Culprit ENDING

69 13 35
                                    

Empat daripada sembilan ahli HIKERZ tercedera selepas kejadian mengerikan itu berlaku. Mereka terus dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Hunter telah ditahan oleh pihak polis kerana disyaki dalang disebalik kematian Seeun dan juga telah mencederakan sebilangan ahli HIKERZ dengan menggunakan senjata haram.

Hasil daripada rawatan, Yechan dan Jinsik telah kehilangan nyawa akibat kehilangan banyak darah. Manakala Minjae mengalami kecederaan yang parah pada bahunya dan Yujun pula tidak sedarkan diri. Dia koma selama beberapa hari.

Hal itu sungguh mengejutkan bagi warga Syarikat Q termasuklah Encik Lim sendiri. Terlalu banyak perkara teruk yang menimpa pada ahli HIKERZ selepas kematian Seeun. Sungguh ia memberikan impak yang teruk bagi ahli-ahli HIKERZ sendiri.

Mereka tidak menyangka bahawa mereka telah kehilangan dua orang lagi ahli selepas kejadian itu berlaku.

-------------------

"Dua daripada ahli HIKERZ telah mati. Seorang lagi masih dalam koma."

Ujar pengurus utama Syarikat Q iaitu Encik Ahn. Semua staf-staf Syarikat Q dan ahli HIKERZ berkumpul di bilik mesyuarat untuk membincangkan mengenai nasib HIKERZ. Berita ini pun sudah tersebar luas menyebabkan orang ramai kecoh. Lebih-lebih lagi peminat kumpulan HIKERZ sendiri.

"Sekarang macam mana ni? Apa yang patut kita buat?"

Tanya salah seorang staf Syarikat Q. Mereka semua memandang ke arah ahli HIKERZ yang sudah menundukkan pandangan itu.

HIKERZ kelihatan sangat tertekan dan tidak terurus.

Encik Lim berasa simpati dengan nasib HIKERZ. Sungguh dia tidak menyangka mengapa Hunter begitu tergamak buat semua itu tanpa memikirkan orang di sekelilingnya.

"Mereka tak boleh teruskan aktiviti dengan keadaan macam ni. Mereka nampak sangat trauma..." Ujar seorang lagi staf Syarikat Q. Encik Ahn mengangguk setuju.

"Erm... Tuan..." Minjae mula bersuara membuatkan pandangan semua orang tertumpu ke arahnya.

"Ya, Minjae?"

"Saya rasa lebih baik sekiranya kami dibubarkan sahaja..."

Kata-kata dia itu mengejutkan semua warga Syarikat Q.

"A-apa kamu cakap, Minjae? Kamu serius kah?" Encik Ahn inginkan kepastian. Lalu Junmin pula yang bersuara bagi pihak Minjae.

"Ya. Lepas apa yang dah berlaku, kami dah serik dan kami pun sudah berbincang sama-sama untuk dibubarkan."

"Bagi kami, itu adalah jalan yang terbaik." Hyunwoo menyampuk.

"Tetapi--"

"Saya rasa apa yang mereka cakap tu betul."

Encik Lim menyampuk membuatkan pandangan mereka semua tertumpu ke arah dia pula.

"Tengoklah wajah setiap ahli HIKERZ. Mereka sangat trauma selepas kehilangan tiga orang ahli. Saya risau sekiranya kita tetap meneruskan aktiviti HIKERZ, kesihatan mental mereka akan merosot. Tambahan pula, pasti akan banyak kontroversi muncul sekiranya mereka tetap diteruskan dalam satu kumpulan yang sama."

Suasana dalam bilik mesyuarat hening buat seketika. Tiada sebarang bunyi percakapan melainkan bunyi pendingin hawa sahaja yang dihasilkan. Encik Ahn menghela nafas berat.

Apa yang dikatakan oleh Encik Lim tadi memang benar, sudah banyak perkara buruk menimpa pada HIKERZ. Sekiranya dia masih berdegil mahu teruskan aktiviti HIKERZ, pasti akan bertambah teruk lagi.

Silap-silap nanti tercalar nama baik Syarikat Q.

"Baiklah. Saya sudah buat keputusan. Dan keputusan ini adalah muktamad." Ujarnya mengambil perhatian semua orang.

"Atas perkara yang telah berlaku, saya memutuskan untuk membubarkan kumpulan HIKERZ."

------------------

HUNTER, salah seorang daripada ahli kumpulan HIKERZ telah ditahan atas tuduhan dalang disebalik kematian SEEUN dan menembak dua orang lagi ahli HIKERZ iaitu JINSIK dan YECHAN sehingga maut.

Oleh disebabkan kejadian itu, Syarikat Q telah memutuskan untuk membubarkan kumpulan HIKERZ demi kebaikan kedua-dua pihak.

Beberapa bulan telah berlalu sejak kes itu berlaku. Namun memori mengenai kejadian itu sungguh amat sukar untuk dilupakan oleh Yujun.

Ia mengerikan. Tidak pernah dia terbayang sebelum ini bahawa dia akan mengalami nasib yang malang seperti itu.

Selepas HIKERZ bubar, jarang sekali dia menghubungi ahli-ahli yang lain. Walaupun dia sama sekolah dengan Sumin dan Junghoon, mereka seolah-olah menganggap bahawa mereka tidak pernah berkenalan.

Lebih tepat lagi, mereka mula berjauhan dan menganggap sebagai orang asing.

Selepas kehilangan Jinsik, Sumin menjadi seorang yang sangat pendiam. Dia langsung tidak menegur Yujun walaupun mereka sering terserempak dalam sekolah.

Jangankan Sumin sahaja, Junghoon pun lebih kurang sama walaupun mereka sekelas.

Yujun cuba untuk menghubungi ahli-ahli yang lain seperti Minjae, Junmin dan Hyunwoo. Tetapi dia tidak dapat menghubungi mereka langsung.

Seolah-olah nombornya telah di block oleh mereka bertiga. Yujun mengeluh.

Dia tidak faham mengapa perkara begitu harus berlaku.

"Yujun oppa."

Dia terdengar namanya dipanggil oleh seseorang yang amat dikenalinya. Lantas dia menoleh.

"Ya Seyul?" Tegur Yujun sambil tersenyum.

Tidak berkata apa-apa, Seyul terus memeluk Yujun dengan erat membuatkan dia terkedu dan pada masa yang sama terkejut.

"Eh eh. Kenapa dengan awak ni?" Gelabah Yujun.

"Terima kasih oppa sebab sanggup cederakan diri untuk cari pembunuh Seeun..."

Ucap Seyul perlahan. Pelukan dia tadi mula terlerai. Yujun memandang tepat wajah Seyul dengan penuh rasa malu yang amat.

"Oh... Fasal itu..."

"Pihak polis dah ceritakan semuanya pada keluarga saya. Saya sebenarnya sangat terhutang budi sebab oppa sanggup bahayakan nyawa oppa demi selamatkan ahli HIKERZ yang lain."

Yujun hanya mampu tersenyum kelat mendengar ujaran Seyul itu.

"Tetapi HIKERZ sekarang dah tak ada..." Katanya perlahan. Seyul berasa sedikit simpati.

"Ya... Memang HIKERZ sudah tiada. Tetapi memori oppa bersama ahli HIKERZ yang lain masih tetap ada."

Terkelu lidah Yujun mendengar kata-kata Seyul tadi. Dia tidak tahu apa yang patut dia balas.

Tidak lama selepas itu, loceng sekolah mula berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat. Seyul mengeluh kecil sebelum mengalihkan pandangannya ke arah Yujun semula.

"Saya kena pergi. Jaga diri baik-baik oppa."

Sejurus kata begitu, Seyul terus pergi meninggalkan Yujun di koridor seorang diri. Tidak sempat untuk dia membalas.

Yujun hanya mampu mengeluh. Baru sahaja dia ingin membuka langkah untuk masuk kelas, dia tiba-tiba terdengar bisikan seseorang.

"Terima kasih, Yujun..."

Yujun terkaku.

Ya...

Suara itu masih ada...

Namun Yujun tahu bahawa pemilik suara itu sudah tenang daripada kesengsaraan.

Yujun tersenyum kecil.

"Sama-sama, Seeun."

- TAMAT -

[C] OUIJA BOARD : Culprit ☾ 싸이커스 ☽Where stories live. Discover now