BAB 37

26.7K 841 156
                                    

Peralatan rapelling dipasang pada tubuh. Hari ini mereka ada latihan asas komando iaitu menuruni bangunan dengan menggunakan tali sambil berlari.

"Weh, Hael. Bila team kita kena pergi misi dekat Sabah tu?" Aqib yang sedang memakai helmet bertanya kepada Mikhael yang sedang bercekak pinggang kepadanya. Tak lain tak bukan panas hati sebab Aqib siap lambat.

"Minggu depan. Kenapa?" Mikhael yang sudah selesai memasang perlatan rapelling pada tubuhnya menjawab acuh tak acuh. Kini, dia sudah bersedia untuk menuruni bangunan tersebut.

"Tak ada apa. Aku nak bagitahu dekat mak aku haa. Kau dah bagitahu bini kau dah ke?" balas Aqib yang juga sudah bersedia.

"Belum. Lagipun atasan baru confirm balik tadi. Malam nanti la aku bagitahu dia." jawab Mikhael bersahaja.

"Faham. Kau okay ke kena tinggal bini?" Aqib prihatin.

"Hmm... berat jugaklah. Tapi arahan tetap arahan. Apa aku boleh buat." dengan rasa terkilan Mikhael menjawab.

Selama ini dia tidak kisah perlu mengikuti misi berapa lama, sejauh mana sekalipun, terserah. Dia suka dan ikut sahaja. Tetapi sejak bergelar suami, rasa berat hati setiap kali nama naik untuk sesuatu tugasan. Berat hati sebab kena tinggal isteri. Tanggungjawab dia menjadi lebih besar sekarang. Dulu kalau terjadi apa apa pada dia semasa misi juga dia tidak kisah, namun sekarang dia takut. Takut kalau apa apa terjadi kepadanya. Bagaimana dengan Yara nanti?

"Tak apalah. Insha'Allah Yara faham." balas Aqib seraya menepuk bahu lelaki itu.

Mikhael hanya mendengar. Kemudian,

"Ni, kau turun dulu la." Aqib dengan selamba mengarah Mikhael untuk menuruni bangunan tersebut terlebih dahulu.

Laju Mikhael menoleh kepada Aqib.

"Asal pula?" Mikhael tatap Aqib dengan wajah tidak puas hati.

Aqib sengih busuk. Kepalanya disengetkan sedikit. Konon comel.

"Saja nak tengok kau turun dulu."

Mikhael geleng kepala laju.

"Tak ada, tak ada. Turun sama sama." jawabnya serius.

Dia menarik lengan Aqib berdiri di garisan untuk menuruni bangunan tersebut dengan berlari menggunakan tali bersamanya. Tatkala itu, Aqib tiba tiba jadi ulat bulu. Mikhael pelik dengan telatah itu.

"Eleh. Comel la kau ni. Takut rindu aku la tu." usiknya.

Dia meletakkan kepala di atas bahu Mikhael. Lengan lelaki itu dirangkul erat. Automatik wajah Mikhael berkerut. Menjijikkan.

"Bangang." maki Mikhael.

Tubuh Aqib yang sedang menggedik dengan dirinya ditolak kasar. Kang, ada juga yang turun tanpa tali japgi.

"Gurau sikit pun tak boleh." kata Aqib berbaur rajuk.

"Tak boleh." tegas dia membalas.

Aqib cebik bibir. Kemudian, mereka bersedia pada posisi masing masing.
Kaki sudah bersedia untuk berlari menuruni bangunan. Aqib toleh memandang Mikhael di sebelah sebelum mereka terjun ke bawah.

"Siapa sampai dulu, kena belanja mamak." Aqib membuat tawaran kepada Mikhael.

"On." laju Mikhael bersetuju tanpa berfikir lama.

Aqib senyum senget, suka bila Mikhael mudah menerima tawaran yang diberi.

"Ready..." kata Mikhael yang sudah bersedia untuk memulakan latihan sekali gus memulakan perlawanan antara dia dengan Aqib.

MARIPOSA MILIK MIKHAEL Where stories live. Discover now