SUDAH bermula hari kerja.. cukup sudah diberi cuti sebagai perayaan Deepavali, cuti ni tiadalah pergi jauh mana pun, setakat taman yang tak jauh dari rumah pun dah tak jejak beberapa hari
Macam biasa, semua orang sibuk menghadap komputer, kak Wan ni ha! Mengada betul! Dah lah hari ni baru start kerja astu file yang baru di bagi kena siap hari ini pula! Katanya arahan dari CEO, memang aku tumbuk CEO tu nanti! Dah lah aku tak tau nama dia! Baru je kerja berapa bulan, orang atasan yang aku kenal pun kak Wan je
"Huft.. penatnya Ya Allah.." rungut Tiara, selama ni ada je penat lagi teruk dari penat ni.. tapi apa boleh buat, redo je lah..
"Tiara"
"ye, kak Wan?"
"CEO nak jumpa awak"
"Hah? Saya? Biar betul?"
"Ye, pergilah, kang lambat dipecatnye ko nanti"
"Hmm okay ii"Tiara bangun dan terus berjalan ke pintu yang bertandakan 'CEO', ditelan air liur perlahan, kenapa pula CEO ingin berjumpa dengannya? Ntah ii CEO itu tahu yang aku ingin menumbuknya tadi?! Tapi macam mana pulak dia tahu? Hufttt.. tarik nafas.. hembus.. okay.. banyak ii kan istighfar.. semoga tak jadi apa ii..
Tiara mengetuk pintu dan terdengar lah "masuk" Tiara memulas tombol pintu dan perlahan masuk ke dalam bilik itu, alangkah terkejutnya apabila CEO itu ialah..
"THAQIF?" Tiara memandangnya pelik, apahal muka mamat ni tercegak kat sini? "Siapa kau punya Thaqif?" Raja Thaqif menunjuk sesuatu yang
bertulis'CEO OF THE ROYAL WILLIAM'S COMPANY : RAJA THAQIF WILLIAM '
Omaigodd! Dah tak ingat kat dunia ni masih ada langit! Sombong betul! "Err sorry Raja.." Tiara menunduk sedikit sebagai tanda hormat padahal di hatinya sumpah seranah dah mamat beku ni! "Sit" Tiara duduk di kerusi yang ada di hadapan Raja Thaqif
"Ada apa Raja jumpa saya?"
"Aku nak cakap pasal kau punya file baru ii ni, semuanya bagus so cuma aku nak kata pertahankan keahlian kau dan gaji kau naik sikit"
"Ye ke?? Alhamdulillah.. tak sia ii saya kata yang bukan ii tadi"
"Kau kata apa hm?"Tiara menutup mulutnya, Ya Allahhh!! Apa yang baru aku cakap tadii?? Aduh!! Mati lah akuu!!
"Err takdepape Raja!" Tiara tersenyum sengih, aduhaii! Mati dia kalau macam ni! "Saya keluar dulu ya Raja.."
Tiara tersenyum paksa dan berjalan cepat supaya tiada perbualan sudah di antara mereka berdua, cepat saja tangan Tiara memulas tombol dan menutup pintu di belakangnya, baru je dapat gaji naik dah dibuatnya kena potong pulak! Aduhaii! Tiara ii!
YOU ARE READING
si Gadis milik si Jejaka
Romansa[Karya pertama] Terjumpa di Taman Rekreasi yang tanpa sengaja dan mulalah perkenalan mereka di situ "Sayang, awak nak pergi mana?" -Raja Thaqif William "Err tak pergi mana ii pun.. nak ambik angin je.." -Tiara Adrieana Alangkah terkejutnya apabila m...