Pulang sahaja dari sekolah, semua ahli HIKERZ berpusu-pusu masuk ke bilik Junghoon untuk melihat keadaan Sumin. Mereka lihat Sumin telah pun sedar daripada pengsan tetapi wajahnya terlalu pucat.
Minjae mula berasa sedikit risau. Dia tidak pernah melihat keadaan Sumin begitu. Terus dia bertanya lembut.
"Kau okey?"
Sumin membalas dengan anggukan kecil. Lalu Jinsik segera memberikan air kepada Sumin untuk diminum.
"Apa yang dah berlaku? Kenapa kau boleh pengsan di sekolah?" Soal Junmin hairan. Hunter disebelahnya juga ingin tahu.
"Yalah, hyung. Tadi waktu sarapan kau okey sahaja. Cuba hyung cerita pada kami."
Sumin menghela nafas perlahan. Dia pun mula menceritakan perkara yang sebenar kepada semua kawan-kawannya.
"Lepas waktu rehat tadi, aku pergi tandas seorang diri. Mula-mula aku terdengar ada orang ketuk pintu tandas dari luar tapi bila aku buka pintu, aku tak nampak sesiapa pun. Lepas tu lampu tandas tiba-tiba tertutup jadi aku cuba nak cari suis. Waktu aku tengah bergelaplah aku ternampak bayangan Seeun betul-betul kat belakang aku. Oleh disebabkan aku takut sangat, aku terus menjerit dan pengsan."
Tiada suara yang membalas selepas mendengar cerita lebar Sumin sebentar tadi. Mereka sangat terkejut apabila mengetahui bahawa Sumin juga telah diganggu oleh Seeun sama seperti Jinsik dan Minjae alami.
Mereka terlalu terkedu untuk bersuara. Ketika suasana dalam bilik senyap sunyi, Hyunwoo tiba-tiba teringatkan sesuatu. Terus dia memecahkan suasana yang tadinya sunyi itu.
"Korang... Tadi cikgu aku serahkan fail peribadi Seeun pada aku."
"Huh? Kenapa pula?" hairan Jinsik.
"Aku tak tahu. Mungkin dia malas nak simpan lagi kot."
"Cuba kau bawa fail Seeun ke sini."
Pinta Minjae. Hyunwoo mengakur lalu dia segera keluar dari bilik untuk mengambil fail Seeun yang tadinya tersimpan dalam beg sekolah. Selepas sahaja itu dia terus serahkan fail itu kepada Minjae.
Minjae meneliti setiap beberapa kertas, dokumen dan sijil pencapaian Seeun di sekolah. Sejujurnya tiada apa-apa yang menarik baginya melainkan slip keputusan Seeun yang sangat memberangsangkan.
"Memang tak dinafikan Seeun memang budak pandai." Pujinya perlahan. Lalu dia menyerahkan semula fail Seeun itu kepada Hyunwoo semula.
"Jadi sekarang apa yang patut kita buat?" Soal Junghoon setelah lama mendiamkan diri. Minjae mengangkat bahu tanda tidak tahu.
Dia tidak pasti sama ada patut atau tidak dia teruskan bermain papan ouija itu. Mereka perlu cari pembunuh Seeun, tetapi dia tidak mahu diganggu lagi...
"Aku rasa kita kena main papan ouija tu lagi." Kata Yujun membuatkan mereka semua terkejut.
"Yah! Kau gila? Kau nak kita semua diganggu kah?" Junmin cuba untuk menghalang. Namun entah mengapa Minjae seolah-olah menyokong pendapat Yujun itu.
"Kita kena juga. Selagi kita tak jumpa pembunuh Seeun, selagi itu jugalah kita akan diganggu."
"Hyung tolonglah. Kau memang tak nampak kah apa yang dah jadi pada Sumin hyung dan Jinsik hyung tu? Kalau kita terus bermain, lebih teruk kita akan kena!"
Ujar Hunter. Sungguh dia tidak sanggup melihat semua kawan-kawannya terus diganggu. Tetapi dia tidak faham mengapa Minjae dan Yujun masih berkeras mahu teruskan bermain.
Minjae memandang Hunter tajam membuatkan dia terdiam daripada terus berkata.
"Aku sendiri pun dah kena ganggu. Tapi aku tetap berkeras nak tahu siapa pembunuh Seeun. Lagipun aku tahu yang tak akan ada sesiapa nak mengaku sebab tak nak nama sendiri tercalar kan."
Dengan sinis Minjae berkata membuatkan semua ahlinya terdiam. Ya, sehingga sekarang mereka masih belum tahu siapa pembunuh Seeun yang sebenar. Setakat ini mereka cuma ada dua klu sahaja.
"Kalau macam tu kita main sekarang." Ajak Yechan membuatkan Minjae terkejut sedikit.
"Apa?"
"Yalah, kau nak tahu sangat siapa pembunuh Seeun kan jadi kita mainlah sekarang. Tak perlu pun tunggu malam. Buang masa saja."
Tambah Yechan lagi. Lalu dia menyuruh Junghoon untuk mengambil papan ouija yang telah tersorok di bawah sofa ruang tamu mereka itu. Minjae tidak sempat untuk mengatakan apa-apa.
"Kau nak sangat kita semua ni kena ganggu kan? Jadi kita teruskan saja." Katanya lagi membuatkan Minjae terasa sedikit. Tetapi Yujun di sebelahnya memujuk Minjae perlahan.
"Abaikan dia, hyung." Ujarnya perlahan. Minjae mengangguk kecil.
Papan ouija itu sudah pun dibawa oleh Junghoon masuk ke dalam bilik lalu mereka semua pun mula bermain bersama-sama.
---------------
D-I-A- A-D-A- H-A-I-W-A-N- P-E-L-I-H-A-R-A-A-N-
Itulah klu ketiga yang mereka dapat selepas bermain papan ouija tadi. Minjae memerhatikan setiap wajah ahlinya. Satu senyuman sinis terukir pada bibirnya.
Ya, dia dikecualikan daripada menjadi suspek pembunuh Seeun kerana dia tidak mempunyai haiwan peliharaan. Manakala ahli HIKERZ yang lain mempunyai haiwan peliharaan kecuali Yujun dan Hyunwoo.
YOU ARE READING
[C] OUIJA BOARD : Culprit ☾ 싸이커스 ☽
Fanfiction❝ The real culprit is here. ❞ ✧*:.。.✎ kq xikers's horror fanfiction Start : 1 March 2024 End : 29 March 2024 Cover : thanks @-ayrain for this beautiful cover