Selepas kejadian semalam, Tiara masih tidak memberitahu pada Raja Thaqif.. mungkin awal lagi nak bagitahu?
Dah minta izin kat Raja Thaqif untuk jumpa Ariana dengan Niva.. nak bagitahu dorang surprise yang sepatutnya Raja Thaqif yang tahu dahulu..
"Hai Tiaraaa!" Niva dan Ariana yang duduk bersebelahan itu seperti kawan lama, padahal dulu jumpa sekali je dah boleh rapat! Niva dengan Ariana ni senang nak buat kawan!
"Haii, sorry lambat hehe"
"Tak apa lah kitaorang baru je sampai tapi aku sampai dulu lah"Ariana tersenyum, Ariana ni suka menepati waktu "kau dengan keluarga kau macam mana Ari?" Ariana terdiam seketika "aku dah lama tak jumpa dorang, dorang pun tak mesej aku nak duit"
"Kau dengan Raja Thaqif?"
Tiara terus pandang ke arah Niva "Alhamdulillah.. semua okay" Tiara tersenyum cuba untuk menutup apa yang terjadi sebenar.. dia tidak mahu kawan baiknya ini tahu.. kalau tidak hari ini juga si Ariana ni cari Raja Thaqif sampai lubang cacing
"Ye? Takde orang ketiga?"
Tiara tersenyum sambil menggelengkan kepala, Ariana tidak tahu yang Tiara pernah kena culik..
Disebalik ini bawah meja, Niva sudah memegang tangan Tiara erat
"Kalau kau bahagia, aku lagi bahagia!" Tiara dan Niva gelak sedikit "aku ada nak bagitahu korang ni" Ariana dan Niva pandang sesama sendiri
"Apa?"
"Korang dah nak jadi makcik" Niva dan Ariana blur, apa yang makcik? "Apa kau ni, aku muda lagi lah nak panggil aku makcik" Ariana menjeling Tiara
"Paham kan lah apa yang aku cakap tu!" Tiba-tiba saja Niva berbunyi "omg! Really?? You mengandung?" Tiara tersenyum dan mengangguk
Ariana yang daritadi blur terus paham "biar betul?! Cepatnya! Macam semalam kau baru khawin tahu?" Ariana tersenyum sampai ke telinga
"Ya Allah, cepatnyaa! Raja Thaqif dah tahu?"
Tiara diam seketika "belum.. aku ingatkan nak buat surprise.." Niva yang tahu Tiara berubah terus sahaja dia mengubah topik "girl or boy? Mesti anak you comel kan?"
Tiara tersenyum "tak tahu lagi.. baru je berapa minggu.. kalau comel tu kena tengok muka Umi dia lah" Tiara terkekeh "kau tak comel pun"
"Aku comel lah! Kau yang tak comel" Tiara menjeling Ariana "ouhh yee! I ada nak bagitahu ni! Kak Wan! Dah nak khawinnn!" Tiara terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Niva
"Ye ke?? Terbaik lah Kak Wan! Hensem tak lelaki tu?"
"Ye! I yang ikut dia pergi dating tahu tak? Sebab Kak Wan malu-malu tapi mahu tapi I jalan jauh sikit lah cuma tengok-tengok je"Tiara tersenyum "siapa Kak Wan niii??" Ariana faham apa yang di ceritakan oleh Niva tadi tapi tidak mengenali Kak Wan "orang atasan aku dulu, aku pernah cerita kat kau"
"Tak tahu lah, tak ingat"
"Umm.. sorry if I bother you all.. can i have your number?" Seorang lelaki cina segak berdiri di sebelah Tiara "no.. I mean you, you Indian girl"
Niva terkejut apabila dirinya di tunjuk "eh.. err sure" telefon itu bertukar tangan dan Niva mengetik lalu telefon itu dikembalikan ke tuannya kembali
"Thank you, I call you later"
Lelaki berbangsa cina itu terus berjalan pergi apabila sudah mendapat apa yang dia inginkan
"Fuihh, terkejut aku, ingatkan dia nak nombor kau Tia, rupa-rupanya Niv"
"Niv?"
"Nama panggilan Niva, aku buat untuk dia, sedap kan?"Niva hanya tersenyum malu "elelele malu pulak" Ariana saja menyakat Niva "Niva dah ada, kau bila lagi?"
"Ish! Tak nak aku, lambert lagi" Tiara hanya menggelengkan kepalanya
Bahagia. Walaupun sementara.
Apa yang terjadi masih kekal di hati. Hati tak tenang.. dimana Raja Thaqif sekarang? Apa yang dia lakukan?
Ya Allah.. hanya denganMu aku berserah.. dan hanya denganMu aku memohon pertolongan..
Lindungilah suamiku..
Aamiin..
YOU ARE READING
si Gadis milik si Jejaka
Romance[Karya pertama] Terjumpa di Taman Rekreasi yang tanpa sengaja dan mulalah perkenalan mereka di situ "Sayang, awak nak pergi mana?" -Raja Thaqif William "Err tak pergi mana ii pun.. nak ambik angin je.." -Tiara Adrieana Alangkah terkejutnya apabila m...