BAB 36

52 7 0
                                    

Balik saja dari rumah Cik Yam, kami terus gerak ke William's Airport

Takda apa dah, jadi terus jalan je, Popular pun dah singgahh hehe

"Abang, nanti siapa yang ambik kereta Abang kalau kita pergi nanti?" Tiara memandang ke arah Raja Thaqif "Thasif" sepatah sahaja dijawab, aku bagi panjang lebar kut soalan!

Tiara mengangguk lalu dipandang luar.. hmm bila lah nak sampai ehh?? Tak sabar ni!! Pertama kali pergi luar Negara takkan tak happy kut!

"Yeayy! Tak sabarnyaa!" Tiara teruja apabila sudah masuk ke dalam William's Airport itu, hari bekerja jadi tak ramai sangat, tiadalah sesak nafas!

"Cinta hati Abang ni lapar tak? Nak makan apa ii?" Tiara memandang ke arah Raja Thaqif, saatnya membalas dendam! "Tak, kenyang" Raja Thaqif mengerut dahinya, tahu dimana salahnya

"Cinta hati Abang nak apa?"
"Tak nak"
"Ice cream?"
"Tak nak
"Keropok?"
"Tak nak"

Raja Thaqif menggelengkan kepalanya, haihh.. takkan nak sebut Popular lagi? Tadi baru je pergi!

Sejuk sangat lah dalam ni.. "Abang.. Tia nak pergi tandas.. tandas kat mana..?" Raja Thaqif tersenyum sinis "tak nak" Tiara memanjangkan mulutnya "cepat lah Abang.. Tia tak tahan nii!"

"Buat je kat sini, bukan orang ramai pon" Tiara memukul lengan Raja Thaqif, kuat.. sakitnya Ya Allah.. "Abang jangan main ii boleh tak?! Tia tak tahan ni!" Raja Thaqif mengusap lengannya "ya lah ya lah.. kat situ, pergilah, Abang tunggu sini" Tiara terus bergegas ke tandas apabila Raja Thaqif selesai memberitahu

Selesai saja, Tiara terus saja membasuh tangannya.. tiba-tiba ada seseorang memeluk pinggangnya "hai sayang.. miss me?" Tiara melihat ke arah cermin itu.. dia.. dia orang yang memakai hoodie hitam!

Tiara terus cuba untuk melepaskan pelukan itu tapi pelukannya lagi dieeratkan "don't worry.. takde siapa pun kat sini.." Tiara terus menyiku perut seseorang itu "Argh! Main kasar kau ye! Ada bawa pistol mainan kau tak? Tak bawak kan? Kalini aku tak kan lepas kan kau!" Pelukan tetap tidak dilepaskan.

Baru sahaja Tiara ingin menjerit meminta tolong orang itu lebih cekap, dia terus menekup mulut Tiara dengan sapu tangan yang diletakkan dengan ubat pingsan "i win, Raja Thaqif."

"Mana pergi bini aku ni? pergi tandas ke buat tandas? Ke salah masuk tandas?" Raja Thaqif masih setia menunggu Tiara, mana pulak si Tiara ni pergi? Lamanya..

Sudah beberapa minit menunggu masih saja tidak keluar, kalini Raja Thaqif tidak diam, dia terus tanya pada wanita tua yang baru saja keluar dari tandas wanita

"Aa.. Assalammualaikum makcik.. ada nampak orang tak dalam tandas tadi? Dia kecik je tak besar mana pun lepastu dia pakai baju brown ii gitu, ada nampak tak??"
"Takda pula.. kenapa? Adik kamu ke?"
"Eh, isteri saya, makcik"

"Takda pula.. sebab makcik sorang je tadi" wanita separuh abad itu cuba mengingat kembali, rasanya aku sorang je.. baju brown? Hmm takde kut.. ya lah.. hmm ye ke?

"Takpa lah makcik.. terima ka-" tiba ii ada seorang anak kecil datang lari ke arah Raja Thaqif, dia dengar perbualan antara lelaki itu dengan wanita yang separuh abad itu

"Nama Abang Raja Thaqif ke??" Tanya anak kecil itu boleh diteka.. mungkin dalam lingkungan sepuluh ke sebelas kut umur dia "Ye, kenapa?" Raja Thaqif mengangguk

"Saya nampak bini Abang! Tadi saya masuk sekali dengan bini Abang tu! Lepastu saya tengah membuang sambil ii tu terdengar suara lelaki masuk tandas perempuan, waktu tu saya dah kecut.. saya tak tahu apa orang tu buat tapi lepas saya buka pintu dorang hilang!"

Raja Thaqif terkejut dengan apa yang dikatakan.. terus membara hatinya apabila mendengar cerita si kecil, tahu ni kerja siapa! Raja Thaqif mengeluarkan telefonnya dan nama Raja Thasif di tekan "Tiara hilang! Tutup semua bangunan kat sini!"

Raja Thasif yang sedang elok bermain game di telefonnya terus bertukar ke mode serius apabila Abangnya kata begitu

Raja Thaqif mematikan panggilan Raja Thasif dan Raja Thalif pula ditekan "kumpulkan semua anak buah kita! Suruh diaorang tunggu kat markas! Aku datang sekarang!"

Raja Thalif terus mematikan telefonnya dan bingkas bergerak ke markas mereka.

Raja Thaqif meronyokkan tiket yang beli di online "terima kasih dik! Nanti Abang bagi lolipop kalau kita jumpa lagi!" Raja Thaqif bergegas ke keretanya, meninggalkan pakaian mereka disitu, sekarang Tiara yang penting!

'Kau sentuh bini aku. Kau mati kat tangan aku.'

si Gadis milik si JejakaWhere stories live. Discover now