BAB 19

33.3K 1.5K 229
                                    

"Aqib balik dulu, umi. Terima kasih tumpangkan Aqib tinggal kat sini." Puan Kalsom yang berdiri di ambang pintu, disalam. Aqib telah bersedia untuk pulang ke Johor, menghabiskan sisa cuti di sana pula bersama keluargnya.

"Sama sama. Nanti mai lagi nah. Kirim salam umi kat mama papa sekali." wanita itu mengukir senyum kepada sahabat anaknya.

Aqib angguk kecil untuk pesanan umi.

"Insha'Allah, umi. Nanti kalau umi rindu Qib, kita calling calling. Untuk umi Aqib sentiasa free." Aqib berseloroh dengan umi.

Mendengar seloroh Aqib, umi ketawa suka. Ada ada saja telatah sahabat anaknya itu. Tak kering gusi jika Aqib ada menemani hari hari.

"Gerak dulu umi." kata Aqib lagi.

Aqib ukir senyum manis untuk puan Kalsom sebelum dia bergerak ke pangkin, bertemu dengan Yara dan dua beradik itu.

"Jom bro, aku balik dulu. Jumpa dekat markas minggu depan." tubuh sahabatnya di peluk sesaat.

"Kau bawak kereta elok elok. Dah sampai, mesej aku." pesan Mikhael ikhlas.

"Cey, sayang aku la tu." Aqib mengusik sambil menuyucuk nyucuk bahu Mikhael.

"Meluat aku." Mikhael berdalih dingin dengan kegedikan Aqib.

Aqib ketawa halus seraya menghadap Maleeq pula.

"Ni Mal, kau tengok tengokkan abang kau ni, takut lemas dalam lautan cin." sengaja dia tidak menyebut penuh kerana ada Yara di situ.

Walaupun separuh, Maleeq tetap faham apa yang cuba disampaikan. Terus tayang sengih lelaki itu.

"Pasti. Jangan risau." dua lelaki itu melagakan penumbuk.

Bola mata Mikhael naik ke atas. Menyampah. Dah nak balik pun menyempat nak kenakan dia.

"Dah dah, tak payah nak mengarut. Pergi balik cepat." tubuh Aqib ditolak ke arah kereta. Makin lama dibiarkan makin mengarut jadinya.

"Eh kejap la. Tak sabar sabar kau nak halau aku ye." Mikhael ditolak ke tepi.

Aqib menatap Yara yang jadi pemerhati daripada tadi.

"Saya balik dulu Yara. Jumpa lagi nanti." tangan diangkat, melambai kepada gadis itu.

"Bye, Aqib. Ada rezeki jumpa lagi." lambaian dibalas bersama senyuman.

Pintu kereta BMW M2 putih milik Aqib dipegang Mikhael.

"Kau jangan lupa, habis cuti ni kita ada latihan fizikal." sempat dia mengingatkan anak buahnya itu tentang tugas mereka.

Aqib mengangkat jari OK sebelum pintu kereta ditutup. Cermin tingkap diturunkan.

"Jangan melantak tak ingat dunia pulak." pesan Mikhael lagi. Kalau tak dipesan agaknya di Aqib itu akan menghabiskan semua makanan di muka bumi ini.

"Yelah. Aku diet." jawabnya laju dengan penuh hoax.

Mikhael senyum senget dengan telatah sahabatnya. Membongak je lebih. Diet la sangat. Lantas, mereka saling bersalaman.

"Gerak dulu, bro. Assalamualaikum."

Salam dijawab dalam hati.

__________________🦋_________________

Pintu kayu itu diketuk sebelum dia memasuki bilik adiknya. Gambar yang berselerakan di atas katil lelaki itu tidak menarik minat Mikhael sama sekali. Itu semua bahan kerja Maleeq.

Badan dipusing apabila derap kaki Mikhael mendekat.

"Umi mana? Dah tidur?" soalnya seraya jaket kulit berwarna hitam disarungkan pada tubuh. Topi hitam dipakai, menutupi rambut.

MARIPOSA MILIK MIKHAEL Where stories live. Discover now