"Yas, tolong tengok kejap siapa yang datang!" Yara yang sedang memakai tudung untuk pergi bekerja menyeru Yasmeen yang sedang berada di dapur sebaik mendengar loceng rumahnya ditekan.
Yasmeen akur. Tangan yang basah kerana baru mencuci gelas yang digunakan dilap pada kain bersih tersedia. Dia bergegas ke pintu utama.
Daun pintu ditolak saat mengenal pasti gerangan yang berkunjung dari lubang kecil yang terdapat pada pintu tersebut. Sebaik pintu terbuka, tidak semena mena Maleeq terkaku saat melihat wajah Yasmeen terpacul di hadapan pintu rumah kakak iparnya. Mereka bertatapan seketika."Awak buat apa dekat sini?" Mikhael menyoal kepada Yasmeen yang sudah kemas dengan skirt dan blouse beige brown di ambang pintu. Gadis itu nampak comel dengan rambut yang diikat ekor kuda.
"Saya teman Yara." jujur Yasmeen bersahaja.
Maleeq angguk dua kali tanda faham. Bagus juga kehadiran Yasmeen di situ sepanjang ketiadaan Mikhael ini.
"Awak cari Mikhael ke?" giliran Maleeq pula disoal.
"Tak. Saya datang nak jumpa Yara. Mana dia?" bebola mata meliar ke dalam rumah banglo itu untuk mencari bayang kakak iparnya.
"Oh dia ada dekat atas, tengah siap siap nak pergi kerja. Kejap saya panggil. Awak masuk lah dulu." Yasmeen mempelawa lelaki itu untuk masuk ke dalam rumah sebelum dia bergerak naik ke tingkat atas untuk menemui Yara.
Cepat cepat Maleeq geleng kepala.
"Takpa. Saya tunggu dekat luar." sopan dia menolak. Tidak mahu timbul fitnah jika dia tunggu di dalam nanti. Sudahlah Mikhael tiada di rumah itu.
Yasmeen akur sahaja, tidak memaksa. Dia juga faham Maleeq sedang menjaga batas. Lantas, dia berlalu naik ke tingkat atas untuk menemui Yara di kamarnya. Niatnya terbantut saat mereka bertembung di anak tangga terakhir. Yara beri isyarat kening kepada Yasmeen, bertanya siapa yang datang ke rumahnya. Yasmeen yang faham laju memberitahu.
"Yara, Maleeq datang." dia memaklumkan kepada Yara gerangan yang berkunjung pada awal pagi itu.
Tidak semena mena dahi Yara berkerut nipis sebaik mendengar nama itu. Kenapa pula adik ipar dia datang pagi pagi ni.
"Mana dia?" bola mata meliar mencari sosok adik iparnya itu.
"Kat luar." laju Yasmeen menjawab seraya menilik jam di pergelangan tangan.
"Okay." ringkas dia balas.
Baru beberapa langkah dia menapak, Yasmeen kembali bersuara. Dia kaku seketika apabila Yasmeen sudah berdiri di depannya.
"Weh, aku gerak pergi butik dulu la. Ada klien nak datang ni." katanya demgan tegeesa gesa.
"Ha baik, baik." cepat cepat Yara balas.
"Kau nak tumpang aku pergi klinik tak?" Yasmeen bertanya serius.
Yara geleng kecil.
"Tak apa. Aku naik grab." tolaknya sopan.
Bukan apa, dia tidak mahu susahkan Yasmeen. Klinik dia berkerja dengan butik sahabatnya bukan satu jalan. Menyusahkan pula bila Yasmeen perlu patah balik nanti.
"Betul ni?" Yasmeen ingin kepastian lagi.
Yara angguk kecil tanda muktamad.
"Okaylah kalau macam tu, aku gerak dulu. Apa apa roger aku. Bye!" balas Yasmeen bersama lambaian seraya bergegas keluar daripada rumah tersebut.
"Bye." Yara membalas lambaian.
Kemudian, Yara bergerak ke luar rumah untuk menemui lelaki yang sedang menunggu. Dari ambang pintu lagi dapat dia lihat sosok lelaki yang sedang berpeluk tubuh di tepi kolam ikan itu. Dia mendekati Maleeq.
YOU ARE READING
MARIPOSA MILIK MIKHAEL
Romance"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for my falling in love?" - Fawwaz Mikhael "I don't want a husband who honors me as a queen if he does n...