Toner dituang atas tapak tangan sebelum Yara tepuk lembut pada wajahnya untuk cepat meresap ke dalam kulit. Urutan skincare dibuat sehinggalah urutan yang terakhir iaitu moisturizer. Usai skincare ini nanti, Yara bersedia untuk tidur. Sedang dia sibuk di meja soleknya, Yara lihat Mikhael yang sedang menapak ke arahnya dengan wajah nakal daripada pantulan cermin. Seperti yang Yara sudah duga,
"Sayangg...." seru Mikhael nada manja.
Dia dakap isterinya daripada belakang. Lalu, dia tunduk mencium belakang leher Yara yang terdedah. Yara tidak membantah. Dia biarkan sahaja. Selagi tak kacau muka dia yang dah berlapis skincare, Yara malas peduli.
"Hmmm." Yara menggumam malas.
"Cantiknyaaa isteri abang." puji Mikhael.
Yara sorok senyum. Suka dengar pujian Mikhael tetapi tak nak tunjuk yang dia suka. Nanti Mikhael makin menggeletis.
"You know what, sayang?" ujar Mikhael tergantung.
Yara perhati suaminya yang sedang menongkat dagu di atas bahunya melalui pantulan cermin. Yara bertentangan mata dengan Mikhael melalui pantulan tersebut memandangkan Mikhael berada di belakangnya. Yara diam menanti apa yang mahu diutarakan oleh suaminya saat ini.
"I know fairy tales come true and the angel exists because I have you."
Automatik Yara tersengih panjang. Perlahan lahan dia mengiringkan badan menghadap Mikhael. Wajah tampan Mikhael ditatap.
"Why?"
Mikhael bertinggung di depan Yara yang sedang duduk di atas kerusi. Tangan Yara digenggam. Belakang tangan Yara diusap lembut. Dia panah lembut renungan isterinya sekarang.
"Because when I'm with you, all my dreams come true. My life is accompanied by a very beautiful angel. I'm so lucky."
Kali ini Yara tidak mampu tahan senyum lagi. Manisnya mulut encik suami malam ni. Mesti ada apa apa ni. Terus dia cuit batang hidung mancung Mikhael. Mikhael melepaskan ketawa halus saat diusik Yara.
"Manisnya mulut dia malam ni. Ada apa apa ke?" Yara menebak.
"Tak ada apa apa pun. Abang ikhlas." jujur Mikhael.
Yara kecilkan mata. Boleh percaya ke?
"Kenapa? Tak percaya?"
Yara tidak membalas.
"Kalau tak percaya, belahlah dada abang. Tengokla hati abang yang terukir nama Yara seorang sahaja." kata Mikhael sambil mendepakan kedua belah tangannya.
Tidak semena mena, terus Yara terkekeh.
"Mengada." kutuknya.
Dia menolak kecil suaminya yang sedang berdrama. Kemudian, Yara berdiri dan berlalu ke katil. Mikhael ikut.
Bantal tidur dipegang. Tak sempat Yara melabuhkan punggung,
"Yayang..." panggil Mikhael lagi.
Yara jeda di posisi. Dia menatap kembali wajah sesuatu suaminya.
"Kenapa lagi suamiku?" lembut Yara bertanya.
Mikhael garu kepala yang tidak gatal. Nak cakap ke tak? Mikhael berdebat dengan fikiran sendiri.
"Yayang lapar tak?" Mikhael soal dengan mata polos.
"Abang lapar?" soalan dibalas dengan soalan.
Yara bertanya kerana dia masih kenyang selepas makan meggi goreng mamak yang dimasak olehnya untuk makan malam bersama Mikhael sebentar tadi. Bila Mikhael tanya soalan itu, Yara rasa agak pelik. Suaminya tak kenyang lagi?
YOU ARE READING
MARIPOSA MILIK MIKHAEL
Romance"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for my falling in love?" - Fawwaz Mikhael "I don't want a husband who honors me as a queen if he does n...