Culprit 17

59 12 35
                                    

Di Syarikat Q, Encik Lim sedang membelek beberapa dokumen mengenai aktiviti HIKERZ. Masuk hari ini sudah hampir satu bulan aktiviti HIKERZ disekat disebabkan oleh kes kematian Seeun.

Dia tidak tahu bagaimana dengan nasib HIKERZ nanti. Adakah mereka akan kekal sebagai satu kumpulan, atau terpaksa dibubarkan. Namun sayang sekiranya mereka kena bubar kerana semua ahli HIKERZ telah berusaha bersungguh-sungguh untuk debut.

Tatkala dia sedang membaca dokumen yang dipegangnya, dia menerima satu panggilan daripada seorang pegawai polis yang menyiasat tentang kes Seeun iaitu Hongjoong. Dia terus mengangkat panggilan tersebut.

"Ya?"

"Encik, kami sudah jumpa pembunuh yang sebenar."

Encik Lim terkaku selepas mendengar itu.

--------------------

Petang itu pulang daripada sekolah, semua ahli HIKERZ macam biasa berkumpul di ruang tamu. Beginilah aktiviti mereka setiap kali pulang dari sekolah, menonton televisyen bersama atau sekadar berbual kosong.

Namun tidak bagi hari ini. Mereka mendapat satu mesej daripada Encik Lim untuk berkumpul di bilik latihan sekarang juga. Walaupun berasa pelik, namun HIKERZ hanya turuti sahaja.

Mereka berjalan menuju ke bilik latihan. Tiada sesiapa yang berada di situ melainkan mereka bersembilan sahaja. HIKERZ mengambil tempat untuk duduk di atas lantai secara membulat.

"Agaknya kenapa manager suruh kita berkumpul di sini?" Hairan Yechan. Jinsik disebelahnya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Jangan cakap yang manager dah jumpa pembunuh tu." Kata Hyunwoo pula mengejutkan mereka semua.

"Kau pastikah?" Junghoon inginkan kepastian. Hyunwoo mengangguk kecil.

"Ya... Sebab semalam aku bagi semua klu pembunuh Seeun pada pihak polis. Dan kemungkinan besar juga mereka sudah jumpa."

Suasana dalam bilik latihan senyap buat seketika. Namun ia tidaklah berkekalan sehinggalah Yujun bersuara.

"Nampaknya sangkaan aku memang betul..."

"Sangkaan apa?" Sumin bertanya setelah lama mendiamkan diri.

"Aku tahu siapa pembunuh Seeun yang sebenar. Dia memang kat sini."

Katanya lagi membuatkan mereka semua terkejut buat kali kedua. Yujun memandang tajam ke arah seseorang yang sedang duduk tidak jauh dihadapannya.

"Si-siapa?"

Kini giliran Jinsik pula untuk bertanyakan soalan. Sungguh dia mahu tahu sangat siapakah dalang disebalik kematian Seeun.

Yujun tidak menjawab. Sebaliknya dia terus menyerang seseorang secara tiba-tiba membuatkan keadaan dalam bilik latihan menjadi tidak terkawal.

"KAU! KAU YANG BUNUH SEEUN!"

Teriak Yujun sambil mencengkam kuat leher orang itu. HIKERZ yang melihat itu sangat terkejut. Mereka betul-betul tidak menyangka.

Orang itu ialah Hunter!

"LEPAS!"

Hunter melepaskan dirinya daripada terus dicengkam oleh Yujun. Dia segera menjauhkan diri daripada semua orang.

"Jadi selama ni kau yang bunuh Seeun?" Minjae bertanyakan soalan. Sambil-sambil itu dia membantu Yujun untuk bangun semula.

Satu senyuman sinis terukir pada bibir Hunter. Dia tertawa kecil.

"Baru tahu kah? Tak sangka korang ni lembab juga ya nak tahu siapa yang bunuh Seeun tu."

Junmin yang mendengar itu mula panas hati.

[C] OUIJA BOARD : Culprit ☾ 싸이커스 ☽Where stories live. Discover now