BAB 33

29.3K 969 75
                                    

iPhone dicapai sebelum nama papa ditekan untuk memanggil. Tubuh meniarap di atas katil dengan kaki bersilang. Rasa dah lama tak berborak dengan Tengku Yazid. Alang alang dah duduk sendiri, lebih baik berbual dengan papa.

"Assalamualaikum papa, buat ape tu? Sihat?" Yara memulakan perbualan apabila panggilannya dijawab.

"Waalaikumussalam, princess papa. Alhamdulillah sihat, papa baru habis meeting ni. Baru otw balik rumah. Kenapa tu, sayang?"

"Saje rindu."

"Papa pun rindu Yara juga. Mikhael mana?"

"Tak ada, dia duty. Yara duduk seorang ni."

"Oh yeke. Duduk elok elok. Ni, bila nak balik rumah papa?"

"Tak tahu lagi la papa. Hael tak ada cuti panjang. Yara pun baru masuk kerja, bersalah pula kalau dah nak cuti."

"Tak apalah. Bulan depan makngah ada buat kenduri kahwin Aina. Ajak la Mikhael datang."

"Lah, yeke. Ha nanti Yara bagitau Mikhael."

"So, how your life after marriage? Better? Mikhael okay?"

"Really really better. Mikhael baik sangat, pa. Untung Yara dapat jadi isteri dia. Semua keperluan Yara cukup. Mikhael jalankan tanggungjawab dengan sangat baik."

"Alhamdulillah, lega papa dengar. Papa doakan rumah tangga kamu berkekalan hingga ke jannah."

"Insha'Allah, aamin."

"Okaylah princess, papa dah sampai rumah ni. Nak mandi, rehat. Goodnight, dear."

"Alright papa, take care. Goodnight."

Sebaik panggilan tamat, Yara mencapai alat kawalan jauh untuk memadamkan lampu. Sesungguhnya dia sangat sangat malas hendak bergerak ke suis. Rambut yang diikat messy bun, dilepaskan. Bersedia untuk tidur.

Awalnya hendak video call dengan suami, tapi Mikhael sedang bertugas di luar. Jadi tidak sempat menjenguk telefon. Sebagai isteri yang memahami, Yara tidak mahu menganggu. Lebih baik dia tidur sahaja kerana esok perlu kerja.

__________________🦋________________

Mata fokus pada skrin komputer, tangan laju menekan papan kekunci untuk mencatat laporan kerja. Sesaat, seseorang mengetuk pintu biliknya.

"Masuk." mata masih pada skrin komputer.

"Dr. Yara, saya dah send file laporan patient tadi." Siti berdiri di hadapan meja kerja Yara.

Jari berhenti menekan papan kekunci. Satu notification yang baru masuk dikerling sekilas sebelum kepala diangkat memandang Siti di hadapan.

"Yeah, I got it just now. Thanks Siti."

"Most welcome. Doktor ada perlu apa apa lagi ke?"

Yara berfikir sejenak sebelum menjawab.

"For now, nothing."

Siti angguk faham.

"Okay, kalau macam tu saya pergi lunch dulu. Nak saya tapau untuk doktor sekali?"

Siti mempelawa, dia tahu kalau Yara dah belek laporan patient, memang akan terlepas waktu makan. Dah banyak kali berlaku. Bila ditegur, katanya terlupa.

"Ermm... Saya nak nasi ayam dengan milo ais, boleh?" rezeki jangan pernah ditolak.

Perut terasa lapar pula, tapi ada kerja yang perlu dilakukan. Alang alang dah dipelawa, terima sahaja.

MARIPOSA MILIK MIKHAEL Where stories live. Discover now