"Yujun, jom kita pergi rehat. Sumin hyung dah tunggu kita dekat kafeteria sekarang." Ajak Junghoon. Yechan sudah berada di luar kelas menunggu mereka berdua. Namun Yujun menolak.
"Tak apalah. Kau pergi dulu. Aku nak jumpa dengan Seyul kejap."
"Huh?"
Tidak sempat untuk Junghoon bertanya, Yujun sudah pun meninggalkan dia seorang diri dalam kelas. Yechan yang perasan itu berasa hairan melihat Yujun berjalan ke arah bertentangan kafeteria sekolah. Terus dia bertanya pada Junghoon.
"Yujun ke mana?"
"Katanya nak jumpa Seyul."
"Eh? Untuk apa?"
Junghoon mengangkat bahu tanda tidak tahu. Semenjak dua menjak ini Yujun kerap bertemu dengan Seyul di sekolah. Sebelum ini tidak pernah atau jarang sekali Yujun ingin berjumpa dengan Seyul ketika Seeun masih hidup dulu.
Adakah mungkin selepas kematian Seeun, Yujun cuba ingin menjaga Seyul seperti adik sendiri? Lagipun mereka semua tahu bahawa Seyul amat meminati Yujun dalam HIKERZ. Sedangkan Seeun sendiri juga cemburu melihat adiknya sangat meminati Yujun daripada dirinya sendiri.
"Jom lah. Aku dah lapar ni," ajak Yechan. Lalu Junghoon pun berjalan bersama dengannya untuk pergi ke kafeteria bersama.
---------------
Waktu rehat tengah hari sudah hampir tiba ke penghujungnya. Sebelum ke kelas, Sumin pergi ke tandas untuk melepaskan hajat. Junghoon dan Yechan sudah pun kembali ke kelas masing-masing.
Sumin masuk ke dalam tandas yang paling hujung sekali. Tatkala dia sedang membuang air, Sumin terdengar ada seseorang mengetuk pintu tandas dari luar.
Bukan sekali, tetapi berkali-kali.
Tuk tuk tuk
"Siapa tu?" Tanyanya. Namun tiada suara yang membalas. Orang itu mengetuk pintu tandas lagi membuatkan Sumin menjadi sedikit rimas.
"Pergilah masuk tandas lain! Sini ada orang!"
Namun orang itu seolah-olah mengabaikan kata-kata Sumin tadi. Dia terus mengetuk sehinggalah Sumin menjadi semakin bengang.
Akibat rasa geram yang amat, Sumin terus membuka pintu tandas. Namun anehnya tiada sesiapa pun yang berada dalam tandas sekarang melainkan dia seorang sahaja. Sumin mula berasa pelik.
Tidak lama kemudian, lampu dalam tandas tiba-tiba terpadam membuatkan dia terkejut sedikit.
"Hei! Siapa main tutup lampu ni? Tak kelakar lah!"
Sumin menyangka bahawa ada seseorang cuba menyakatnya. Tatkala dia cuba mencari suis lampu, dia tiba-tiba terdengar bunyi detapan kaki seseorang dari belakangnya. Sumin mula berasa tidak sedap hati.
Dia cuba untuk mengabaikan perasaan takut itu. Namun semua itu hanyalah sia-sia selepas sahaja dia tertengok pantulan cermin yang menunjukkan susuk tubuh Seeun kini berada di belakangnya.
Dengan wajah yang menyeramkan serta penuh dengan luka itu sungguh membuatkan Sumin terus menjerit ketakutan.
"WAAARRGGHHH!"
----------------
Hyunwoo tiba-tiba dipanggil oleh guru kelasnya ketika dia sedang bercakap bersama rakan kelas. Mahu atau tidak, dia terpaksa turuti dan pergi ke pejabat untuk berjumpa dengan guru kelasnya itu iaitu Cikgu Lee.
"Ya cikgu? Ada apa panggil saya?" tanya Hyunwoo ramah.
Dahinya berkerut apabila melihat Cikgu Lee memberikan satu fail kepadanya.
"Ini fail peribadi Seeun. Saya nak kamu simpankan." Ujarnya. Hyunwoo yang masih kekeliruan itu hanya mengambil sahaja.
Dia langsung tidak tahu mengapa Cikgu Lee tiba-tiba sahaja menyerahkan fail peribadi Seeun kepadanya.
Mungkinkah pihak sekolah tidak mahu menyimpan lagi? Itulah apa yang terdetik dalam hati Hyunwoo sekarang. Terus dia kembali ke kelas dengan membawa fail Seeun bersama.
Dalam perjalanan menuju ke kelas itu, Hyunwoo menerima satu panggilan daripada Junghoon. Dia terus menjawab panggilan tersebut.
"Ya, Junghoon? Kenapa call hyung?" sapa Hyunwoo dan pada masa yang sama menyoal Junghoon dalam talian.
"Hyung, kau nak tahu satu berita tak?" soalan dibalas dengan soalan. Hyunwoo menjadi hairan.
"Berita apa?"
"Sumin hyung pengsan di sekolah."
Kata-kata Junghoon tadi mengejutkan Hyunwoo.
"Huh? Kenapa Sumin pengsan pula ni? Apa yang dah berlaku?" Bertubi-tubi Hyunwoo bertanyakan soalan. Junghoon menjadi keliru untuk membalas satu persatu soalan Hyunwoo itu.
"Erm... Aku sebenarnya pun tak tahu kenapa Sumin hyung pengsan. Tadi masa waktu rehat, dia okey sahaja makan dengan aku dan Yechan. Lepas tu dia cakap dia nak pergi tandas jadi aku dengan Yechan pun masuk ke kelas lah. Tapi tak lama lepas tu aku terdengar Sumin hyung menjerit dalam tandas. Bila aku dan Yechan sampai kat luar tandas, kitorang terkejut tengok Sumin hyung dah pengsan dekat situ."
Hyunwoo terkaku seperti patung selepas mendengar cerita yang disampaikan oleh Junghoon tadi. Sungguh itu bukanlah perkara yang baik buatnya.
Tidak sempat untuk Hyunwoo bersuara, Junghoon sudah pun memutuskan talian membuatkan dia terkedu. Satu keluhan berat dilepaskan perlahan.
Tiba-tiba dia mula berasa seram sejuk dengan fail peribadi Seeun yang dipegangnya kini. Adakah semua perkara pelik yang berlaku sekarang ini ada kaitan dengan Seeun?
YOU ARE READING
[C] OUIJA BOARD : Culprit ☾ 싸이커스 ☽
Fanfiction❝ The real culprit is here. ❞ ✧*:.。.✎ kq xikers's horror fanfiction Start : 1 March 2024 End : 29 March 2024 Cover : thanks @-ayrain for this beautiful cover