Culprit 15

56 13 8
                                    

"Hyung, ini ialah klu yang HIKERZ dapat hasil daripada bermain papan ouija."

Seorang pegawai polis yang bernama Yunho memberikan sehelai kertas kepada rakan kerjanya iaitu Hongjoong. Kertas itu mempunyai semua klu yang berkaitan dengan kematian Seeun. Malah ia ditulis oleh salah seorang ahli HIKERZ sendiri iaitu Hyunwoo.

Hongjoong meneliti setiap perkataan yang tertera pada kertas tersebut. Lalu anak matanya beralih melihat skrin komputer yang dibukanya kini.

Mereka masih lagi menyiasat tentang kes pembunuhan Seeun. Walaupun sudah dibuat bedah siasat, namun mereka hanya jumpa beberapa bukti sedikit sahaja. Iaitu tangan dia mempunyai kesan pergelutan.

"Klu yang terakhir ialah dari agensi besar?"

"Ya hyung."

"Jadi hanya tinggal dua orang sahaja ya?"

"Ya."

"Yeosang, cuba kau mainkan semula rakaman yang Ryuna datang soal siasat HIKERZ hari tu."

Hongjoong mengarahkan rakan semejanya, Yeosang untuk memainkan semula rakaman yang telah dirakam oleh jurukamera beberapa hari lalu.

Dengan laju tangan Yeosang menaip membuka satu file untuk mencari rakaman yang diminta oleh Hongjoong. Mereka bertiga terus melihat dan mendengar dengan penuh teliti tentang apa yang diberitahu oleh ahli HIKERZ sendiri.

"Beberapa hari lepas kami ada bermain papan ouija untuk berhubung dengan Seeun. Dia beritahu kami yang waktu itu dia sedang baca buku."

"Seeun seorang yang berbakat dan dia banyak part dalam menyanyi."

"Saya syak dendam. Sebab Seeun pernah bergaduh dengan kami semua."

"Saya duduk dalam bilik bersama Hyunwoo."

Hongjoong bermain bibirnya selepas melihat rakaman itu sehingga habis. Dia mula buntu untuk mencari jawapan disebalik kes ini.

"Hyung, apa kata kita tengok semula rakaman cctv dorm HIKERZ. Sebab aku curious dekat mana Seeun baca buku."

Yeosang memberikan cadangan. Hongjoong membalas dengan anggukan kecil lalu menyuruh Yeosang untuk mencari semula rakaman cctv yang pernah diberikan oleh Encik Lim beberapa hari lalu.

Tidak mengambil masa lama untuk mencari, akhirnya Yeosang jumpa juga. Lantas dia membuka rakaman itu lalu menyuruh Yunho dan Hongjoong untuk melihat bersama.

"Itu dia!"

Kata Yunho sambil menunding jari ke arah Seeun yang sedang membaca buku dalam bilik Sumin dan Junghoon.

"Dalam video tadi Sumin cakap dia keluar dengan Junmin kan?" soal Yeosang inginkan kepastian. Yunho mengangguk kecil.

"Junghoon pula dekat ruang tamu masa tu-- Eh! Tengok tu!"

Ujar Yunho lagi membuatkan Yeosang dan Hongjoong kembali melihat skrin komputer semula.

Apa yang mereka lihat ialah Seeun keluar dari bilik dan menuju ke dapur untuk minum air. Kemudian, dia seperti mendapat mesej daripada seseorang. Selepas sahaja mendapat mesej tersebut, Seeun terus meninggalkan dapur dan keluar dari dorm HIKERZ.

"Nampaknya macam tak ada sesiapa pun yang perasan Seeun keluar masa tu." Ujar Yeosang perlahan. Yunho disebelahnya mengangguk setuju.

"Kan? Pelik betul..."

"Aku rasa kita dah hampir jumpa pembunuh yang sebenar." Hongjoong bersuara setelah lama mendiamkan diri. Yeosang dan Yunho yang mendengar itu kurang faham.

"Maksud hyung?"

"Kita periksa setiap nombor ahli HIKERZ. Dari situ kita akan jumpa pembunuh yang sebenar."

------------------------

Pagi itu tiba sahaja dalam kelas, Minjae terus memulangkan semula papan ouija itu kepada Kangmin.

"Nah, terima kasih sebab bagi aku pinjam." Ucapnya. Kangmin hanya menerima sambil tersenyum garis.

"Jadi kau sudah jumpa pembunuh itu?"

"Tak."

Serta merta senyuman yang terukir pada bibir Kangmin tadi hilang. Riak wajah Minjae menunjukkan bahawa dia berasa sedikit susah hati.

"Kenapa tak main sampai jumpa?"

"Sebab member aku semua tak nak main lagi dah. Katanya tak tahan kena ganggu jadi aku pun buat keputusan untuk pulangkan terus papan ouija ni pada kau."

"Tapi korang semua tetap kena ganggu walaupun korang dah tak main lagi." Kata-kata Kangmin tadi mengejutkan Minjae.

"A-apa maksud kau?"

"Kau sendiri seru dia, dan kau juga cakap dengan dia yang kau nak cari pembunuh tu sampai jumpa. Tapi bila dia dapat tahu yang kau tak jumpa dan kau terus berhenti main, kau rasa dia akan aman?"

Terkelu lidah Minjae selepas mendengar kata-kata Kangmin tadi. Ayatnya sama seperti apa yang Seeun berikan semalam...

KORANG TAK AKAN AMAN

Minjae buntu. Dia tidak tahu apa lagi yang patut dia lakukan sekarang.

Dia mahu mencari pembunuh Seeun, dan pada masa yang sama dia juga nak jaga hati semua ahli kumpulannya.

Kangmin yang melihat Minjae sudah terdiam itu hanya mampu tersenyum. Dia menepuk lembut bahu rakan kelasnya itu.

"Susah juga jadi ketua ya? Kena banyak bertolak ansur." Ujar Kangmin. Minjae mengangguk kecil.

"Ya... Memang betul pun--"

"MINJAE! HABISLAH!"

Salah seorang rakan kelas mereka, Haewon menjerit sambil memanggil Minjae membuatkan dia terkejut sedikit. Kelihatan Haewon sedang kelelahan sebaik sahaja tiba dalam kelas.

"Haewon? Kenapa?" soal Minjae ingin tahu kepada pelajar perempuan itu.

Haewon mencari nafas sebelum memberitahu perkara sebenar. Jawapan dia itu mengejutkan Minjae dan juga Kangmin.

"Junmin kena rasuk!"

[C] OUIJA BOARD : Culprit ☾ 싸이커스 ☽Where stories live. Discover now