Culprit 05

47 12 4
                                    

Klu pertama yang HIKERZ dapat mengenai kematian Seeun ialah pembunuh itu tidak sama sekolah dengannya. Dari situ secara automatiknya Hyunwoo dikeluarkan daripada suspek utama pembunuh Seeun.

Namun masih ada banyak lagi persoalan mengenai kematian Seeun. Siapakah pembunuh Seeun dan mengapa dia membunuh Seeun? Apakah motifnya disebalik semua ini?

Minjae terus memberitahukan hal ini kepada manager. Dan semestinya Encik Lim sangat terkejut apabila mendapati bahawa HIKERZ menggunakan papan ouija untuk berhubung dengan Seeun.

"Kamu gila, Minjae? Papan ouija sangat bahaya untuk dimain!"

"Ya saya tahu tetapi kami mahukan kebenaran mengenai Seeun. Walaupun akan ada risiko bahaya, tapi sekurang-kurangnya kami tahu punca kematian Seeun..."

Jawab Minjae lebar membuatkan Encik Lim terdiam. Wajah Minjae itu ditatap buat seketika sebelum dia kembali bertanya semula.

"Jadi kamu cakap yang punca kematian Seeun ialah sesak nafas?" Minjae mengangguk.

"Dan kamu juga cakap yang pembunuh Seeun itu adalah salah seorang ahli HIKERZ sendiri?" Sekali lagi Minjae mengangguk.

"Siapa yang berdendam dengan Seeun?"

"Itu saya tak tahu. Tapi saya yakin ada dalam kalangan kami yang tidak mahu mengaku."

"Tentulah. Siapa sahaja akan mengaku apabila sudah buat salah bukan?" Ujar Encik Lim. Minjae mengangguk kecil.

"Saya akan beritahu hal ini kepada polis. Nanti kalau ada apa-apa update saya akan beritahu."

Tambah Encik Lim lagi. Lalu dia menyuruh Minjae masuk ke dalam keretanya untuk pergi ke sekolah. Minjae hanya akur.

Sebagai seorang ketua, dia bertanggungjawab untuk mengetahui punca sebenar kematian Seeun. Dia perlu pastikan bahawa pembunuh tersebut akan dijumpai dan menerima balasan yang setimpal.

------------------

Jinsik tiba di sekolah dengan rasa yang sedikit gusar. Sejak semalam lagi dia tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana dia masih lagi memikirkan dengan perkara yang telah mereka lakukan kelmarin.

Bermain ouija semata-mata untuk memanggil Seeun... Sungguh ia amat gila.

Jika dulu dia selalu tengok orang bermain papan ouija di televisyen, sekarang dia pula yang bermain papan ouija secara nyata. Perkara itu amatlah membimbangkan Jinsik kerana dia takut sekiranya ada roh yang menganggu hidup mereka.

Namun dia harapkan supaya perkara itu tidak akan berlaku.

Tatkala Jinsik sedang mengemas barangnya di dalam loker, dia terkejut melihat bayangan seseorang sedang berdiri di belakangnya melalui pantulan cermin. Lantas dia menoleh kebelakang.

Kosong...

Tiada sesiapa yang berada dalam bilik loker sekarang melainkan dia seorang sahaja.

"Aku salah tengok kot..." Jinsik cuba untuk menenangkan hatinya lalu dia pun menutup pintu loker.

Namun dia bertambah terkejut selepas mendapati pintu lokernya diconteng dengan warna merah yang seakan-akan warna darah. Jinsik segera menjauhkan dirinya dan membaca beberapa ayat yang terdapat pada pintu lokernya tersebut.

AKU TAK TENANG

AKU NAK BALAS DENDAM

"A-apa?" Contengan pada pintu lokernya juga sudah hilang daripada pandangan Jinsik. Dia terkelu.

-------------------

"Seeun oppa sesak nafas?"

Tanya Seyul inginkan kepastian. Yujun mengangguk perlahan. Mereka berada di kawasan koridor kerana sekarang adalah free time. Yujun menggunakan masa ini untuk memberitahu serba sedikit mengenai kematian Seeun kepada Seyul.

"Oppa dah jumpa kah siapa pembunuh Seeun oppa?" Tanya Seyul sekali lagi. Yujun membalas dengan gelengan kepala.

"Buat masa ini kami cuma tahu yang pembunuh Seeun itu tidak sama sekolah dengannya."

Seyul melepaskan keluhan berat. Nampaknya mereka masih lagi belum menemui dalang disebalik kematian Seeun. Yujun menjadi serba salah kerana dia tidak dapat memberikan info yang lengkap kepada Seyul.

"Oppa minta maaf, Seyul. Oppa sendiri tak tahu siapa yang bunuh Seeun..." Yujun ucap dengan penuh rasa serba salah. Seyul hanya mampu tersenyum kelat.

"Tak apa. Saya faham oppa cuba nak bantu. Saya pun nak minta maaf sebab tampar oppa semalam..." Kata Seyul perlahan. Yujun tidak membalas apa-apa. Sejujurnya dia faham mengapa Seyul bertindak untuk menamparnya semalam.

Sekiranya dia berada di tempat Seyul, dia juga akan lakukan perkara yang sama. Siapa sahaja tidak sedih apabila pihak polis belum pasti punca kematian adik beradik sendiri? Walaupun Yujun anak tunggal, dia sangat faham rasa kasih sayang antara adik beradik.

Seeun pernah mengatakan bahawa Seyul amat meminatinya dalam HIKERZ. Oleh disebabkan itu Yujun cuba untuk menjaga Seyul supaya Seyul masih kekal mempercayainya.

"Kamu patut masuk kelas sekarang. Free time sudah hampir tamat," beritahu Yujun. Seyul bingkas bangun dari duduknya.

"Ya... Nanti kalau oppa ada apa-apa update beritahu saya terus ya."

"Baiklah."

Yujun melambai tangan ke arah Seyul yang sudah berjalan jauh meninggalkan dia seorang diri di koridor sekolah. Satu helaan nafas dilepaskan perlahan. Keadaan sekarang makin runsing.

Mereka perlukan klu kedua untuk mengetahui punca kematian Seeun.

Jikalau tidak, roh Seeun tidak akan tenang...

[C] OUIJA BOARD : Culprit ☾ 싸이커스 ☽Where stories live. Discover now