BAB 55

20.6K 670 58
                                    

"Hsstttt...erghh!" Yara mengerang kecil apabila dia terasa menyucuk menyucuk di bahagian kepalanya.

Dia ketap bibir rapat manahan sakit sendirian. Dia geleng kepala beberapa kali untuk hilangkan rasa pening. Kornea mata meliar seisi ruangan. Sesekali dia pejam mata rapat untuk mengumpul kekuatan yang tersisa.

TOK! TOK! TOK!

Yara masih setia mengetuk besi itu daripada tadi walaupun tiada sebarang perubahan yang diterima.

"Tolong! Siapa siapa dekat luar sana!Saya masih berada di bawah sini!" jeritnya.

"Tolong! Selamatkan saya! Di sini!" Yara jerit meminta bantuan sekuat hati walaupun dia tahu tiada sesiapa yang mendengar suara meminta tolongnya saat ini.

TOK! TOK! TOK!

Tetapi lama kelamaan tangannya semakin berat untuk diangkat. Kepalanya rasa terlalu berpijar sekarang.

"Di sini!! Tolonggg!!!" suaranya mula kedengaran bergetar dan serak.

Tekak Yara terasa kering dan pedih yang teramat. Setiap kali dia mengeluarkan suara, tekaknya terasa perit sangat. Tambahan lagi, sudah beberapa jam dia menghirup udara yang berdebu ini. Nafas Yara juga sudah mula tersekat. Dia hampir kehabisan oksigen. Tiada lagi udara yang boleh dia hirup di bawah ini. Dengan kudrat yang masih tersisa, Yara gagahkan diri. Yara atur nafas yang hampir habis.

Posisi sekarang amat menyakitkan belakang. Dia cuba mengiringkan separuh tubuhnya memandangkan kakinya tidak dapat digerakkan sama sekali. Sesaat, sesuatu yang dejavu kembali kedengaran di halwa telinga. Yara terus angkat pandangan ke atas. Serta merta Yara terkaku. Matanya membulat habis. Automatik tangan naik melindungi kepala.

"Abang!" jerit Yara spontan.

KRAK! KRAK! PRANG!

Debu simen runtuhan yang terkumpul telah jatuh ke bawah kerana berat dan menimpa dirinya yang terbaring kaku di bawah sana.

Uhuk! Uhuk! Uhuk!

Yara batuk gara gara debu itu mencemari rongga pernafasannya.

"Tolong..." suaranya kian melemah.

Yara sudah mengalirkan air mata. Dia menangis teresak esak di dalam kegelapan itu sendirian. Bibirnya bergetar laju. Dia sejuk, sakit, dan takut akan kematian. Ya Allah, berikanlah aku peluang untuk hidup di bumi pinjaman-Mu ini lebih lama. Sesungguhnya aku ingin bertemu dengan syurga yang tanpa sengaja telah aku sakiti tempoh hari, Ya Rabb.

"Tolong sesiapa selamatkan saya..." rayu Yara.

Yara sedut hingus. Hidungnya tersekat. Yara tidak boleh bernafas dengan baik kerana hidungnya tersumbat disebabkan menangis sekali gus udara di bawah ini hampir habis. Dia hanya bernafas menggunakan mulut sahaja. Saat ini, hidungnya seolah tiada fungsi. Oksigen di bawah itu benar benar berada di takat terendah. Secara tak langsung perkara ini membuatkan Yara mahu putus asa sahaja.

"Tskk...Tsk...Yara nak balik...Yara nak jumpa suami Yara..." luah Yara di bawah runtuhan itu berbaur putus semangat.

"Abang... tolong Yara... Yara nak balik..." dia merintih kecil bersama tangisan.

"Yara takut...Yara tak nak mati...Yara nak jumpa dengan abang.. Tskk...Tsk..."

Tok....Tok...Tok...

Ketukan Yara semakin lama semakin melemah dan tidak kedengaran. Yara akhirnya membuat keputusan untuk berputus asa sahaja. Sekuat mana pun dia berusaha, sekiranya Allah tidak berkehendak, maka segalanya sia sia. Dia tiada hak untuk melawan kuasa Yang Maha Esa. Tatkala itu, tanpa berfikir panjang lagi, dengan kudrat terakhir, Yara jerit meminta pertolongan di luar sana untuk kali terakhir sekuat hatinya.

MARIPOSA MILIK MIKHAEL Where stories live. Discover now