BAB 16

81 7 0
                                    

"YEAYYY, dah boleh balikkk!!" Tiara bahagia semacam, ya lah! Pingsan pun kena tahan wad 2 hari! Tapi VIP weh bilik aku! Ni mesti kerja si Raja Thaqif ni! Kaya sangat! Meh 10 ribu bagi kat aku!

Tiara mengemas barangnya, begitu juga dengan Ariana menolong sedikit "semua dah selesai ke Tia?" Ariana cekap mengemas barang Tiara, ingatkan duduk lama kat sini rupanya 2 hari je dah lah bilik VIP mantap weehh! Semua ada! Tandas, dapur, tv nak tengok cerita korea pun ada tau!

"Aku rasa ini je kut, dah jom balik" Tiara seperti lupa sesuatu tapi apa eh?? "Ari, kau keluar dulu lah, aku rasa macam aku ada lupa sesuatu" Ariana mengangguk dan keluar, Tiara ingat apa yang dikatakan Raja Thaqif haritu, saje tak nak bagitau Ariana!

Tiara pergi ke almari yang dikatakan Raja Thaqif dan pergi membuka almari yang bertuliskan nombor 2, Tiara terkejut dengan hadiah yang diberi oleh Raja Thaqif

Ada pistol, beg Dior dan.. note...

'pistol mainan and Dior for my fiancé - Raja Thaqif William'

Alahaiii! Pingsan sekejap, segepuk Dior dibaginya! Kalau mati, saham Dior pulak dibaginya nanti? Haih.. apa ii pun pistol mainan aku ni baru punya! Hehe sweet lah pula Raja Thaqif ni! Malu titeee!

PINGSAN tak pingsan, kerja kena juga, dua hari cuti tak bersurat dipotong tak gajinya? Tapikan CEO ni datang melawat aku haritu? Siap dibagi Dior lagi! Sebabkan nak ucap terima kasih, aku pakai lah harini

Cantik pula dengan aku, dulu aku pakai beg biasa ii je kalau yang ada bertanda Yves Saint Laurent ke Gucci ke, pasar malam tu, tak mampu lerrr

Tenang je harini.. harap ii takdelah musibah yang datang-

"Where Thaqif?! I want see him! Now!" Aduh! Minah sewel ni datang lah! Bising gile! "Go! I want see Thaqif!" Memekak lah minah ni, orang dah kata tak boleh, tak boleh lah

"Sabar cik.. bawa bertenang.. sekarang Raja tengah meeting" kata seorang pegawai wanita disitu, baik betul dia pujuk Hanina macam tu ye!

"I don't care! I nak jumpa dia!"
"Sabar cik.. tunggu 5 minit.."
"I want now!"
"Eh minah sewel, sebelum aku cepuk muka kau bersepai kat sini, baik kau diam! orang lain tengah buat kerja kau memekik macam orang gila! Eloklah tu akak tu pujuk kau baik ii, kang bertukar dia jadi mood hulk kau pun dia baling dari tingkat 24 ni!"

Semua orang memandangku yang berani membidas Hanina, ingat aku tak berani? Minah sewel biadab di kita kena ajar!

"Tiara?!"
"Ape kau sebut nama aku? Sedap kan nama aku?"
"What is it so noise?"

Tiba ii ada orang bersuara yang membuatkan semua hanya memandang komputer, takut kena marah kecuali aku. "My bebiboo! Tengok pekerja you ni! Dia kata i minah sewel!" Mengadu Hanina kepada Raja Thaqif

"Childish"
"Whatttt?! You call me childish?!"
"Why not?"

Tiara tersenyum kemenangan apabila muka Hanina sudah merah geram malah Raja Thaqif diam saja "kau! Kalau aku cili mulut kau baru kau tau!" Hanina marah kerana Tiara asyik membuat muka tenang sahaja "sebelum kau ambik cili, muka kau dah bersepai dah kat sini"

Itu lagi membuat kemarahan Hanina labih bergoncang, mahu saja dia tarik tudung wanita itu! Tapi harus dijaga perbuatannya kerana ada Raja Thaqif "apahal pandang aku tak puas hati? Nak tarik tudung aku?" Tiara tersenyum sinis, tahu apa yang wanita ini pikirkan

"My bebiboo! Tengok dia tu!"
"Kau punya bebiboo pun dah tak larat nak tengok muka aku"
"Ye! Sebab kau buruk!"
"Biar buruk rupa jangan buruk akhlak!"

si Gadis milik si JejakaWhere stories live. Discover now