ALHAMDULILLAH.. semalam semuanya dah selesai, malam pertama? Takde pape pun okay! Sekarang Tiara berada di rumahnya dengan Ariana
"Macam mana malam pertama?? Best tak??" Tanya Ariana "aku bangun pagi itu ditanya, aku pergi sini itu ditanya, takde pape pun! Semalam dua ii penat, kan majlis buat malam" Tiara menjeling Ariana, ada pulak ditanya macam tu?
"Ni kau datang dengan siapa?"
"Ngan Raja Thaqif, dia pergi rumah nenek dia kejap"
"Nenek?""Kau tak tahu eh?? Ke aku dah cerita kat kau eh? Rasanya takde kut, takpelah meh aku cerita, Cik Ilah tu sebenarnya nenek dorang! Nama panjang Cik Ilah, Rose Ilarah" Tiara bercerita sambil tangannga bergerak mengemas pakaiannya "yeke.. asal kita baru tahu siak??"
"Aku dah lama tahu, kau je yang baru tahu" Ariana menepuk lengan Tiara "yelah! Sebab kau baru bagitahu!" Ariana geram "jangan pukul ii eh! Aku bagitau suami aku!" Ugut Tiara "bagitahu lah! Ingat aku takut?!"
Tiara dan Ariana bergaduh mulut, dua ii tak nak kalah dan akhirnya yang mengalah.. "huftt.. dah lah, ni kau kemas ii terus gi rumah nenek dia ke?" Ariana mengalah, dia tahu kalau gaduh macam mana pun Tiara tidak akan mengalah "haah, dah siap dah ni" Tiara mengangkat barangnye dan berjalan ke kereta lalu di letakkan di tepi dahulu
"Kau nak keluar ke ni?"
"Haah, aku laparlah, nak makan cheesecake kau dah takleh dah"Tiara gelak "ouhh, hantar aku sekali lah" Ariana angguk lalu mereka berdua pergi ke kereta dan masuk kedalam kereta ungu gelap milik Ariana itu
"HATI-HATI tau, bye Ariii!" Tiara melambai tangan ke arah Ariana yang pergi, selepas saja tidak melihat kelibat kereta Ariana terus Tiara memberi salam "Assalammualaikumm" Raja Thaqif mendengar suara isterinya cepat ii bangun dan melihat Tiara
"Waalaikummusalam, cinta hati Abanggg" Raja Thaqif terus mendekat ke Tiara dan memeluk pinggangnya "aikk? Baru sekejap tinggal dah rindu?" Sampuk seseorang "hehe biasalah Oma.. baru nak bermanja sikit, kalau dengan mama nanti papa cemburu"
Puan Rose Ilarah menggelengkan kepalanya apabila melihat cucunya yang berubah sembilan puluh derajah "Tia, pergilah salam Oma" Tiara tersenyum dan menyalam Puan Rose Ilarah "haihh.. cantik isteri cucu Oma ni" Tiara senyum malu
"Nanti jangan panggil Cik Ilah lagi ye? Panggil Oma, Oma bermaksud nenek dalam bahasa kami" Puan Rose Ilarah memberitahu Tiara "baik Oma.." Tiara hanya tersenyum
"Assalammualaikum, Abang Aqiff!" Tiara, Raja Thaqif dan Puan Rose Ilarah memandang ke arah yang memberi salam "Waalaikummusalam.. datang dah anak perosak rumah orang, kamu layan lah Thaqif tapi jangan tinggalkan Tiara" Puan Rose Ilarah berkata perlahan dan berjalan masuk ke dalam rumah
Raja Thaqif mengangguk, Tiara berkerut keningnya, anak perosak rumah orang? Kerja tu boleh turun temurun ke?
"Sape tu?"
"Ziya"Ziya mendekat ke Raja Thaqif dan memeluk lengan Raja Thaqif "rindunya dekat Abang Aqif!" Tiara terkejut dengan perbuatan Ziya dan terus tarik tangan Ziya jauh dari lengan Raja Thaqif "awak gila ke?! Tak nampak isteri dia sebelah je?!" Amarah Tiara bergoncang
"Ouch.. Abang Aqif.. tengok dia buat" Ziya berpura-pura sakit, ingin menarik perhatian Raja Thaqif "cinta hati Abang.. sabar okay.. dia memang macam tu, macam Erika juga.. tapi terlebih terencat" Raja Thaqif memujuk Tiara dengan memeluk pinggang isterinya erat
'Lari bini aku, aku pijak muka kau' Raja Thaqif berbicara dengan hatinya sambil memandang ke arah Ziya tajam "Abang Aqif! Dia yang buat Ziya dulu!" Ziya menghentak kakinya "dah tu?" Raja Thaqif melayan acuh tak acuh sahaja
"Btw, this is my lovely and sexy wife" Raja Thaqif memperkenalkan Tiara ke Ziya, seketika sunyi sebentar, Ziya mengharapkan juga Raja Thaqif memperkenalkannya tapi tiada pun "tak nak kenalkan Ziya kat wife Abang Aqif?"
"Aku tak kenal kau, cinta hati Abang! Jom makan kek! Oma ada buat kek Red Velvet!" Raja Thaqif memberitahu Tiara tiba ii "Ye ke?? Favourite saya tu!"
"Ziya pun suka makan kek Red Velvet!" Ziya mencelah "orang asli dilarang masuk" Raja Thaqif dan Tiara terus berjalan masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu "eh?? Sampai kunci pintu??" Tiara pelik, memang perangai dia teruk tapi dia kan tetamu, mana boleh layan macam tu
"Dah tu? Takkan Tia nak tengok dia berkepit je dengan Abang dua puluh empat jam?" Raja Thaqif mengangkat kedua belah keningnya "kalau macam tu, buka baliklah" Raja Thaqif berpura-pura buka pintu "ehh! Tak boleh!" Tiara menahan tangan Raja Thaqif
Raja Thaqif gelak "tahu cemburu" Raja Thaqif terus menggomol pipi Tiara "umm suka lah dengan pipi tembam isteri kita nii, macam kek tapak kuda" Tiara terus memandang ke arah Raja Thaqif "kenapa kek tapak kuda??"
"Sebab rasa matcha tambah coklat, tengok Abang rasa kek tapak kuda ni" Raja Thaqif mencium pipi Tiara banyak kali "uishh! Sedap dan lembut! Inti pun tak kedekut! Kena bagi feedback ni! Sebab dia punya matcha lain maciamm!" Raja Thaqif dan Tiara gelak "ada ii je lah awak ni!"
"Aipp! Apa awak ii? Abang" Raja Thaqif cubit sedikit hidung Tiara, haihh.. geram betul aku ngan bini aku ni "tapi tadi Ziya panggil awak 'Abang' dah tadi.." Tiara saja menyakat Raja Thaqif "tak nakk! Nak Tia yang panggilll"
"Tak nak"
"Merajuk lah!"Raja Thaqif terus melepaskan pelukan dari pinggang Tiara dan mahu berjalan pergi tapi.. "Abang.." Raja Thaqif dengar sahaja tapi dia tetap berjalan pergi "Abang.." suara Tiara melembut, Raja Thaqif berhenti berjalan dan terus berpusing badan dan berlari anak lalu memeluk Tiara balik
"Panggil banyak ii tau" Tiara gelak "ye lahhh" Tiara hanya mengangguk setuju "hihi! Sayang bini Abang sorang ni!" Raja Thaqif menggomol lagi pipi Tiara "ishh! Suka sangat main dengan pipi orang!" Tiara pasrah, ni nasib suami, kalau tak aku dah humbat dia "dah tu takkan Tia nak tengok Abang gomol pipi Ziya?" Raja Thaqif senyum nakal
"Pergilah buat kalau Abang berani!"
"Hehe, tak tak, Abang gurau je cinta hati Abangg"Tiara hanya menjeling dengan jawapan Raja Thaqif "boleh tak duduk sini lama sikit? Boleh lah borak ii dengan Oma" Tiara tersenyum manis memujuk Raja Thaqif "boleh tak kan tak boleh" Tiara tersenyum gembira dan memeluk Raja Thaqif
"Terima kasih Abang!"
YOU ARE READING
si Gadis milik si Jejaka
Romance[Karya pertama] Terjumpa di Taman Rekreasi yang tanpa sengaja dan mulalah perkenalan mereka di situ "Sayang, awak nak pergi mana?" -Raja Thaqif William "Err tak pergi mana ii pun.. nak ambik angin je.." -Tiara Adrieana Alangkah terkejutnya apabila m...