SEKARANG aku di Airport sapa lagi kalau bukan si Raja Thaqif ni? Mengada kata nak jumpa buat kali terakhir macam aku pulak takde nanti, gila punya orang
"Aku takut lah"
"Ha? Takut apa? Ada hantu ke?"
"Ishh, aku gayat"
"Aik, bukan awak ke selalu naik kapal terbang, kata ni keluarga awak punya"Ye, Airport besar gedabak ni milik keluarga Raja Thaqif iaitu William's Airport
"Tak, yang ni Thasif ambik alih, Thalif dia ambik alih restoran, kalau aku ambik alih jaga hati kau, ceh wahh" Tiara memandang Raja Thaqif seperti ingin muntah "euww, tak kena gaya macam orang tua" komen Tiara
"Apa pula orang tua?" Protes Raja Thaqif, hensem ii macam ni kata tua? Kalau umur kita bincang tepi "memang dah tua pun nanti kerepot mati tanam" kata Tiara selamba "sejak ii nak khawin ni dah pandai dah nak lawan kata"
"Ya lah, buat demo kat awak nanti saya nak bidas si Haeriz" Haeriz? Nak khawin dah tapi bukan dengan aku lah, teruja aku sebab takde dah orang sibuk ngan urusan hidup aku
"Dah lah nak bermanja pun lepas khawin lah, hormat sikit orang single ni, awak berdua tu dah lah belum halal lagi, boleh dikatakan dua ii haram"
"kalau tanam kau malam ni tak tinggal flight kot""Apa Asif kata macam tu.. tak baik lah kata macam tu kat Abang Aqif.." kata Puan Rose Inarah, anak bongsunya memang begitu, boleh menyakitkan hati abang ii nya je kerja "dengar tu kata mama" Raja Thaqif menepuk bahu Raja Thasif
"Ya lah, aku tak pekak lagi" Raja Thasif memandang ke arah Raja Thaqif dengan selamba "pukul berapa dah, pergilah tak suka aku tengok muka kau lama ii, meluat" kata Raja Thasif lagi yang membuat Raja Thaqif menumbuk perutnya lalu di buat endah dan mendekat ke arah Tiara
"Jaga diri tau"
"Awaklah jaga diri, duduk sana bukan sekejap.. sebulan.."
"Aku janji dengan kau, aku akan halalkan kau seperti apa yang diberitahu oleh agama kita sendiri. I promise, i brought a special ring for you. Only you."
"InsyaAllah.. pergilah salam mama.."Raja Thaqif mengangguk dan menyalam Puan Rose Inarah begitu juga adik-adiknya menyalam Raja Thaqif "jaga diri kat sana tau.. mama sayang Aqif.."
"Mama sayang Asif tak?" Raja Thasif tiba ii menanyakan begitu kepada Puan Rose Inarah "tak" jawab selamba Raja Thalif yang daritadi senyap "mamaaaaa, tengok Abang Aliff!" Rengek Raja Thasif kepada Puan Rose Inarah
"Aqif pergi dulu lah ma, Assalammualaikum" celah Raja Thaqif ingin meleraikan pergaduhan dua beradik itu "Waalaikummusalam.. dah sampai bagitau mama ye.."
"Hai, tak tidur lagi ke tu, cik Abang pergi sebulan je bukan selamanya dan cari istri lain" - unknown
Tak tau lah orang gila mana selalu mesej aku, sekarang dia tau aku tengah tak tidur lagi, ya la awal lagi, isyak pun tak masuk lagi, gila punya orang gila
Aku baca je, malas lah nak layan, selagi dia asyik ganggu guna mesej takde hal lah tapi kalau dia kacau macam Haeriz dulu, memang aku dah bako dah rumah dia
Dulu aku tak bakar rumah Haeriz sebab nak bagi dia bernafas sekejap, sekejap je tak lama pun, orang ii macam Haeriz ni selalu nampak tepi longkang tapi ada pulak orang nak dia, ingatkan duk situ je tunggu aku nak dia
Haihh, dia ada jodoh dahh, aku pun dah ada jodoh, tunggu si Raja Thaqif ni balik terus khawin, papa Thaqif? Alhamdulillah.. dorang berdua dah bincang baik ii dan papa Thaqif dah boleh terima aku
"Oi termenung apa?" Tegur seseorang "takdelah.. kau ni apahal, tak reti bagi salam ke?" Tiara memandang ke Ariana "nak terkeluar lah anak tekak aku panggil kau, tak silap hari pintu tu roboh aku tendang"
"Ni kau masuk ikut mana?"
"Lubang tikus"
"Hah? Kau biar betul?"
"Kau ni nak mampus ke? Aku tak bodoh lagi lah nak masuk lubang tikus, pintu tu yang tak berkunci"Marah Ariana yang membuat Tiara cebik "tanya je pun, jangan lah marah" Tiara menjeling ke arah Ariana sambil meminum teh "tak sangka kawan baik aku ni nak khawin dah, ingatkan tak laku" selamba Ariana
"Kepala hotak kau, aku tumbuk muka kau satgi berterabur gigi kau semut bersatu-satu kutip" marah Tiara yang membuat Ariana gelak besar "mampus semut tu oi!" Tiara malas mahu melayan dan terus sambil makan roti yang dicicah teh
"Kau biar betul nak khawin dengan anak Raja tu?"
"Tak lah, bergurau"
"Kau ni, aku mengamuk macam orang gila baru tau"
"Tak mengamuk pun kau memang dah gila"
"Puihh! Tak gigi aku bersepai, gigi kau yang aku tumbuk dulu""Dah lah, aku mandi dulu" Ariana terus mengambil tuala dan pergi ke tandas "sibuk bagitau macam aku nak ikut"
YOU ARE READING
si Gadis milik si Jejaka
Romance[Karya pertama] Terjumpa di Taman Rekreasi yang tanpa sengaja dan mulalah perkenalan mereka di situ "Sayang, awak nak pergi mana?" -Raja Thaqif William "Err tak pergi mana ii pun.. nak ambik angin je.." -Tiara Adrieana Alangkah terkejutnya apabila m...