BAB 5

134 9 0
                                    

"JOM, dah sampai"
"Saya nak balik"
"Aku tumbuk muka kau nak?"

Terdiam Tiara apabila Raja Thaqif kata begitu "jom lah, kau nak aku buka pintu kereta sekali ke?" Raja Thaqif memandang Tiara yang duduk di belakang, katanya tak selesa kalau duduk depan dengan lelaki

Tiara keluar dari kereta dan terlihat William's coffee "kedai mana pulak awak bawa saya ni?" Tiara memandang Raja Thaqif yang baru saja keluar dari kereta BMW 740Li G12 yang berwarna hitam "memandai kau je kedai, ni Restoran"

"Oh ye ke, manalah saya tahu" Tiara pun mengikut langkah Raja Thaqif yang masuk ke dalam William's coffee

Baru sahaja Raja Thaqif membuka pintu yang berwarna coklat ke aesthetic itu, ramai yang menunduk hormat atas kehadiran Raja Thaqif tetapi Raja Thaqif tidak mengambil tahu malah Tiara lah yang tersenyum atas berbalas balik mereka punya hormat walaupun bukan di Tiara, terkejut!

"Apa awak ni? Orang lain bagi tunduk hormat, sambutlah dengan senyuman ke tunduk kepala sikit ke ape ke, awak ingat awak Raja??"

"Ya, aku Raja. Raja Thaqif William." Terbutang mata Tiara apabila Raja Thaqif menyebut nama panjangnya "fulamakkk, jadi yang saya keluar ni dengan Raja lah? Jadi saya kena panggil awak Raja?"

"panggil Thaqif" itu saja balasan dari Raja Thaqif tiba ii ada seorang lelaki yang menegur kami untuk memilih makanan, Ya Allah.. sedapnya.. nak banyak ii boleh ke? "Pilihlah apa yang kau nak" Raja Thaqif seperti paham apa yang dalam fikiranku "okay, kalau macam tu saya nak carbonara cheese dan ice lemon tea"

Lelaki itu terus pergi dan meninggalkan kami berdua "awak, saya tak selesa lah, saya duduk sana eh?" Tiara menunjukkan meja yang bersebelahan dengan Raja Thaqif "asal kau ni? Nampak muka aku ni jahat sangat ke?"

"Kan saya dah kata, saya tak selesa" Tiara berkata lagi "habistu kalau kau tengah dinner ngan keluarga, kau duduk jauh ke sebab ada bapak kau?" Kata ii Raja Thaqif itu menusuk jiwanya. Tiara tidak suka apabila orang lain menyebut tentang hal keluarganya

"Saya tiada keluarga" jawab Tiara tanpa segan silu dan itu tidak mengubah reaksi Raja Thaqif "hm, pergilah duduk sana" Tiara terus duduk di sebelahan meja sambil menunggu makanan dan minuman

Tiara memandang pintu karena ada 2 kelibat lelaki masuk ke dalam Restoran ini "eh abang Aqif, buat apa kat sini?" Tanya salah seorang dari mereka kepada Raja Thaqif lalu mereka memandangku pula

"Siapa tu bang?"
"Kawan"
"Ye ke"
"Ya"

Salah seorang lelaki itu ingin duduk di meja yang Tiara duduk tapi Raja Thaqif cepat menghalang "tak payah nak mengada, duduk sini" tegas yang membuatkan salah seorang lelaki itu tidak boleh membantah

"Saya Thasif"
"Thalif"

Tiara memandang pelik kenapa semua namanya hampir sama dengan Raja Thaqif? "Kami berdua adik Thaqif" jawab Raja Thasif seperti tahu apa yang aku sedang pikirkan "ouhh, nama saya Tiara"

"Wow, cantiknya nama macam tuannya btw nice to meet you, Tiara"

"Too and thank you" Tiara tersenyum manis kepada Raja Thasif yang sedang senyum lebar, comel! "Macam mana awak jumpa abang Thaqif? Abang Thaqif ni dah lah susah nak kawan dengan orang perempuan"

"Ouh ye ke? Kitaorang baru je beberapa hari kenal, adalah kesalah fahaman sedikit" Tiara memandang Raja Thasif yang sedang membuat mulut seperti ouh..

Makanan pun dah sampai, baca doa pun dah, apalagi makanlahh, umm sedapnya! Cheese dia tak kedekut pulak tu! Tiara melihat 3 adik beradik itu sedang serius berbincang tentang kerjanya? Kot ntah malas nak dengar

"Thaqif, saya dah habis makan, boleh balik ke?" Tiara memanggil Raja Thaqif dan ketiga-tiga adik beradik itu memandang Tiara "hm, jom" Raja Thaqif bangun dari kerusinya "tak payah bayar ke?"

"Ni kedai Thalif, kalau ahli keluarga datang makan tak yah bayar"
"Saya bukan ahli keluarga Thalif"
"Kau nak bayar, pergilah"
"Awak kata, awak belanja"

"Kau kalau nak makan free, senyap." Tiara diam dan Tiara mengikut langkah Raja Thaqif yang keluar dari Restoran ini "bye Tiara, jumpa lagi yee~" Raja Thasif melambai tangan kepada Tiara "bye Thasif, bye Thalif Assalammualaikum.." Tiara pun melambai tangan kepada dua orang itu sambil tersenyum

Tiara pun masuk ke dalam perut kereta di belakang dan Raja Thaqif masuk ke tempat pemandu kereta "rumah kau kat mana?" Raja Thaqif memandang Tiara menggunakan cermin "awak hantar je saya kat taman tadi"

"Aku tanya rumah kau bukan taman" Raja Thaqif masih memandang Tiara di cermin "eyy mana boleh, nanti awak apa ii kan saya dengan Ariana macam mana? Kat rumah tu dah lah ada perem-"

"Rumah. Kau. Kat. Mana?." Raja Thaqif berkata dengan suara seramnya "e-erh okay ii saya tunjuk jalan"

si Gadis milik si JejakaWhere stories live. Discover now