HARI yang di tunggu ii telah tiba.. debar pula rasanya.. Ya Allah.. kau permudahkanlah urusanku hari ini Ya Allah..
Hari ini dimana aku akan menjadi istri sah bagi Raja Thaqif William.. "termenung apa tu, Tia?" Tegur seseorang yang membuatku terkejut "eh ibu.. takde apalah.." Tiara terus memegang tangan Cik Yam
"Ibu.. Tia nak minta maaf sebab Tia ada banyak salah dengan ibu.. Tia nak ucap terima kasih banyak ii sebab dah jaga Tia sampai besar.. Allah saja yang mampu membalaskan jasa ibu.."
"Tia takda salah pun dengan ibu.. ibu bangga ada anak macam Tia.. ramai adik ii kamu nak ikut jejak langkah kamu tau" Cik Yam mengelus pipi Tiara lembut "Tia dah jadi anak ibu yang baik.. sekarang jadi istri yang baik pada suami okay? Lepastu jadi mak yang baik pada anak ii pula.."
"Okay ibu.. tapi Tia takutt"
"Alaaa biasa lah tu, nanti okay lah.. banyak ii kan istighfar.."
"Huftt... baik ibu"TIARA berjalan dengan Ariana yang sentiasa menemani di sisi, ramai juga yang datang, ada juga yang macam pernah nampak waktu majlis Raja Thaqif haritu..
Tiara terus berjalan ke arah pelamin yang simple dan cantik.. waktu ni nak buat akad nikah dulu.. walaupun nampak simple je, tapi harga lagilah
Jantung memang berdebar tapi apabila terdengar orang kata Raja Thaqif tak sampai lagi, debar giler! Mana dia pergi ni?!
"Ari.. Thaqif.. tak sampai lagi..?" Tiara gugup "sabar Tia.. nanti Thaqif sampai, tarik nafas hembus, jangan nangis hari ini adalah hari bahagia untuk kau, lagipun mak ngan ayah Thaqif ada, mereka tak lari" Tiara tarik nafas lalu hembus, mana pula Raja Thaqif ni??
"Pengantin lelaki belum sampai ya? Kita tunggu sekejap" kata seseorang yang sudah berabad, semua menunggu kehadiran Raja Thaqif, awak.. awak kat mana..?
Beberapa minit pun berlalu, tiga adik beradik itu masih belum kelihatan, Tiara risau.. "Abang, cuba call dorang.. risau saya dibuatnya.." Puan Rose Inarah risau, manalah mereka pergi tu? "Ye lah, sekejap ye" Raja Thian cuba menelefon mereka bertiga "tak jawab lah pula.."
Tiara lagi risau apabila Raja Thian kata begitu, ramai pula yang memandang serong ke arah mereka lagi ii sepupu sepapat Raja Thian dan Puan Rose Inarah "haihh! Ni kalau dorang dah sampai memang saya pulas telinga dorang!"
"Maaf lambat tadi tayar pancit" kata seseorang yang membuat semua pandang "Thasif! Mana Thaqif??" Kata Tiara apabila terus melihat kelibat Raja Thasif "ehem! Maaf lambat" Raja Thaqif terus duduk di tempat yang disediakan untuk pengantin lelaki di depan Pak Samad, Tiara lega apabila Raja Thaqif sampai.. apalah dibuat tiga beradik tu sampai tayar pancit..
"Boleh saya mulakan?" Tanya Pak Samad kepada Raja Thaqif lalu Raja Thaqif hanya mengangguk sahaja "sabar sekejap!" Puan Rose Inarah terus mendekat ke Raja Thaqif dan pulas telinganya "aduh aduh! Mama! Sakitlah!" Adu Raja Thaqif "kenapa lambat hah?! Buat semua orang risau je tau!"
"Kan tadi Asif dah kata! Tayar pancit lah maa, lepas lah maa, Aqif nak lafaz ni! Nanti cabut telinga Aqif macam mana nak dengar Pak Samad punya suara??" Raja Thaqif masih menahan sakit terus saja Puan Rose Inarah melepaskan telinga Raja Thaqif dan berpaling kepada Raja Thalif dan Raja Thasif
Puan Rose Inarah pulas pula telinga Raja Thalif dan Raja Thasif "nah ambik! Biar sama rata!" Raja Thalif dan Raja Thasif menahan sakit "sakit lah mamaaa! Asif nak dengar Abang Aqif lafaz!" Kata pula si Raja Thasif "Alif pun nak dengar juga" kata pula si Raja Thalif, sakit ii muka kena cool
"Dah ii lah tu, Ina.. buat malu je" Raja Thian pula bersuara dan terus saja Puan Rose Inarah melepaskan telinga kedua anaknya itu "apa?! Abang pun nak saya pulas telinga?!" Raja Thian cepat ii menggeleng, uishh tengok dah merah dah telinga anak aku! "Takpelah, awak sambung je lah, tarik kuat ii!" Raja Thian menyokong isterinya
YOU ARE READING
si Gadis milik si Jejaka
Romance[Karya pertama] Terjumpa di Taman Rekreasi yang tanpa sengaja dan mulalah perkenalan mereka di situ "Sayang, awak nak pergi mana?" -Raja Thaqif William "Err tak pergi mana ii pun.. nak ambik angin je.." -Tiara Adrieana Alangkah terkejutnya apabila m...