BAB 41

23.9K 819 85
                                    

Yara membantu umi menyediakan meja makan. Lauk yang telah dimasak oleh umi dicedok masuk ke dalam pinggan dan disusun di atas meja makan kayu sederhana itu.

"Mal tak balik umi?" soal Mikhael yang baru masuk ke dalam dapur.

Sempat dia mencium pipi Yara sebelum bergerak ke singki untuk mencuci tangan. Umi yang perasan hanya menyorok senyum.

"Taktau la dekat adik hang tu. Lama dah dia tak balik. Sibuk sangat agaknya dekat sana."

Sisa air pada tangan yang dibasuh direnjis pada Yara sebelum dia melarikan diri setelah mengusik si isteri. Gadis itu cemberut saat air yang direnjis Mikhael terkena pada wajahnya. Nasib baik suami. Kalau tidak, nak saja dia rendam masuk dalam singki.

"Biasalah, dunia penuh dengan orang jahat. Selagi tak habis, selagi tu la tak balik anak kesayangan umi tu." Mikhael membalas kepada umi seraya dia melabuhkan duduk pada kerusi kayu jati itu.

"Yelah. Harap harap adik hang tu okay jala."

"Aamiin." ucap Mikhael dan Yara serentak dengan perlahan.

"Papa kamu sihat Yara?" giliran Yara disoal.

"Alhamdulillah, sihat."

"Kamu tak ada balik sana?"

"Nanti lepas balik dari rumah umi, kami tidur sana pula." Mikhael menjawab bagi pihak isterinya.

Yara mengiyakan jawapan si suami.
Pinggan yang sudah dicedok nasi putih dihulur kepada Mikhael oleh Yara. Mikhael sambut huluran. Lauk pauk yang dimasak oleh umi dicedok untuk letak ke dalam pinggan. Semuanya lauk kegemaran Yara yang dipilih. Bersedia untuk menyuap isterinya makan tengah hari.

Dalam masa yang sama,

"Umi, Hael nak suap." Mikhael ingin bermanja dengan umi. Sudah lama dia tidak begitu dengan syurganya.

"Ish! Tak mau umi. Bini dok sebelah, suap padia." umi menolak. Milo ais yang dibancuh Yara dituang ke dalam cawan.

"Selek aaa umi ni. Apa salahnya. Anak sendiri." Mikhael merungut.

Yara geleng kepala melihat telatah kebudak-budakkan suaminya. Dari apa yang dia lihat sejak kali pertama jejakkan kaki dalam banglo umi ini, Yara lihat Mikhael memang sangat rapat dengan umi berbanding Maleeq. Dulu hatinya diterpa rasa cemburu bila lihat kemesraan Mikhael bersama umi. Makan disuap, rambut dibelai, tidur diriba dan semuanya adalah keinginan seorang Yara bersama sosok ibu. Namun sekarang, Mikhael bertelatah begitu dengan dirinya pula. Dan dalam masa yang sama, Yara juga dapat menumpang kasih umi yang dicemburui sebelum ini.

"Abang ni tak malu ke besar besar nak mak suap." kutuk Yara serius.

"Apa salahnya. Dulu kecik kecik boleh je umi suap."

"Nama pun kecik kecik, abang. Ni dah tua berbulu dah." balas Yara.

Tiba tiba Mikhael senyum nakal. Dia dekatkan wajahnya dengan wajah Yara. Tidak semena mena kening Yara bertaut dengan tindakan suaminya itu.

"Apa yang berbulu?" Mikhael mengusik si isteri.

Serta merta,

"Tch! Malas aku mamat ni." bidas Yara setelah menangkap maksud suaminya.

Gatal betul suami dia ni. Tatkala itu, Mikhael ketawa suka. Seronok dapat mengenakan isterinya. Tahu pun malu. Umi pula hanya mampu geleng kepala melihat telatah anak sulung dan menantunya itu.

"Umi suapkan jelah anak umi ni. Kesian sangat Yara tengok muka mintak kena buang tepi jalan ni." kata Yara kepada umi sebelum dia bergerak untuk keluar daripada dapur.

MARIPOSA MILIK MIKHAEL Where stories live. Discover now