Culprit 13

46 10 4
                                    

"Kita kena teruskan juga."

Yujun setelah lama mendiamkan diri akhirnya bersuara juga membuatkan pandangan semua orang tertumpu ke arahnya.

"Apa kau cakap ni, Yujun?" Soal Sumin tidak memahami.

"Kita kena teruskan main. Lagipun aku dah janji dengan Seyul yang aku akan cari pembunuh Seeun sampai jumpa."

"Boleh tak kau stop libatkan Seyul dalam hal kita? Lambat laun nanti dia sendiri akan tahu juga."

Yechan berkata dengan nada sedikit geram. Dia hairan mengapa Yujun suka sangat menceritakan hal peribadi mereka kepada Seyul. Baginya hal ini tidak sepatutnya dikongsi dengan orang lain.

Satu anggukkan kecil diberikan oleh Hunter. Dia juga sependapat dengan Yechan.

"Betul kata Yechan. Lagipun kita sendiri tak jumpa pembunuh Seeun jadi kita tak patut cerita hal ini kepada orang lain."

"Tetapi Seyul tu adik Seeun sendiri. Dia berhak untuk tahu semuanya!" Tanpa sengaja Yujun tertinggikan suara membuatkan Junghoon yang mendengar itu berasa sedikit geram.

"Tak masalahnya sekarang ni kenapa kau beria-ria sangat nak beritahu pada Seyul? Dulu masa Seeun masih hidup kau tak pernah pun teringin nak jumpa dia. Sedangkan masa tu Seyul minat sangat kat kau pun kau tak ambil kisah fasal dia. Kenapa sekarang kau tiba-tiba macam nak jaga Seyul tu sangat?"

Terkelu lidah Yujun selepas mendengar kata-kata Junghoon tadi.

Memang benar... Dulu dia langsung tidak mengambil kisah tentang Seyul. Tetapi sekarang hampir setiap hari dia akan berjumpa dengan Seyul untuk menceritakan klu yang mereka dapat mengenai kematian Seeun.

Tetapi Yujun tidak faham. Mengapa mereka semua seolah-olah tidak mahu Seyul tahu sendiri punca kematian abangnya walaupun mereka ialah adik beradik?

"Guys, come on! Apa yang Yujun cakap tadi memang betul. Seyul berhak untuk tahu." Junmin berkata bagi pihak Yujun.

"Jadi maksudnya hyung tetap nak teruskan bermain?" Jinsik menyoal soalan lagi sekali. Junmin tidak berkata apa-apa.

"Baik. Kalau keadaan dah jadi macam ni, jadi kita akan main papan ouija tu untuk kali yang terakhir."

Akhirnya ketua HIKERZ, Kim Minjae bersuara setelah lama mendiamkan diri. Melihat keadaan pun semakin renggang maka dia membuat keputusan yang mana ia menimbulkan pelbagai reaksi daripada ahli-ahli HIKERZ.

"Hyung? Serius lah hyung?" tanya Hyunwoo inginkan kepastian. Minjae mengangguk kecil.

"Ya. Aku tak mahu keadaan macam ni berlarutan. Jadi aku buat keputusan yang hari ni kita main papan ouija sama-sama last. Selepas main nanti aku akan pulangkan semula papan ouija ni pada kawan aku dan kita tunggu sahaja polis buat kerja."

Semua ahli HIKERZ berasa sedikit lega selepas mendengar penerangan Minjae tadi. Akhirnya ketua mereka telah membuat keputusan yang bijak.

Daripada membahayakan nyawa sendiri, lebih baik mereka serahkan kes ini kepada pihak yang lebih bertanggungjawab.

Namun Yujun seperti tidak bersetuju dengan keputusan yang diberikan oleh Minjae tadi. Dia sudah berjanji pada Seyul dan Seeun juga meletakkan kepercayaan kepadanya.

Mahu atau tidak, Yujun terpaksa ikut juga. Dia tidak mahu persahabatan antara mereka semua bertambah renggang.

"Jadi kita akan main papan ouija buat kali terakhir malam ini. Aku harap tak ada yang bantah ya." Ujar Minjae. Dia disokong oleh semua ahlinya.

"Baik hyung!"

---------------------

Malam itu seperti yang telah dikatakan, mereka semua berkumpul di ruang tamu yang gelap dan hanya ditemani dengan cahaya lilin untuk bermain papan ouija buat kali terakhir.

Minjae seperti biasa akan memulakan permainan dengan membaca beberapa mantera yang selalu disebutnya.

Spirit near, spirit of the board.
We are here to call you.
Please come here.

I'm Minjae, leader of HIKERZ.
We are here to call our dead friend, Seeun.
Are you here? Please answer me.

Mereka menunggu jawapan. Minjae sudah pasangkan niat untuk meminta klu terakhir daripada Seeun sebelum mereka menamatkan permainan.

Petunjuk yang tadinya kaku di atas papan itu akhirnya mula bergerak  sendiri.

YES

Minjae tersenyum nipis. Lalu dia mula berbicara.

"Seeun, mungkin lepas ni kami tak main papan ouija lagi dah. Jadi bolehkah kau bagi kami klu terakhir?"

Senyap...

Tiada apa-apa respond.

Tidak lama kemudian petunjuk itu mula bergerak sendiri. Namun ia tidaklah memberikan klu sebaliknya persoalan buat mereka semua.

K-O-R-A-N-G- M-E-M-A-N-G- T-A-K- A-N-G-G-A-P- A-K-U- S-E-B-A-G-A-I- K-A-W-A-N- K-A-H-?

Mereka semua terkejut selepas Seeun menyoal begitu. Dengan pantas Junmin membalas.

"Kami masih anggap kau sebagai kawan, Seeun."

Petunjuk itu mula bergerak lagi.

T-I-P-U

Suasana tiba-tiba menjadi suram. Minjae mula berasa tidak senang lalu dia cuba meminta klu yang terakhir lagi sekali dengan penuh rayuan.

"Kau kawan kami, Seeun. Sebab itulah aku minta klu yang terakhir."

Selepas sahaja meminta, akhirnya petunjuk itu pun bergerak memberikan klu yang terakhir.

D-I-A- D-A-R-I- A-G-E-N-S-I- B-E-S-A-R

Mereka berkerut dahi selepas mengetahui klu terakhir yang diberikan oleh Seeun tadi. Lalu petunjuk itu bergerak sendiri lagi sekali.

Dan ia menimbulkan rasa seram sejuk kepada mereka semua.

J-A-N-G-A-N- H-A-R-A-P- K-O-R-A-N-G- A-K-A-N- T-E-N-A-N-G

P-E-M-B-U-N-U-H- T-U- A-D-A- K-A-T- S-I-N-I-

[C] OUIJA BOARD : Culprit ☾ 싸이커스 ☽Where stories live. Discover now