Pagi itu semua ahli HIKERZ bersiap untuk pergi ke sekolah. Selepas bersarapan, mereka dihantar oleh beberapa staff untuk pergi ke sekolah. Mereka juga berlainan sekolah biarpun berada dalam satu kumpulan yang sama.
Minjae dan Junmin bersekolah di House High School. Sumin, Yujun, Junghoon dan Yechan bersekolah di Soul High School. Jinsik bersekolah di Eternal High School. Hyunwoo pula sama sekolah seni dengan Seeun yang mana mereka bersekolah di Moon Art High School. Hanya Hunter sahaja sekolah swasta iaitu Land International High School.
Awal Minjae memberikan pesanan kepada semua ahli-ahlinya untuk sentiasa berjaga-jaga. Dia tidak mahu mereka yang lain terlibat dalam kes yang sama seperti Seeun.
Dia dan Junmin berpisah untuk masuk ke kelas masing-masing. Minjae ditempatkan di kelas paling depan iaitu kelas 6-1 manakala kelas Junmin pula tidak jauh dari kelas Minjae iaitu kelas 6-2.
"Minjae, kau nampak risau." Tegur salah seorang rakan kelasnya, Kangmin. Minjae hanya mampu mengukirkan senyuman kelat.
"Aku cuma risau dengan ahli-ahli aku. Kau pun tahukan kes kematian salah seorang ahli aku itu?"
Kangmin mengangguk kecil. Kes itu sudah tersebar luas. Bukan sahaja dalam negara sendiri malah hampir seluruh dunia tahu akan kes kematian Seeun secara misteri itu.
Sehingga sekarang kes itu masih belum dapat diselesaikan menyebabkan kes Seeun terpaksa ditutup buat sementara waktu.
"Aku tak faham... Apa punca kematian Seeun?" Keluh Minjae. Riak wajahnya berubah menjadi sangat risau. Kangmin disebelahnya hanya mampu mengusap lembut belakang kawan baiknya itu.
Tidak lama kemudian, muncul satu idea menarik dalam kepala Kangmin.
"Minjae, kau pernah dengar tak ouija board?" Minjae terangkat kening mendengar soalan Kangmin sebentar tadi.
"Itu bukan kah yang kita guna untuk seru hantu?"
"Lebih kurang."
"Kenapa dengan ouija board, Kangmin?"
"Kan kau cakap yang kau tak tahu apa punca kematian member kau, jadi aku ingat nak bagi cadangan yang kau cuba berhubung dia menggunakan ouija board itu."
Cadangan Kangmin tadi membuatkan Minjae terkejut. Dia terus menjauhkan diri darinya.
"Tak nak aku! Macam mana kalau aku tersilap panggil? Dah lah aku sendiri takut dengan hantu!" Minjae menolak. Namun Kangmin masih kekal memberikan ideanya.
"Kalau kau biarkan polis sahaja buat kerja, ia akan ambil masa yang lama. Sekurang-kurangnya kalau kau guna ouija board, kau akan tahu punca sebenar kematian member kau dan dari situ kau dapat tolong pihak polis selesaikan kes itu."
Minjae terdiam buat seketika. Apa yang dikatakan oleh Kangmin tadi memang benar... Mereka semua mahu tahu punca sebenar kematian Seeun. Mungkin ini adalah cara yang bagus untuk mengetahui jawapan dengan cepat.
Tetapi dia tidak pasti sama ada semua ahli kumpulannya setuju atau tidak. Takut sekiranya mereka menindas Minjae kerana membuat perkara yang tahyul ini.
"Kau rasa dekat mana aku nak cari ouija board?" tanya Minjae ingin tahu. Satu senyuman nipis terukir di bibir Kangmin.
"Aku ada satu kat rumah. Kalau kau nak guna, aku boleh post ke dorm kau."
Lama Minjae mendiamkan dirinya. Akhirnya dia pun bersetuju dengan tawaran yang diberikan oleh Kangmin tadi.
"Aku nak. Kalau boleh post hari ni juga." Kangmin tersenyum sinis.
"Baiklah."
------------------
Yujun masuk ke kelas bersama Yechan dan Junghoon selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Sumin. Baru sahaja Yujun ingin menjejakkan ke dalam kelas, dia terdengar namanya dipanggil oleh seseorang dari jauh.
"Yujun oppa!"
Jerit orang itu. Apabila Yujun menoleh, dia terkejut melihat seorang pelajar perempuan sedang menghampiri mereka bertiga dengan wajah yang sangat marah. Mereka sangat mengenali perempuan itu.
Dia ialah adik bongsu mendiang Seeun, Park Seyul.
"Kenapa, Seyul?" Tanya Yujun lembut. Tidak semena-mena itu dia ditampar kuat oleh Seyul menyebabkan Junghoon dan Yechan terkejut.
"Yah! Awak dah kenapa, Seyul?" Marah Yechan. Yujun menyentuh pipinya yang baru sahaja ditampar oleh Seyul tadi. Sungguh dia tiada idea mengapa tiba-tiba Seyul bertindak begitu.
Dada Seyul turun naik menahan amarah dalam hati. Dia memandang wajah Yujun, Yechan dan Junghoon saling berganti dengan wajah yang geram.
"Saya tak akan maafkan awak semua! Korang bunuh Seeun oppa! Sampai bila-bila saya tak akan maafkan!"
Tengking Seyul kuat menyebabkan semua pelajar yang lalu lalang di kawasan koridor ini boleh mendengar. Mereka bertiga terkelu lidah mendengar tuduhan Seyul tadi. Kedua-dua mata Seyul mula berkaca.
"Kenapa Seeun mati, oppa? Kenapa? Mesti korang benci Seeun oppa kan!" Teriak Seyul lagi. Yujun tidak mampu untuk berbuat apa-apa melainkan...
"Maaf, Seyul..."
Itulah ayat yang mampu diungkapkan oleh Yujun sekarang. Yechan dan Junghoon juga meminta ampun daripada Seyul walaupun mereka tahu semua itu hanyalah sia-sia.
Mereka tidak akan tahu apa punca kematian Seeun sehinggalah mereka jumpa petunjuk yang boleh dijadikan sebagai bukti yang kukuh.
YOU ARE READING
[C] OUIJA BOARD : Culprit ☾ 싸이커스 ☽
Fanfiction❝ The real culprit is here. ❞ ✧*:.。.✎ kq xikers's horror fanfiction Start : 1 March 2024 End : 29 March 2024 Cover : thanks @-ayrain for this beautiful cover