"Abang tak balik malam ni." lengan baju uniform dilipat hingga siku. Beg tentera digalas pada belakang.
Bulan ini sahaja dah berapa kali Yara dengar perkataan itu keluar daripada mulut Mikhael. Entah apa yang disibukkan sangat oleh lelaki itu Yara tidak tahu. Bila ditanya, katanya kerja, kerja dan kerja.
"Bila abang balik?" bosan juga ditinggal selalu.
"Mungkin lusa." laju Mikhael jawab.
Yara jongket kedua belah kening. Dia mendekati si suami.
"Kalau Yara nak jaga papa dekat hospital boleh?" sopan dia meminta izin daripada suaminya.
Mikhael tersentak dengan pertanyaan itu. Keningnya bersambung.
"Yara tak kerja?"
Geleng.
"Yara ambil cuti. Tak lama lagi kan papa nak kimo." jelas Yara jujur.
Itulah Mikhael sibuk sangat sampai dia kerja atau cuti pun tak sedar.
"Yara nak balik dengan siapa?" soalnya bersalah.
Berat hatinya mahu membiarkan Yara memandu sendiri. Tetapi dia juga tidak boleh menghantar gadis itu ke sana apatah lagi menghalang. Jauh sekali.
"Drive sendiri. Kalau abang tak izinkan, Yara boleh naik flight." walaubagaimana pun dia tetap bertegas mahu pulang ke Penang. Dah alang alang Mikhael pun kerja sampai berhari hari.
Mikhael diam sejenak. Wajah polos Yara diperhati. Hatinya berbelah bahagi. Dia tahu hati Yara sedang gelisah memikirkan soal papa mertuanya. Tidak lama lagi Tengku Yazid akan menjalani kimoterapi.
Jadi, pasti Yara mahu berada di sisi papa untuk beri semangat kepadanya sepanjang rawayan. Dia tidak boleh ego. Lagi pula, kesian Yara asyik tinggal di rumah seorang diri sejak dua menjak ni. Jika dia beri izin, sekurangnya Yara dapat meluangkan masa dengan papa. Tidaklah terlalu sunyi tanpa kehadiran dirinya. Mikhael membuat keputusan muktamad.
"Yara naik flight la. Abang kesiankan sayang nak drive jauh jauh seorang diri. Lagipun sekarang cuti sekolah, banyak kereta." balas Mikhael serius.
Yara angguk dua kali.
"Ha tak apa. Boleh. Janji abang izinkan." dia senyum nipis.
"Tapi abang minta maaf, abang tak sempat nak hantar. Abang nak kena fly dah petang ni." kepala Yara diusap sebagai tanda minta maaf.
"Tak apa. Yara faham." mudah dia balas.
Mikhael senyum nipis. Semoga isterinya benar benar faham dengan pekerjaannya.
"Kalau macam tu, Yara pergi kemas baju. Tiket biar abang belikan. Nanti abang call Maleeq minta dia tolong teman Yara pergi airport." arah Mikhael lagi.
"Okay. Terima kasih, abang. Maaf kalau Yara menyusahkan."
"Tak, sayang. Mana ada menyusahkan. You're my priority. So, I must prioritize you." pujuk Mikhael.
Tidak semena mena,
"Yeah...Priority after country. Right?" Yara perli spontan membuatkan Mikhael terkedu.
"Dahla. Nanti lambat pula. Abang kerja baik baik tau. Tak kira di mana Yara berada, Yara sentiasa tunggu kepulangan abang."
Yara tukar topik. Tidak mahu situasi menjadi tegang. Dia juga tiada daya mahu berdebat. Sekarang dia hanya akur pada perjalanan yang sudah ditentukan.
"Terima kasih, sayang. Abang minta maaf sangat sangat kalau kerja abang buatkan Yara rasa tersisih. Tapi percayalah, Yara sentiasa ada dalam hati abang. Yara hati hati tau sepanjang abang tak ada ni. Tunggu abang balik, okay. Apa apa, bagitau Maleeq." pesannya dengan lembut seraya dicium ubun ubun itu.
YOU ARE READING
MARIPOSA MILIK MIKHAEL
Romance"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for my falling in love?" - Fawwaz Mikhael "I don't want a husband who honors me as a queen if he does n...