"ABANG.. besarnya rumah kita!" Tiara terkejut dengan rumah banglo dua tingkat yang baru dibeli oleh Raja Thaqif "untuk isteri dengan anak ii Abang nanti.." Raja Thaqif memeluk pinggang Tiara "nak masuk!" Raja Thaqif mengangguk setuju dan mereka berdua masuk ke dalam
Tiara terkejut apabila semuanya sudah lengkap "semua ni Abang beli dan buat?" Tiara memandang ke arah Raja Thaqif "Abang beli lepastu Abang suruh Aqil susun sebab dia pandai giler dalam bab ii ni, cantikkan?"
"Cantik! Cantik sangat!"
"Tia pergilah naik atas dulu, Abang pergi angkat barang"Tiara mengangguk setuju lalu Tiara pergi naik ke atas untuk melihat bilik dan yang lain.. Tiara pergi ke arah pintu yang bertanda 'only for pipi tembam Abang' ish! Suka sangat kata pipi aku tembam!
Tiara masuk ke dalam bilik itu dan terkejut lagi apabila ada bunga mawar merah di sekitar atas katil, alahai.. sweetnya awak wahai Raja Thaqif.. tiba ii ada sekeping kad yang berada di atas katil, Tiara terus mengambil dan baca
'Buka balkoni tu tau!'
Tiara mengerutkan dahi, apa yang cuba Raja Thaqif sampaikan ni? Tiara memandang sekeliling dan terlihat ada balkoni, Tiara terus mendekat dan membukanya lalu baru saja melangkah keluar tiba ii ada belon yang berterbangan, Allah.. sampai macam ni sekali awak hargai saya, Thaqif..
Tiara memandang ke bawah terlihat Raja Thaqif memberi flying kiss, Tiara tersenyum lalu dia mengambil dan simpan di poket seluarnya, Raja Thaqif tarik muka, Tiara gelak lalu dia mengambil kembali dan menyimpan di dalam hatinya
Baru sahaja pandang sekeliling, terlihat orang yang berhoodie hitam itu..
'Allah.. sampai sini kau ikut aku..' Tiara berbicara dengan hatinya, ni kalau aku duduk sorang ii macam mana ni?! "Cinta hati Abang tengok apa tu?" Raja Thaqif berada di sebelah Tiara "eh tengok burung terbang je" Tiara pandang kembali ke arah yang berhoodie hitam itu, hilang.
Raja Thaqif tersenyum tipis lalu Raja Thaqif memeluk Tiara dan menggomol pipi isterinya "Abang... sakitlahh" Tiara mengadu "ye ke sakit? Kesian pipi tembam Abang sorang nii" Raja Thaqif mengusap pipi Tiara
"Harini kita pergi beli barang dapur nak tak Abang?"
"Boleh"Tiara tersenyum dan tanpa sedar ada yang memerhati mereka berdua dari jauh
LEKA Tiara memilih barang ii basah seperti ayam, ikan dan daging. Tiara perasan yang ada orang sedang memerhatinya.. bila dipandang belakang tiada pula.. hanya orang sibuk beramai-ramai memilih bahan ii tersendiri
Tiara menyambung semula membeli barang, beberapa minit pun berlalu dan tiba ii telefon Tiara berbunyi menandakan mesej baru sahaja masuk sebentar tadi
Tiara mengeluarkan telefonnya dan melihat siapa gerangan itu..
I see you, sayang.. -unknown
Terus Tiara berpandangan ke sekeliling, Ya Allah.. mana awak Thaqif?! Pergi ambil minyak ke buat minyak?? Lama betul!
Tiara selesai menimbang barang ii basah itu dan Tiara berjalan mencari Raja Thaqif.. tiba ii.. tersentak hati Tiara apabila melihat Raja Thaqif bermesra dengan seorang wanita.. bergelak ketawa.. ish! Ramai betul orang minat suami aku!
Tapi bila dilihat balik.. sangat akrab mereka berdua.. tidak ada pun canggung di antara mereka itu, Tiara sudah menarik muka dan tidak mahu mengganggu mereka
Tiara menolak troli pergi ke arah air yang ditempatkan yang sejuk, hati tengah panas elok lah aku kat sini, Tiara memilih air kegemarannya mestilah susu kurma dari farm fresh! Sedapp! mantulll! Tiara mengambil sepuluh botol dan meletakkan di dalam troli
Tiara berjalan lagi ke arah makanan ringan pula, nak keropok ape eh? "Cinta hati Abang buat apa kat sini? Penat Abang cari.. ingatkan hilang bini tadi" Raja Thaqif berbicara apabila ia sudah melihat Tiara, Tiara hanya diam sahaja, padan muka!
"Cinta hati Abang nak keropok ye? Nak keropok apa?" Raja Thaqif masih beriak biasa dan apabila ia perasan yang muka isterinya sudah tidak seceria tadi "ouh tadi Abang jumpa sepupu belah papa tadi, dia kata congrats kat kita dan sorry sebab takleh datang haritu" Raja Thaqif menjelaskan walaupun Tiara tidak bertanya
"Cinta hati Abanggg, jangan lah diamm" Raja Thaqif memujuk Tiara, alahaii naik singa dah bini aku ni! "Tahu tak orang tunggu lama tadi??! Ingatkan kena apalah tadi, rupa ii nya borak ngan perempuan" minyak bertukar tangan lalu Tiara meletakkan di dalam troli "sorryy, janganlah marahh.."
Raja Thaqif memeluk pinggang Tiara "cinta hati Abangg.." Tiara masih dalam mood merajuknya "okay lah okay lah, balik ni, kita singgah Popular okay?" Raja Thaqif menggunakan perkataan 'Popular', tahu sangat yang isterinya meminati novel
Tiara terus memandang ke arah Raja Thaqif dengan mata yang berbinar "betul ni??" Raja Thaqif mengangguk "yeayy!" Tiara kembali ceria dan ia cuba mengingat novel ii yang ingin dia beli "banyak ii boleh?" Tiara bertanya kepada Raja Thaqif "boleh, untuk cinta hati Abang semua boleh"
Tiara senyum kegembiraan manakala Raja Thaqif memandang sekeliling mencari kelibat seseorang, dia tahu segalanya.
HAIHH.. penat betul harini.. sana sini pergi, Tiara meletakkan barang yang baru sahaja dibeli di atas meja lalu ia susun mengikut cara sendiri, cantik betul aku punya dapur! Besar pun besar!
"Cinta hati Abanggg, Abang mandi duluuu" dengar sahaja teriakan dari Raja Thaqif, Tiara mengangguk sambil membalasnya "yeee" Tiara menyambung semula mengemas barang ii di dapur
Tiara memandang ke arah pintu dapurnya ketika dia mendengar bunyi ketukan. Sebelum membeli barang ii dapur, Tiara dan Raja Thaqif sudah menjelajahi seluruh rumah ini dan di belakang hanya ada kolam renang dan meja kerusi sahaja.. siapa pula yang ketuk malam ii ni..?
Tiara berfikir positif mungkin hanya firasatnya saja.. mana ada orang nak datang malam ii kan- Tiara memandang laju ke arah pintu lagi apabila ketukan pintu itu kuat
Tiara pandang ke atas untuk memperlihat Raja Thaqif, tiada pula kelibatnya, pintu diketuk sangat keras dan kuat, Tiara mundur kebelakang dengan perasaan takut bergelonjak di dalam dirinya.. apabila mundur ke belakang, belakang Tiara terhentak dengan bucu meja.. Allah.. tajamnya bucu meja ni..
Tiara menggosok badan belakangnya, sakit.. Tiara cuba untuk memanggil Raja Thaqif tetapi Raja Thaqif sudah ada disebelahnya "Tia?? Tia okay tak ni??" Raja Thaqif risau "Abang.. ada orang ketuk pintu.. kuat sangat.." Tiara membiarkan soalan Raja Thaqif dan memberitahu akan tentang perihal tadi
"Ye, Abang pun dengar tadi.. kuat dia sampai kat atas" Raja Thaqif memandang ke arah pintu yang sudah tiada ketukan lagi "sekejap, Abang pergi intai" Raja Thaqif bingkas bangun dan pergi ke arah pintu itu, nasib juga kerana pintu dapur itu dekat dengan tingkap, boleh lah intai ii sikit
Tiada sesiapa. Tapi Raja Thaqif tahu siapa gerangan orang itu. Raja Thaqif terus ke arah Tiara kembali "cinta hati Abang.. kenapa ni?" Raja Thaqif berkata dengan nada risaunya "Tia, okay je.." Raja Thaqif dapat tangkap yang Tiara berbohong lalu Raja Thaqif terus menyelak baju belakang Tiara dan nampak sangat kesan merah kerana kulit Tiara putih
"Eh Abang!" Tiara terkejut dengan perbuatan tiba ii Raja Thaqif "merah lah.. mesti terlanggar bucu meja kan? Abang terbeli yang ni pulak sepatutnya yang lain.. kesian pipi tembam Abang.." Raja Thaqif menggosok sedikit belakang Tiara "aduh, sakitlah.." Tiara mengadu
"Sikit je ni.. nanti letak ubat gamat eloklah" Tiara cuba meyakinkan Raja Thaqif "baru masuk rumah baru, Tia dah luka.. kita beli rumah lain lah!" Terbeliak mata Tiara apabila Raja Thaqif kata begitu "tak payah nak mengada!"
YOU ARE READING
si Gadis milik si Jejaka
Romance[Karya pertama] Terjumpa di Taman Rekreasi yang tanpa sengaja dan mulalah perkenalan mereka di situ "Sayang, awak nak pergi mana?" -Raja Thaqif William "Err tak pergi mana ii pun.. nak ambik angin je.." -Tiara Adrieana Alangkah terkejutnya apabila m...