sepuluh ahli yang diketuai oleh Kim Minjae dan diikuti dengan ahli-ahli lain iaitu Park Junmin, Choi Sumin, Ham Jinsik, Choi Hyunwoo, Kim Junghoon, Park Seeun, Jung Yujun, Hunter dan Lee Yechan. Mereka semua masih digelar pelajar sekolah dan merupakan ahli kumpulan penyanyi termuda buat masa ini.

"Semua sudah sampai?"

Manager mereka iaitu Encik Lim masuk ke dalam bilik latihan dengan riak wajah yang sukar ditafsirkan. Semua ahli kumpulan HIKERZ bangun untuk menghormati kedatangan manager mereka.

"Kamu semua mesti tertanya bukan mengapa saya suruh berkumpul di sini?" Masing-masing mengangguk kepala sebaik sahaja Encik Lim bertanyakan soalan begitu.

"Saya baru balik dari balai polis. Buat masa ini pihak polis masih belum menjumpai apa-apa petunjuk yang boleh dijadikan sebagai bukti punca pembunuhan mendiang Seeun. Kita semua tidak tahu sama ada dia memang dibunuh atau dia membunuh diri kerana kesan-kesan itu tidak kelihatan. Dia macam sangat misteri."

Semua ahli kumpulan HIKERZ terkaku selepas mendengar berita yang disampaikan oleh Encik Lim sebentar tadi. Mereka juga tidak tahu apakah punca sebenar kematian Seeun. Mengapa situasi begini harus berlaku?

"Saya rasa tiada siapa yang dendam dengan mendiang Seeun bukan? Sebab kamu semua sangat rapat dengannya." Tambah Encik Lim lagi.

"Ya... Kami memang rapat dengan Seeun. Kami sendiri pun sedih atas kematian dia..." Yujun berkata dengan nada yang serak. Wajahnya kelihatan sebam akibat menangis kerana dia masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa salah seorang kawannya sudah tiada.

Yechan disebelahnya cuba untuk memujuk Yujun. Namun matanya juga mula berkaca kerana sedih atas pemergian Seeun.

"Nanti kalau ada apa-apa update mengenai kes ini saya akan beritahu ya? Sekarang kamu semua baliklah ke dorm dan berehat ya."

Encik Lim meninggalkan mereka semua di bilik latihan sejurus berkata begitu. Suasana di bilik latihan menjadi hening kerana masing-masing masih tidak dapat percaya dengan apa yang mereka dengar sebentar tadi. Riak wajah mereka juga sukar untuk ditafsirkan sekarang.

"Aku geram betul lah! Siapa yang bunuh Seeun sebenarnya?" Hunter secara tidak sengaja tertinggikan nada suaranya membuatkan mereka yang lain terkejut.

"Kau sudah dengar bukan? Kita sendiri pun tidak tahu sama ada Seeun dibunuh atau dia bunuh diri sebab tanda-tanda pembunuhan dia itu langsung tak nampak," sampuk Junmin.

"Jadi apa yang kita boleh buat sekarang? Duduk sahaja dan biarkan polis buat kerja?" Sumin menyoal. Junghoon mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Ketua mereka, Minjae lama mendiamkan diri. Dia sendiri pun bingung bagaimana perkara ini boleh berlaku dalam kalangan mereka. Kematian Seeun sangat mengejutkan!

Sedangkan polis sendiri pun tidak jumpa punca atau kesan-kesan yang menyebabkan Seeun hilang nyawa. Lalu dia mula menyoal semua ahlinya setelah dia teringatkan sesuatu.

"Pada malam kejadian, apa yang korang semua buat?"

Masing-masing terdiam mendengar soalan Minjae tadi.

"Aku dengan Yujun main game dalam bilik sendiri." Jawab Jinsik.

"Aku siapkan kerja rumah dengan Junghoon dan Hunter." Jawab Yechan.

"Aku ajak Junmin hyung pergi ke kedai beli air kotak." Jawab Sumin.

"Aku pula ada dalam bilik bersama kau, hyung." Jawab Hyunwoo.

Dari situ Minjae mula buntu untuk mencari bukti kerana jawapan mereka semua langsung tiada kaitan dengan kematian Seeun.

Lebih parah lagi, tiada siapa yang bersama dengan Seeun langsung waktu itu menyebabkan kes ini bertambah pelik dan misteri.

[C] OUIJA BOARD : Culprit ☾ 싸이커스 ☽Where stories live. Discover now