Culprit 14

44 11 6
                                    

Selepas bermain papan ouija, Minjae menyimpan semula ke dalam kotak yang telah disediakan. Esok dia bercadang mahu pulangkan semula kepada Kangmin.

Asalnya dia mahu meneruskan bermain, akan tetapi dia tidak mahu hubungan ahli-ahli HIKERZ semakin renggang. Demi menjaga hati mereka semua, maka Minjae terpaksa membuat keputusan ini.

Dia meminta semua ahlinya berkumpul di ruang tamu untuk membincangkan mengenai klu terakhir yang mereka dapat.

"Jadi pembunuh Seeun ialah bekas dari agensi besar. Aku nak tahu siapa yang trainee dari agensi besar sebelum berpindah ke sini?"

HIKERZ ialah salah satu kumpulan K-POP yang dibangunkan oleh agensi kecil iaitu Syarikat Q. Sebilangan besar daripada mereka juga merupakan bekas pelatih daripada agensi besar sebelum berpindah ke Syarikat Q.

"Yang kita tahu dari Some Entertainment ialah Minjae hyung, Junmin hyung dan Junghoon." Ujar Yujun.

"Aku pula bekas pelatih dari Play Entertainment sama dengan Seeun." Kata Hunter.

"Aku pernah pass audition dekat Some dan Blocklabel tapi aku pilih Q." Sumin menyampuk.

"Aku pernah join musical dekat IA Music Academy." Ungkap Jinsik.

"Jadi yang bukan dari agensi besar sekarang ialah aku, Sumin, Jinsik, Yujun dan Yechan." Hyunwoo berkata setelah lama mendiamkan diri.

"Jadi maksudnya yang tinggal sekarang ialah Junmin hyung dan Hunter?"

Masing-masing mula terdiam setelah Junghoon berkata begitu. Anak mata Minjae laju melirik ke arah Junmin dan Hunter yang masih dalam kekeliruan.

"Nampaknya salah seorang daripada korang ialah pembunuh Seeun."

"Ke-kejap! Korang memang yakin kah yang aku dan Hunter bunuh Seeun?" Junmin berkata dengan penuh gelabah.

"Boleh jadi. Sebab yang tinggal jadi suspek pembunuh Seeun cuma kau berdua sahaja."

Kata Minjae tenang sambil menyilangkan tangan. Dia mula berasa curiga dengan dua orang ahlinya yang dikatakan sebagai suspek 'pembunuh' Seeun.

"Tetapi tak mungkin Junmin hyung. Sebab waktu malam kejadian tu berlaku, dia dengan aku jer." Sumin bersuara bagi pihak Junmin.

Bukan niatnya untuk menipu tetapi ia memang benar. Pada malam itu Junmin hanya bersama dengannya sahaja.

"Kalau macam tu kau pula, Hunter?" Jinsik mengajukan soalan kepada Hunter membuatkan dia terkedu untuk menjawab.

Tetapi Yechan memberikan jawapan bagi pihak Hunter.

"Aku tak rasa Hunter yang bunuh Seeun. Sebab masa tu dia dekat ruang tamu buat kerja sekolah dengan aku dan Junghoon. Kalau tak percaya, boleh tanya pada manager sendiri sebab dia temankan kami bertiga hari tu."

Mereka mula menjadi semakin keliru. Kalau itulah jawapannya jadi siapalah pembunuh Seeun yang sebenar? Masing-masing tidak mahu mengaku.

Minjae melepaskan keluhan berat. Kepercayaan dia terhadap mereka semua mula berkurang.

"Sudahlah. Kita serahkan hal ini kepada pihak polis. Masing-masing tak nak mengaku jadi kita tunggu sahaja."

Kata Minjae dengan nada sedikit kecewa. Sebelum dia berlalu pergi, dia sempat menoleh ke arah semua ahlinya yang masih terpinga di ruang tamu.

"Cuma aku nak korang tahu, yang aku tak akan maafkan pembunuh tu."

Selepas berkata begitu Minjae berjalan meninggalkan mereka semua di ruang tamu. Papan ouija milik Kangmin itu juga dibawanya bersama. Rasa kesal itu mula menyelumbungi diri Minjae.

Tiada guna mereka bermain papan ouija tetapi mereka masih tidak jumpa pembunuh itu. Baginya semua ini hanyalah sia-sia.

-----------------

Yujun menjunamkan dirinya di atas katil yang empuk. Hatinya mula berasa sedikit sedih dan kesal. Dia tidak jumpa pembunuh sebenar dan lebih teruk lagi, dia gagal memenuhi permintaan Seeun.

"Maafkan aku, Seeun... Aku tak jumpa..." Ucap Yujun perlahan. Entah bagaimana dia mahu menjawab jika Seyul bertanya nanti.

Baru sahaja Yujun mahu lelapkan mata, dia terdengar satu suara yang membalas ucapan dia tadi.

"Kau dah buat yang terbaik..."

Yujun terbangun. Tidak mungkin dia tersilap dengar.

Itu suara Seeun!

Kemudian suara itu bergema lagi sekali dalam biliknya.

"Kau tak pernah kecewakan aku, Yujun."

"Aku gembira kau masih ambil berat fasal aku."

Entah mengapa kata-kata Seeun tadi membuatkan hati Yujun sebak. Dia berasa sangat terharu tetapi pada masa yang sama rasa bersalah kerana gagal menemui pembunuh Seeun.

Kedua-dua matanya mula berkaca. Tidak lama selepas itu Yujun menangis teresak-esak.

"Aku minta maaf..."

Itulah ayat yang mampu diungkapkan oleh Yujun sekarang.

Entah bila lagi dia akan dapat tahu pembunuh Seeun yang sebenar.

-----------------

Klu 1 : Pembunuh Seeun tak sama sekolah

Dikecualikan - Hyunwoo

Klu 2 : Pembunuh Seeun ada adik beradik

Dikecualikan - Yujun & Junghoon

Klu 3 : Pembunuh Seeun ada haiwan peliharaan

Dikecualikan - Minjae

Klu 4 : Pembunuh Seeun dari agensi besar

Dikecualikan - Sumin & Jinsik & Yechan

Hyunwoo mengumpul semua klu yang mereka dapat hasil daripada bermain papan ouija tadi.

Dia cuba untuk mencari jawapan sendiri disebalik semua perkara yang telah berlaku.

"Memang betul yang tinggal ialah Junmin dan Hunter. Tapi masalahnya pembunuh Seeun tu sebenarnya berapa orang?"

Sungguh sejak beberapa hari lepas lagi dia masih tertanya-tanya tentang persoalan yang sama.

Memang benarkan pembunuh Seeun itu hanya seorang?

Atau disebaliknya dua orang?

[C] OUIJA BOARD : Culprit ☾ 싸이커스 ☽Where stories live. Discover now