Suasana di ruang tamu senyap dan sunyi. Tiada sebarang bunyi yang dihasilkan melainkan bunyi pendingin hawa sahaja. Masing-masing masih senyap memikirkan tentang klu kedua pembunuhan Seeun.
Iaitu pembunuh Seeun mempunyai adik beradik...
"Kalau ikutkan kita semua ini ada adik beradik." Minjae mula memecahkan suasana yang tadinya sepi. Yechan disebelahnya terus menyampuk.
"Tetapi Junghoon dan Yujun anak tunggal. Jadi secara automatiknya korang bukan suspek utama."
Yujun dan Junghoon menghembuskan nafas lega. Sama seperti Hyunwoo, mereka dikecualikan daripada menjadi suspek utama pembunuh Seeun.
Tetapi mereka yang lain mula berasa tidak sedap hati. Seramai enam daripada sepuluh ahli HIKERZ masih lagi menjadi suspek pembunuh Seeun. Sungguh klu kedua ini juga membuatkan mereka semakin buntu untuk mencari lagi pembunuh yang sebenar.
Klu yang mereka jumpa setakat ini ialah Seeun mati akibat dibunuh dengan cara sesak nafas, pembunuh itu tidak sama sekolah dengannya dan dia mempunyai adik beradik.
Tatkala mereka semua masih mendiamkan diri, manager mereka iaitu Encik Lim masuk ke dalam dorm mereka dengan membawa beberapa fail bersama.
"Kenapa kamu semua senyap semacam?" Soalnya hairan. Namun tiada siapa yang menjawab.
"Oh, saya nak beritahu kamu semua mengenai perkembangan Seeun."
Lantas HIKERZ memandangnya dengan penuh rasa ingin tahu.
"Tadi saya dipanggil ke balai dan pihak polis mengatakan bahawa memang benar Seeun mati disebabkan sesak nafas. Ahli forensik juga terjumpa terdapat beberapa kesan pergelutan pada leher serta pengelengan Seeun. Mereka mungkin syak bahawa sebelum Seeun dibunuh, dia ada bergaduh dengan seseorang."
Ujarnya lebar membuatkan HIKERZ terkejut.
"Kamu semua ada pernah bergaduh dengan Seeun kah?" Soalan Encik Lim tadi membuatkan HIKERZ terkedu. Namun Minjae cuba menjawab bagi pihak mereka.
"Secara jujurnya kami semua pernah bergaduh dengan Seeun."
"Saya nak kamu semua jujur, siapa yang kerap sangat bergaduh dengan Seeun?"
Maka angkatlah tangan sebilangan daripada mereka untuk mengaku. Iaitu Minjae, Junmin, Sumin, Hunter dan Yechan. Encik Lim tergeleng kepala.
"Saya tak nak syak apa-apa cuma kalau Minjae sendiri cakap pada saya yang salah seorang daripada kamu ialah pembunuh, susah untuk saya percaya."
"Kami pun... Sebab itulah kami berhubung dengan Seeun lagi menggunakan papan ouija. Kami baru sahaja dapat klu kedua." Kata Jinsik setelah lama mendiamkan diri.
"Apa klu keduanya?"
"Pembunuh Seeun mempunyai adik beradik. Tetapi Yujun dan Junghoon anak tunggal jadi mereka dikecualikan." Sumin menjawab.
"Jadi yang dikecualikan sekarang ialah Hyunwoo, Yujun dan Junghoon?" Mereka semua mengangguk bagi soalan Encik Lim tadi.
"Baiklah. Tetapi saya harap kamu semua janganlah kerap sangat main papan ouija itu. Kita tak tahu sesuatu buruk akan berlaku nanti. Sekarang kamu semua patut masuk bilik dan tidur."
"Baik..."
Lalu HIKERZ pun berjalan meninggalkan ruang tamu untuk masuk ke dalam bilik masing-masing.
-------------------
"Minjae hyung, tolong tutupkan lampu." Pinta Hunter. Dia mula berasa mengantuk dan ingin tidur sekarang.
Minjae hanya turuti sahaja. Dia segera menuju ke tepi pintu bilik untuk menutup suis lampu. Sebaik sahaja nyalaan lampu itu dipadamkan, barulah dia kembali naik di atas katilnya semula.
Hunter dan Hyunwoo sudah pun terlelap namun hanya Minjae sahaja yang masih terbangun. Entah mengapa dia berasa sangat sukar untuk tidur sekarang. Padahal semalam dia tidak cukup tidur.
Minjae mula berasa sedikit sunyi. Dulu setiap kali dia tidak dapat tidur, Seeun pasti akan menemaninya. Kadang kala ada juga Seeun merengek mahu tidur bersama dengannya. Sungguh dia rindu suasana yang begitu.
"Haih..." Keluhnya. Niatnya cuba untuk memejamkan mata itu terus terbantut sebaik sahaja dia merasakan katilnya bergoyang kecil.
Dan punca itu datangnya dari atas iaitu katil Seeun sendiri. Minjae mula berasa sedikit takut.
Lebih mengejutkan lagi ialah Minjae ternampak tangan seseorang berada di atas katilnya dengan darah yang menitis membuatkan dia menjerit ketakutan.
"AAAAAHHHH!"
Jeritan Minjae tadi mengejutkan semua penghuni dorm. Pantas ahli HIKERZ yang lain berlari memasuki bilik Minjae, Hunter dan Hyunwoo.
"Hyung? Kau kenapa?" Soal Yujun ingin tahu. Dia lihat Minjae sudah menyelimutkan diri dengan selimut.
Junmin perlahan-lahan cuba mendekati Minjae. Dia lihat Minjae sedang ketakutan sekarang.
"Kenapa, Minjae? Kenapa kau menjerit tadi?" tanya Junmin dan pada masa yang sama cuba untuk menenangkan Minjae.
"Ta-tadi aku ternampak tangan berdarah atas katil aku..." Minjae menjawab perlahan. Rasa takut itu masih lagi menguasai dirinya.
Mereka yang mendengar itu terkejut. Lebih-lebih lagi Jinsik kerana pagi tadi dia sudah diganggu dengan perkara yang aneh. Kini giliran Minjae pula.
"Jadi betul lah kata Jinsik yang roh Seeun tak tenang sekarang..." Ujar Hyunwoo perlahan. Yang lain pula masih kekal membisukan diri.
Itulah padahnya sekiranya mereka masih berdegil bermain papan ouija lagi.
YOU ARE READING
[C] OUIJA BOARD : Culprit ☾ 싸이커스 ☽
Fanfiction❝ The real culprit is here. ❞ ✧*:.。.✎ kq xikers's horror fanfiction Start : 1 March 2024 End : 29 March 2024 Cover : thanks @-ayrain for this beautiful cover