Hyunwoo dan Junghoon berjalan menuju ke sebuah kedai serbaneka yang berdekatan dengan dorm mereka. Hyunwoo bercadang mahu membeli sedikit makanan ringan jadi dia meminta Junghoon untuk menemaninya.
"Hyung tak diet kah?"
"Tak. Lagipun aktiviti kita masih disekat jadi hyung ingat nak makan something yang hyung craving sekarang."
Junghoon mengangguk faham. Dia juga sama seperti Hyunwoo, malas hendak diet. Selagi kes Seeun itu belum selesai, selagi itulah mereka tidak boleh lakukan aktiviti mereka sebagai kumpulan K-POP. Namun mereka hanya boleh berhubung dengan peminat melalui sosial media sahaja.
Mereka tiba di kedai serbaneka. Hyunwoo pantas mengambil bakul yang telah disediakan dan bawa ia menuju ke bahagian rak makanan.
Dia mula mengambil apa-apa makanan yang ingin dibelinya. Dia juga tidak lupa untuk membelikan sedikit makanan buat ahli-ahlinya yang lain. Junghoon sekadar tersenyum sahaja melihat Hyunwoo mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak.
"Tak banyak sangat kah?" Hairan Junghoon. Lantas Hyunwoo menggeleng.
"Tak lah. Lagipun hyung beli untuk kita semua. Oh, Junghoon tolong ambilkan air soda dekat peti sejuk."
Junghoon akur dan segera menuju ke bahagian peti sejuk untuk mengambil air soda yang disuruh oleh Hyunwoo tadi. Dia mencapai botol soda yang terletak belakang sedikit daripada air-air yang lain.
"Dapat pun."
Dia menutup semula pintu peti sejuk selepas berjaya mengambil botol air soda tadi. Namun tubuhnya serta merta terkaku apabila ternampak bayangan seseorang sedang berdiri di belakangnya melalui pantulan cermin pintu peti sejuk tersebut.
Bayangan itu seperti Seeun!
Pantas dia menoleh ke belakang. Dia mendapati bahawa tiada sesiapa pun yang berdiri di belakangnya. Junghoon mula berasa kurang senang.
"Apa yang aku nampak tadi?"
"WARGHH!"
Junghoon terkejut selepas terdengar jeritan Hyunwoo tadi. Dia terus berlari mendekati kawan baiknya itu.
Dia lihat Hyunwoo sudah terduduk lemah sambil tengucap-ngucap mencari nafas. Junghoon lantas mendekatinya.
"Hyung? Kau kenapa?" soalnya risau. Dalam masa yang sama dia cuba untuk tenangkan Hyunwoo.
"Ta-tangan aku ditarik masa aku nak ambil keropok tadi..."
Gagap Hyunwoo membalas kemudian dia menunjukkan kesan merah dan sedikit luka pada tangannya itu kepada Junghoon. Kesan itu agak ketara membuatkan Junghoon terdiam buat seketika.
Adakah ini bermaksud bahawa mereka sekarang sedang diganggu oleh roh Seeun?
--------------------
"Minjae, dari mana kau boleh terfikir nak guna papan ouija ni?"
Junmin mengajukan soalan kepada Minjae sebaik sahaja mereka tiba di dorm.
"Dari Kangmin. Lagipun papan ouija ni dia punya jadi aku pinjam untuk sementara waktu," balas Minjae tenang. Junmin yang mendengar itu terangkat kening sedikit.
"Seriuslah?"
"Ya."
"Hyung tak rasa kah yang kita kena stop main?" Kini giliran Sumin pula yang menyampuk perbualan mereka. Minjae membalas dengan gelengan kepala.
"Tak. Kita kena teruskan juga."
"Serius lah hyung? Hyung tak nampak kah yang kita semua sekarang sedang diganggu?"
Jinsik bersuara tidak puas hati. Sejak hari itu lagi dia membantah dengan tindakan Minjae yang masih ingin meneruskan bermain papan ouija. Dia tidak faham mengapa Minjae masih berdegil mahu bermain juga.
Minjae memandang wajah Jinsik dengan tatapan kosong. Tiada sebarang reaksi yang diberikan.
"Jangan nak tipulah. Rasanya baru tiga orang sahaja kena ganggu. Siapa lagi yang dah kena selain aku, kau dan Sumin?"
Jinsik terkelu lidah. Entah mengapa dia berasa sukar pula untuk menjawab soalan Minjae tadi.
Namun ada seseorang yang menyampuk perbualan mereka.
"Aku dan Hunter. Semalam kami pergi ke bilik latihan untuk lepak kat sana. Tapi bila kami cuba buka lagu, lampu bilik latihan tiba-tiba terpadam dan gambar seram Seeun muncul kat skrin komputer."
Cerita Yechan ringkas dan padat. Hunter disebelahnya mengangguk setuju kerana apa yang diberitahu oleh Yechan tadi memang benar. Minjae terkedu selepas mendengar.
Baru sahaja Jinsik mahu bersuara, mereka terkejut melihat Junghoon dan Hyunwoo masuk ke dalam dorm dengan penuh kelam kabut. Barang yang dibeli mereka tadi habis terjatuh di atas lantai.
"Yah, korang dah kenapa?" Tanya Junmin pelik. Dia dan Sumin segera membantu mereka berdua mengangkat barang-barang yang sudah terjatuh itu.
"Hyunwoo, Junghoon? Apa yang dah berlaku? Kenapa korang nampak lelah sangat?" Hairan Minjae.
Hyunwoo cuba mengambil nafas terlebih dahulu sebelum dia menjawab soalan Minjae itu.
"Aku dan Junghoon kena ganggu masa beli barang tadi."
Kata-kata Hyunwoo tadi mengejutkan mereka semua.
"Ya hyung. Tangan Hyunwoo hyung habis ada kesan lepas kena ganggu tadi."
Junghoon terus menunjukkan kesan merah dan sedikit luka yang terdapat pada tangan Hyunwoo itu kepada mereka semua. Ia kelihatan agak serius...
"I told you, hyung! Kita semua dah kena ganggu! Jadi hyung masih berkeras nak teruskan main papan ouija tu?" Ujar Jinsik membuatkan Minjae terkedu.
Tidak sempat untuk berkata apa-apa, dia terus dipotong oleh seseorang.
"Kita kena teruskan juga."
YOU ARE READING
[C] OUIJA BOARD : Culprit ☾ 싸이커스 ☽
Fanfiction❝ The real culprit is here. ❞ ✧*:.。.✎ kq xikers's horror fanfiction Start : 1 March 2024 End : 29 March 2024 Cover : thanks @-ayrain for this beautiful cover