Wajah masing masing masih tegas walaupun sudah 21 jam mereka direndam dalam air paya. Wajah mereka sudah dipenuhi dengan lumpur lumpur yang kotor. Di dalam air, mereka berusaha untuk memberikan haba pada tubuh sendiri yang tidak berbaju selama hampir satu hari.
Walaupun air sejuk sampai ke tulang, mereka tidak mengeluh. Masih tersisa tiga jam lagi untuk mereka kekal tegak di dalam sangkar buluh itu. Masing masing tidak larikan pandangan daripada terus fokus ke hadapan.
"Weh, Seth. Kau kencing eh?" soal Aqib tiba tiba tanpa memandang Seth di sebelahnya.
"Hotak kau. Siot." marah Seth dengan kasar bila dituduh begitu melulu.
Mata fokus pada hadapan.
"Habistu apa yang buih buih dalam air ni? Ke kau yang kencing Mikhael?" giliran Mikhael pula dituduh tanpa ragu oleh Aqib.
Perlahan lahan bebola mata digerakkan ke sisi. Dari ekor mata, dia merenung Aqib dengan renungan maut dan setajam pisau belati. Budak ni...
"Kau kalau aku terajang, bertabur tulang rusuk kau, Qib." marah Mikhael dengan nada suara yang masih dikawal memandangkan mereka berada di dalam hutan dan sedang menjalani latihan asas.
Suka hati dia saja menuduh begitu. Ikutkan hati mahu sahaja direndam Aqib dalam air. Biar terkencing tidak berhenti lelaki itu nanti. Walaupun tidak menatap Aqib di sebelah, Mikhael dapat lihat dari ekor mata bahawa lelaki itu sedang tersengih busuk selepas dimarah olehnya.
"Jangey maghoh. Tanya je. Kalau tulang rusuk aku berterabur, aku suruh mummy aku panggil semua doktor pakar yang ada untuk sambung balik tulang aku." mulutnya tidak henti henti berceloteh tetapi mata masih tepat ke hadapan.
"Noh, angan angan mat Aqib." perli Hadi dibelakangnya.
Tatkala itu, Mikhael tersenyum sinis. Yakin betul si Aqib itu.
"Kau ingat doktor pakar tu macam cikgu sekolah yang boleh berkumpul buat perhimpunan pagi sesuka hati?" bidas Mikhael terhadap kenyataan tidak nyata si Aqib.
Dia akui keluarga Aqib merupakan orang yang agak berada. Jadi tidak pelik jika dia ataupun keluargnya boleh berbuat demikian. Namun, kenyataan tak semudah yang diungkapkan. Pesakit pesakit lain pun perlukan enam bulan untuk bertemu dengan pakar. Tak kan Aqib semudah itu mahu mengumpulkan semua doktor pakar yang ada dalam masa sesaat semata mata untuk sambung tulang rusuknya yang beterabur dikerjakan oleh dia.
"Alah kau, aku nak berangan sikit pun tak boleh. Kedekut." Aqib buat muka pasrah. Kecik hati member tak support impian.
"Berangan jangan terlalu tinggi Qib. Jatuh sakit nanti." giliran Aariz menyampuk.
"Sibuk je kau." marah Aqib.
"Gaduh apa, hanat?" tegur Mikhael menahan geram.
Bising yakmat mulut puaka ni. Geram nak jahit bagi diam.
"Mamat sengal ni ha, jeles dengan aku." adu Aqib konon konon dengan harapan Mikhael akan membela nasib dirinya.
"Diam melainkan kau nak kena rendam lagi 24 jam." ugut Mikhael serius.
Automatik Aqib kemam bibir sendiri. Kunci. Elak daripada mulut murainya itu mengeluarkan kata kata lagi. Risau Mikhael selam dalam air ni sampai lemas. Manakala yang lain terherot herot bibir menahan ketawa saat Aqib dimarahi oleh ketua mereka. Namun begitu, telinga lintah Mikhael masih dapat menangkap suara suara sumbang yang terkekeh dibelakangnya.
"Gelak kalau rasa nak join si Aqib proceed lagi 24 hours." mereka juga tidak diberi peluang.
Lalu, suasana kembali sunyi sepi. Tidak seorang pun berani melawan. Tidak mahu melanjutkan rendaman lebih lama. Ini pun dah kecut habis dah. Lantas, hanya bunyi unggas yang saling menyahut memeriahkan suasana hening itu.
YOU ARE READING
MARIPOSA MILIK MIKHAEL
Romance"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for my falling in love?" - Fawwaz Mikhael "I don't want a husband who honors me as a queen if he does n...