Culpirt 18

65 12 22
                                    

HIKERZ terkaku selepas mendengar penjelasan sebenar bagaimana Seeun dibunuh dan punca dia dibunuh. Rasa marah dan geram itu mula menguasai mereka semua.

Itu semua gara-gara Hunter yang cemburu akan dengan kebolehan Seeun!

"Sekarang dah tahu kan kenapa budak tu mati?" Hunter berkata sinis. Nafas Minjae mula tidak teratur kerana amarah dalam dirinya mula membara.

"Kau kejam! Sampai macam tu sekali kau bunuh Seeun!"

"Teruknya! Selama ni aku cuba pertahankan kau!"

Yechan berkata kuat. Mereka semua berasa sangat marah pada Hunter kerana dia lah dalang disebalik kematian Seeun!

"Kau sengaja berlagak tenang kan supaya tak ada orang syak langsung yang kau bunuh Seeun!" Jerkah Junghoon. Senyuman sinis itu masih terukir pada bibir Hunter.

"Yalah. Kau ingat aku bodoh nak mengaku kesalahan aku awal-awal? Aku sengaja biarkan korang semua main papan ouija tu supaya kena ganggu. Agak kelakar bila korang langsung tak dapat teka siapa pembunuh sebenar sedangkan Seeun dah banyak bagi klu."

"Kau mungkin nampak bijak, Hunter. Tapi kau tak boleh lari lagi dah. Kau tetap akan ditangkap." Ujar Yujun pula. Hunter tertawa kecil.

"Aku tak kisah. Tapi aku nak korang tahu yang sebenarnya korang lah yang tak boleh lari." Katanya membuatkan mereka semua berasa pelik.

"A-apa maksud kau--"

DOR!

HIKERZ terkejut selepas Hunter mengeluarkan pistolnya yang telah disorok dalam kocek seluar dan melepaskan das tembakan pada bahu Minjae secara mengejut.

"ARGH!"

"MINJAE HYUNG!"

Darah mula mengalir keluar daripada bahu Minjae membuatkan mereka semua berlari mendapatkan dia.

"Aku tak boleh biarkan korang lari daripada aku." Kata Hunter lagi. Lalu dia melepaskan lagi das tembakan kedua menyebabkan mereka semua berlari dalam ketakutan.

"KAU GILA!" Teriak Jinsik. Tidak semena-mena itu dia ditembak oleh Hunter menyebabkan Sumin yang berdiri di sebelahnya terkejut.

"JINSIK-AH!"

Sumin berlari mendapatkan Jinsik yang sudah menggelupur di atas lantai. Darah mula mengalir keluar dari tubuh Jinsik.

"STOP LAH HUNTER! KAU NAK BUNUH KAMI SEMUA KAH?" Jerit Hyunwoo pula.

"Memang! Sebab korang dah tahu siapa pembunuh yang sebenar!"

Hunter mengacukan pistolnya ke arah Hyunwoo dan melepaskan tembakan yang keempat. Yechan yang perasan akan itu terus bertindak untuk melindungi Hyunwoo menyebabkan dirinya terkena peluru.

"YE-YECHAN!"

Hunter tertawa riang melihat tiga ahli HIKERZ telah ditembak olehnya. Lalu anak matanya beralih melihat Junghoon yang sedang dipeluk oleh Junmin dari belakangnya.

"Korang kalau tak nak jadi macam mereka tolong diam ya--"

"HIYARGH!"

Yujun terus memukul kepala Hunter menggunakan payung menyebabkan dia berasa kesakitan yang amat. Lalu Yujun menyuruh semua ahli HIKERZ yang lain untuk berlari keluar dari bilik latihan sekarang.

"Lari cepat!" Jerit Yujun.

"Ta-tapi Yechan dan Jinsik macam mana?" soal Minjae perlahan sambil menahan kesakitan yang dialami. Sumin disampingnya membantu Minjae.

"A-aku akan uruskan. Yang penting sekarang pergi dapatkan bantuan!"

"YUJUN! HATI-HATI!" Teriak Junmin.

Tidak sempat untuk menoleh, kepala Yujun diketuk kuat oleh Hunter menyebabkan dia terus rebah di atas lantai. Junmin mahu membantu Yujun tetapi dia dihalang oleh Hyunwoo dan Junghoon.

Darah mula menitis keluar dari kepala Yujun. Dia cuba untuk bangun tetapi Hunter menendang badannya dengan kuat menyebabkan dia berasa kesakitan yang amat. Rambut Yujun itu kemudian ditariknya kuat memaksa Yujun untuk bangun dan menghadap muka bengis Hunter.

"Aku tak sangka kau boleh tahan bijak, Yujun. Dari mana kau tahu yang aku ni pembunuh sebenar?" Soal Hunter sinis. Yujun hanya mampu tersenyum. Pandangan dia mula samar-samar.

"Dari Seeun sendiri..."

"Wah kau... Bahaya kalau aku biarkan kau hidup ni. Jadi aku bunuh sajalah kau sekarang. Ucapkan selamat tinggal--"

Tidak sempat untuk Hunter membunuh Yujun, lampu bilik latihan tiba-tiba terpadam membuatkan dia terkejut. Tubuh Yujun tadi terus dilepasnya menyebabkan dia rebah di atas lantai. Serta merta Yujun tidak sedarkan diri di situ.

"SIAL! SIAPA MAIN LAMPU NI?" Jerkah Hunter. Namun tubuhnya tiba-tiba terasa dingin dari belakang.

Hunter mula berasa tidak sedap hati. Apabila dia menoleh, dia terkejut melihat bayangan Seeun berada di belakangnya dengan wajah yang sangat menyeramkan.

"AAAAHHHH!"

Seeun terus menyerang dengan mencengkam leher Hunter kuat sehingga dia berasa sukar untuk bernafas.

KAU BUNUH AKU! KAU TAK BOLEH LARI LAGI!

"LE-LEPASKAN!"

Tidak lama selepas itu lampu bilik latihan mereka kembali menyala semula dan bayangan Seeun juga tidak kelihatan.

Hunter yang berniat mahu larikan diri itu terus terbatal selepas sahaja dia ternampak pegawai polis pecah masuk ke dalam bilik latihan.

"Tahan dia!"

"LEPASKAN AKU! AKU TAK SALAH!"

Kedua-dua tangan Hunter digari dan dia dipaksa keluar dari bilik latihan bersama pegawai-pegawai yang lain. Semua pekerja Syarikat Q dan ahli HIKERZ menyaksikan sendiri Hunter dibawa masuk ke dalam kereta polis.

Encik Lim sangat terkejut melihat tubuh Yechan, Jinsik dan Yujun terbaring di atas lantai dengan berlumuran darah. Dia tidak menyangka sampai begitu sekali Hunter membunuh mereka.

"Cepat! Cepat! Mereka dalam kritikal sekarang!"

[C] OUIJA BOARD : Culprit ☾ 싸이커스 ☽Where stories live. Discover now