Spirit near, spirit of the board.
Please come here.
We call you.Minjae mula membaca beberapa mantera. Mereka semua yang mendengar itu menelan air liur. Suasana dalam ruang tamu itu gelap, ditemani dengan api lilin yang kecil dan suhu bilik yang terasa sedikit dingin.
I'm Minjae, leader of HIKERZ
We are here to call our dead friend, Seeun.
Are you here? Please answer me.Senyap.
Tiada bunyi apa-apa yang dihasilkan.
Minjae memandang setiap wajah ahlinya saling berganti. Masing-masing menunjukkan bahawa mereka masih dalam kekeliruan. Petunjuk yang mereka sentuh itu langsung tidak bergerak.
"Macam tak ada apa-apa pun." Jinsik bersuara perlahan. Terus dia ditegur oleh Sumin untuk diam.
Tidak lama kemudian, petunjuk yang mereka sentuh itu mula bergerak sendiri menyebabkan mereka semua terkejut.
Petunjuk itu bergerak menuju ke arah beberapa huruf abjad yang terdapat pada papan ouija tersebut.
I-M- H-E-R-E
Mereka terpaku. Nampaknya ia memang berkesan. Minjae mula mengajukan soalan.
"Boleh kami tahu nama kau?"
Petunjuk itu bergerak lagi sekali tanpa ada sesiapapun yang menggerakan ia.
P-A-R-K- S-E-E-U-N
Mereka semua mula berpandangan antara satu sama lain. Minjae hanya mampu tersenyum kerana mereka berjaya berhubung dengan Seeun menggunakan papan ouija ini.
Lalu dia pun mula untuk berbicara dengan Seeun.
"Kami rindukan kau, Seeun." Sejurus berkata begitu, petunjuk itu mula bergerak lagi sekali.
A-K-U- J-U-G-A
"Boleh kami tahu apa yang kau buat sebelum kau mati?"
Hyunwoo mula bertanya. Pada mulanya tiada respond yang diberikan namun setelah beberapa minit kemudian, barulah petunjuk itu bergerak semula.
B-A-C-A- B-U-K-U
Minjae mengangguk faham. Jadi pada waktu sebelum Seeun mati, dia membaca buku.
Yujun yang duduk di sebelah Minjae itu mula mengajukan soalan.
"Seeun, apa punca kematian kau?"
Petunjuk itu bergerak perlahan. Dan jawapan ia itu mengejutkan mereka semua.
D-I-B-U-N-U-H
Minjae menelan air liur payah. Rupanya punca kematian Seeun adalah dibunuh. Tetapi dengan cara apa dia tidak tahu.
"Dibunuh dengan cara apa?" tanya Hunter pula.
S-E-S-A-K- N-A-F-A-S
Sekali lagi mereka terkejut. Mungkin disebabkan itulah pihak polis mengatakan bahawa mereka tidak dapat pasti punca kematian Seeun.
Seeun sesak nafas... Namun siapakah yang membuat begitu?
"Seeun, adakah pembunuh itu ada di sini?" persoalan Minjae tadi menimbulkan rasa ingin tahu mereka semua.
Petunjuk itu bergerak menunjukkan satu perkataan yang terdapat pada papan ouija tersebut.
YES
Terbeliak mata mereka semua apabila mendapati bahawa pembunuh Seeun merupakan salah seorang daripada ahli HIKERZ sendiri. Mereka mula berpandangan antara satu sama lain. Rasa takut dan gelisah itu mula menguasai diri masing-masing.
"Tolong bagi kami klu." Pinta Yechan. Lalu petunjuk itu mula bergerak laju menyebabkan mereka agak sukar untuk menangkap beberapa huruf yang ditunjuk oleh Seeun.
D-I-A- T-A-K- S-A-M-A- S-E-K-O-L-A-H
Suasana mula menjadi hening selepas mendapat klu pertama daripada Seeun. Apabila terdengar bunyi ketukan pintu dari luar, pantas mereka meminta izin untuk menghabiskan permainan ini.
"Kami terpaksa pergi. Terima kasih, Seeun." Ucap Minjae.
GOODBYE
Selepas itu mereka terus melepaskan petunjuk itu bersama. Junmin dan Jinsik terus membuka suis lampu dan memadam api lilin. Papan ouija itu disorok kemas oleh Junghoon iaitu dengan menyembunyikan ia di bawah sofa mereka.
Minjae segera membuka pintu. Kelihatan manager mereka iaitu Encik Lim sudah lama berada di situ dengan membawa beberapa makanan bersama.
"Kenapa kamu kunci pintu?" Tanya Encik Lim ingin tahu. Minjae menjawab dengan tipu helahnya.
"Terlupa pula yang saya kuncikan pintu tadi. Manager pula dari mana?"
"Baru saja lepas beli makanan tadi. Bukankah kamu semua patut tidur sekarang? Esok sekolah."
Pesan Encik Lim. Minjae tersengih lalu menyuruh semua ahlinya untuk masuk tidur sekarang. Pantas HIKERZ bergerak masuk ke bilik masing-masing.
----------------------
Namun sebelum itu mereka berkumpul di bilik Minjae, Hyunwoo dan Hunter untuk membincangkan mengenai perkara tadi.
"Apa yang kita panggil tadi itu memang Seeun kan?" Tanya Junmin inginkan kepastian. Junghoon disebelahnya mengangguk kecil.
"Jadi sekarang ni salah seorang dari kita ialah pembunuh Seeun. Soalan aku, siapa nak mengaku?" Minjae menyoal. Tiada siapa yang menjawab kerana masing-masing tiada idea untuk membalas.
"Kita cuma tahu yang Hyunwoo tiada kaitan. Sebab Seeun beritahu kita yang pembunuh itu tidak sama sekolah dengannya. Dan hanya Hyunwoo sahaja yang sama sekolah dengan Seeun." Sumin berkata lebar. Hyunwoo melepaskan rasa lega kerana dia tidak terikat dengan suspek punca kematian Seeun.
"Jadi untuk tahu pembunuh Seeun, kita mesti kumpul klu yang diberikan." Tambah Hunter.
"Tetapi sekurang-kurangnya kita tahu punca kematian Seeun." Yechan menyampuk. Minjae mengangguk kecil. Namun jauh di sudut hatinya, masih ada yang belum lengkap.
Siapakah punca sebenar kematian Seeun?
Dan mengapa dia membunuh Seeun?
YOU ARE READING
[C] OUIJA BOARD : Culprit ☾ 싸이커스 ☽
Fanfiction❝ The real culprit is here. ❞ ✧*:.。.✎ kq xikers's horror fanfiction Start : 1 March 2024 End : 29 March 2024 Cover : thanks @-ayrain for this beautiful cover