"Abang, sebelum kita pergi, jumpa ibu nak tak? Tia rindu ibu lahh" Tiara membuat muka manisnya, harap ii lah Raja Thaqif setuju
Sekarang aku dan Raja Thaqif mahu pergi berbulan maduu, sebabkan ada masa lagi dan barang pun sudah siap di kemas apa salahnya jumpa ibu sekejap kan?
"Boleh, barang semua-"
"Semua dah siap! Jom!""Assalammualaikum ibuuu! Tia bawa buah nii!" Lain di panggil lain pula yang keluar "kak Tiaa! Lama dah tak jumpa!" Fifi yang keluar dahulu segera memeluk Tiara "ishh makin manja lah Fifi ni"
"Mana ada! Kak Tia yang manja! Asyik berkepit je dengan suami tu baru nak datang sini!"
"Amboiii! Pandai dah ehh!" Memerah muka Tiara apabila adiknya sorang ni berkata begitu manakala Raja Thaqif sudah ketawa besar "ehh ibu.. mana ada hehe" Fifi terus berlari masuk ke dalam rumah
"Eh meh meh masuk" Cik Yam mempelawa Tiara dan Raja Thaqif "ibu! Ni Tia ada bawa buah yang ibu suka! Buah belimbing, manisss punya! Beli kat orang yang ibu berkenan tuu"
"Ish! Mana ada, ibu dah tua dah" Cik Yam menepuk lengan Tiara perlahan "alaa ibuu, ingat Tia tak ingat ke?? Dulu masa Tia kecik ii ibu yang selalu beli buah belimbing dekat Pak Man tu! Lepastu gurau ii manjahh" Tiara gelak apabila diingat balik masa zaman ii dimana ibu dan Pak Man bergurau manja, comel je ibu dengan Pak Man!
Cik Yam hanya menggelengkan kepala dan terus menyambut salam dari menantunya "dah jom masuk" Tiara, Cik Yam dan Raja Thaqif pun masuk ke dalam "mana Ika ibu?" Tiada pula kelibat budak pelat itu
"Dia demam, pergilah tengok dia" plastik yang berisi buah belimbing bertukar tangan lalu Tiara pun pergi ke bilik Zulaikha "Ika.. ni kak Tia ni.. boleh akak masuk?" Tiara mendengar sayu ii saja suara Zulaikha lalu apabila diberi kebenaran terus Tiara masuk ke dalam
"Sian adik akak Tia sorang ni.. demam ye.. dah makan ubat belum?" Zulaikah mengangguk mungkin dia tidak larat nak berkata "nak air kelapa yang selalu kak Tia buat?" Terus saja Zulaikha mengangguk kepala, suka sangat air ubat yang selalu di buat waktu mereka sakit
Tiara bingkas bangun dan berjalan ke arah dapur, pergi kait kelapa duluu
Selesai saja Tiara terus memotong kelapa dan air yang dalam kelapa bercucuran keluar, Tiara meletakkan bahan rahsianya lalu ia pelik dengan suasana di dapur ini.. hmm
Tiara terus pergi ke bilik Zulaikha dan memberinya minuman itu serta peringatan supaya selalu makan ubat
Selesai semua itu, Tiara kembali keluar dan berjalan ke arah Cik Yam dan Raja Thaqif
"Ibu, mana Cik Siti dengan Cik Liah?" Tiara bertanya, tak nampak pula selalunya ada saja duk mengumpat kita yang cantik ni "dorang dah berhenti kerja.. sejak kamu datang dengan Raja Thaqif tu lah, keesokannya terus dorang berdua kata nak berhenti kerja.. ibu pun tak tahu kenapa alasan dorang berhenti kerja padahal dorang lah paling lama kat sini.."
Tiara mengangguk perlahan.. takkan lepas mengata aku terus berhenti kerja? Raja Thaqif yang dengar perbualan mereka hanya diam saja sambil memakan buah belimbing
"Eh Abang! Tu untuk ibu lah! Apa pulak Abang yang makan?!" Tiara memukul tangan Raja Thaqif yang daritadi tidak henti mengambil buah belimbing itu "biarlah, ibu yang bagi" Raja Thaqif masih mengambil buah belimbing yang disiap potong itu
"Nanti kita beli lain lah, yang itu ibu punya.. Abang ni.." Raja Thaqif terus berhenti makan buah itu "suami kamu baru makanlah.. kamu yang beli banyak sangat, apa pula beli satu plastik?"
"Itulah ibu, apalah Tia ni" Tiara memandang garang ke arah Raja Thaqif "mentang ii ibu lebihkan awak.. awak cakap macam tu pulak ye.. tidur luar!" Raja Thaqif terkejut "e-ehh.. cinta hati Abang.. jangan lah macam ni.. Abang gurau je okay? Sayang cinta hati Abang ni, nanti kita singgah Popular ye?"
Tiara terus memandang ke arah Raja Thaqif "betul?" Raja Thaqif mengangguk dengan laju "betull, nak satu kedai tu pun boleh" Tiara tersenyum bahagia "yeayy!" Cik Yam hanya menggelengkan saja "jangan manjakan Tia sangat Thaqif.."
"Sekali sekala ibu, takpa lah" Raja Thaqif tersenyum padahal hati berkata lain
'Ceh, sekali sekala, seminggu empat kali ulang alik pergi Popular je' Raja Thaqif menghela nafas dan makan lagi buah belimbing
YOU ARE READING
si Gadis milik si Jejaka
Romantik[Karya pertama] Terjumpa di Taman Rekreasi yang tanpa sengaja dan mulalah perkenalan mereka di situ "Sayang, awak nak pergi mana?" -Raja Thaqif William "Err tak pergi mana ii pun.. nak ambik angin je.." -Tiara Adrieana Alangkah terkejutnya apabila m...