Culprit 10

50 11 10
                                    

"Sekarang yang dikecualikan ialah aku, Yujun, Hyunwoo dan Junghoon. Masih lagi tak nak ada yang mengaku?"

Tiada sesiapa pun yang menjawab soalan yang dilemparkan oleh Minjae tadi. Suasana dalam bilik masih kekal senyap sunyi. Tiada sebarang bunyi yang dihasilkan oleh mereka melainkan bunyi kipas sahaja.

Minjae memandang semua ahlinya saling berganti. Masing-masing sudah menundukkan diri. Ya, dia masih tiada idea siapakah punca sebenar kematian Seeun.

"Minjae, sini kejap." Dia terdengar namanya dipanggil oleh Encik Lim dari ruang tamu. Terus sahaja dia keluar meninggalkan semua ahli HIKERZ dalam bilik.

Mereka mula berpandangan antara satu sama lain. Sungguh mereka tiada idea dengan klu ketiga yang mereka dapat tadi selepas bermain papan ouija. Junmin cuba memecahkan suasana yang sunyi itu.

"Aku tak tahu macam mana nak cakap, sampai sekarang kita masih tak tahu siapa yang bunuh Seeun."

"Aku geramlah. Mengaku sajalah siapa yang dah buat silap tu." Tanpa sengaja Yujun tertinggikan suaranya menyebabkan pandangan semua orang tertumpu ke arahnya.

"Kau memang yakin kah salah seorang daripada kita yang bunuh Seeun?" Jinsik mempersoal. Yujun pantas mengangguk.

"Seeun sendiri beritahu kita yang pembunuh tu antara kita semua. Aku cuma geram sebab sudah tiga klu yang diberikan tapi kita masih tak tahu siapa bunuh Seeun."

"Macam mana kalau sebenarnya yang bunuh Seeun tu lebih daripada seorang?" Pertanyaan Hyunwoo tadi membuatkan Yujun terdiam buat seketika.

"Masuk akal juga. Sebab Seeun sendiri tak beritahu kita berapa orang yang bunuh dia." Hunter menyampuk.

Yechan yang dari tadi tidak bersuara itu mula berasa sedikit rimas. Dia menggarukan kepalanya yang tidak terasa gatal itu dan cuba untuk keluar daripada terus bercakap mengenai topik ini.

"Sudahlah. Makin serabut pula aku. Nanti kita sendiri tahulah siapa yang bunuh Seeun tu." Kata-katanya tadi membuatkan Yujun berasa sedikit bengang mendengar.

"Kami semua pun serabut juga. Tapi disebabkan kita tak jumpa pembunuh sebenar, selagi itu kita tak boleh tenang."

"Kita tak tenang pun sebab diganggu saja. Fasal kes Seeun tu biarlah polis yang siasat. Kita tak perlu masuk campur pun. Pembunuh Seeun tu pun tak akan dapat lari lah."

"Kau cakap tu macam kau sendiri tahu sahaja siapa yang bunuh Seeun."

Ujar Junghoon membuatkan Yechan terkedu buat seketika. Lalu dia mendengus geram.

"Aku tak tahu apa-apalah! Sudahlah aku nak keluar. Makin serabut aku!"

"Yah! Yechan tunggu aku!"

Hunter terus mengikut Yechan keluar dari bilik. Maka yang tinggal hanya lah Junmin, Jinsik, Sumin, Hyunwoo, Junghoon dan Yujun. Mereka terdiam selepas pertengkaran kecil tadi berlaku.

Junmin melepaskan keluhan berat.

"Aku nak jumpa Minjae sekejap. Korang nak buat apa?"

"Aku nak temankan Sumin dalam bilik. Aku risau tengok dia masih pucat." Jawab Jinsik.

"Aku mungkin dengan Hyunwoo hyung sahaja. Dia kata dia nak beli barang selepas ini," balas Junghoon.

"Kau pula Yujun?"

"Aku mungkin duduk dalam bilik sahaja. Aku ada kerja nak kena buat."

Junmin mengangguk faham. Lalu dia pun keluar dari bilik untuk berjumpa dengan Minjae. Tidak lama selepas itu barulah Yujun, Junghoon dan Hyunwoo keluar untuk membuat hal mereka masing-masing.

Maka yang tinggal hanyalah Jinsik dan Sumin. Jinsik menyuruh Sumin untuk baring sahaja memandangkan kawan baiknya itu masih dalam keadaan kurang baik.

"Kau tak tinggalkan aku kan?" soal Sumin perlahan. Tangan Jinsik itu dipegangnya erat tanda tidak mahu berjauhan dengannya. Jinsik mengangguk sambil tersenyum kecil.

"Jangan risau. Aku temankan kau."

--------------------

Yechan dan Hunter berjalan menuju ke bilik latihan mereka. Ya, sepatutnya mereka tiada apa-apa aktiviti yang perlu dilakukan sekarang tetapi oleh disebabkan mereka terlalu serabut, maka mereka perlu tenangkan diri dengan membuat perkara yang mereka suka.

Iaitu menari.

Hunter terus membuka suis lampu bilik latihan itu. Sudah lama mereka tidak ke sini. Agak rindu juga dia mahu menari bersama ahli HIKERZ yang lain. Yechan berjalan menuju ke meja komputer untuk mencari beberapa lagu yang menarik.

"Aku rasa kita tak patut fikir sangat fasal hal tadi," ujar Yechan seraya mencari lagu-lagu dalam file komputer.

"Aku setuju." Balas Hunter ringkas. Dia melihat dirinya melalui pantulan cermin sambil merenggangkan tubuh badan.

Tatkala Yechan sedang sibuk mencari lagu, dia mula berasa pelik kerana keyboard yang ditekannya itu tidak berfungsi. Berkali-kali juga dia tekan tetapi masih tidak dapat.

"Hunter, keyboard ini rosak kah?"

"Huh? Tak mungkin..."

Hunter segera berjalan menghampiri kawan baiknya itu dan buat perkara yang sama.

Memang benar. Keyboard itu seperti sudah rosak.

"Nampaknya terpaksalah guna phone sahaja." Cadangnya.

Tidak lama kemudian, lampu bilik latihan tiba-tiba terpadam sendiri membuatkan mereka berdua terkejut.

"Siapa main lampu ni?" Marah Yechan. Dia tidak nampak apa-apa kerana pandangannya sangat gelap. Mereka hanya ditemani dengan cahaya skrin komputer sahaja.

"Yechan! Tengok tu!"

Mata Yechan terbuntang luas selepas melihat skrin komputer itu tiba-tiba buka pada bahagian word dan tertulis nombor 66666666 banyak kali. Kemudian skrin komputer tersebut terpadam sendiri.

"A-apa yang dah berlaku tadi?" Hunter menyoal. Yechan menggelengkan kepala tanda tidak tahu.

Namun mereka bertambah terkejut selepas melihat skrin komputer itu tiba-tiba hidup sendiri dan menunjukkan gambar yang sangat menyeramkan.

"AAAHHH LARI!"

Kelam-kabut Hunter dan Yechan berlari keluar meninggalkan bilik latihan.

Gambar yang mereka lihat tadi ialah wajah Seeun yang penuh berlumuran darah serta mengukirkan senyuman yang menyeramkan.

[C] OUIJA BOARD : Culprit ☾ 싸이커스 ☽Where stories live. Discover now