Mulut hanya diam mengunyah ayam goreng yang masih tersisa. Seronok dengar tiga beranak itu rancak berborak pelbagai jenis topik. Sesekali dia mengangguk, senyum, dan ketawa halus apabila ditegur oleh mereka.
Pagi pagi wanita itu sudah menghantar konconya untuk menjemput dia bersarapan pagi di rumah banglo setingkat mereka. Kalau bukan disebabkan Maleeq yang terpacak di hadapan rumah, memang dia tidak akan berada di sini.
Sedang dia bersiap untuk berangkat kerja, Maleeq datang mengetuk pintu rumah dan mengajak bersarapan bersama di rumah keluargnya. Kata Maleeq, umi yang suruh dia jemput Yara ke sana. Jadi, Yara setuju saja.
Lagipun, dia belum sempat membeli bahan mentah untuk dimasak. Hendak pergi ke warung kampung, tidak tahu jalan. Kalau sesat, muncul masalah pula. Anggap jelah rezeki dapat tuan rumah yang baik.
"Tambah lagi Yara. Takyah malu malu. Banyak mak som masak ni." bekas nasi disuakan kepada kepada gadis itu.
Tawaran diterima dengan senyuman manis.
Kalau bab makan, jangan di suruh. Kamus perut Yara memang tidak ada istilah kenyang. Space besar, boleh sumbat pelbagai jenis makanan.
Lalu, puan Kalsom memberi tumpuan kepada anak sulungnya.
"Hael, cuti berapa lama?" soal umi kepada Mikhael yang duduk bertentangan dengan Yara di meja makan itu.
Teh panas dihirup sedikit sebelum Mikhael menjawab soalan daripada umi.
"2 minggu, umi." balasnya bersahaja.
Umi sekadar angguk kecil.
Tanpa dipinta, teh panas dituang ke dalam cawan lain, lalu diletakkan di sebelah pinggan Yara yang masih khusyuk menjamah nasi lemak buatan umi.
"Terima kasih." ucapnya sebaik Mikhael meletakkan secawan teh panas disebelah pinggannya.
Mikhael tidak membalas ucapan itu. Dia lanjut menjamah nasi lemak yang masih tersisa.
Puan Kalsom yang melihat tindakan anak sulungnya itu, mengukir senyum kecil.
"Lama noh. Boleh la lepak mamak dengan aku. Malam satgi roti canai telur, kuah campur. On?" Maleeq di sebelah abangnya bersuara sambil mempelawa kesukaan Mikhael.
"Buncit kalau mamak hari-hari." balas Mikhael kepada adiknya yang tersengih di sebelah.
Di KL pun macam tu lah rutin dengan Aqib. Pantang ada masa free, mamak lah yang dituju. Balik sini pun, mamak juga yang dicari. Lama lama, boleh jadi anak kepada owner mamak tu.
"Nak ke tak nak?" soal Maleeq ingin kepastian.
"Hm." ringkas Mikhael memberi jawapan.
Merungut pun Mikhael tetap setuju juga. Kalau dah si Maleeq semawa roti canai telur kuah campur, mana boleh tolak.
Maleeq senyum senget kepada abangnya. Acah jual mahal tapi hati nak.
"Hael, nanti boleh la teman umi dekat belakang. Kita tanam pokok bunga baru." cadang Puan Kalsom kepada Mikhael yang sedang mengunyah suapan terakhir.
Seronok umi bila membayangkan bunga bunga yang ditanam nanti, mekar dan segar belaka. Lagi lagi tanam dengan anak sulung. Tangan lelaki itu kalau menanam, memang menjadi. Apa saja yang ditanam, semuanya tumbuh elok.
Mikhael senyum manis kepada uminya.
"Boleh, umi. Umi cakap ja nak bunga apa. Bunga raya, bunga Rafflesia, bunga kekwa, teratai, bunga matahari, lidah buaya. Semua Hael boleh tanam." semangat dia berkata.
Untuk syurganya, semua benda akan dia tunaikan. Selepas arwah walid pergi, dia dan Maleeq yang menggantikan tempat walid dalam hati umi. Mereka jugalah yang sentiasa menghiburkan serta menceriakan hari hari umi.
YOU ARE READING
MARIPOSA MILIK MIKHAEL
Romance"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for my falling in love?" - Fawwaz Mikhael "I don't want a husband who honors me as a queen if he does n...