Terhinjut hinjut Yara berjalan keluar daripada bilik. Pagi ini lututnya lebih bengkak daripada semalam. Makin menyukarkan dia untuk berjalan. Tapi, nasib baik lukanya tidak terlalu besar. Jadi tidak mengambil masa yang lama untuk kering.
Dengan berkain batik, Yara berusaha untuk berjalan ke dapur. Ikutkan dia tidak mahu memakai kain batik kerana tidak pandai, tetapi Puan Kalsom yang memaksa. Katanya mudah untuk dia bergerak tanpa menganggu luka di lutut. Malas melawan, Yara patuh pada pesanan umi.
Yara mahu menjenguk apa yang dibuat oleh umi seraya membantu wanita itu di dapur. Dirinya beruntung kerana umi menawarkan diri untuk tinggal dengannya sementara waktu. Jadi, dia tidak perlu bersusah payah menjadi kanggaroo sendirian untuk beberapa hari ini.
Baru sampai di ruang tamu, tubuhnya sudah dihalang oleh Puan Kalsom dari hadapan. Cekap kaki berhenti menapak daripada berlanggar dengan umi yang muncul secara tiba tiba.
"Ha, ni nak pi mana pulak ni? Kan umi dah cakap, rehat ja dalam bilik tu." kata umi bersama sudip di tangan.
"Yara nak pergi dapur, tolong umi masak. Yara kesian la biar umi masak seorang-seorang." walaupun seram dengan sudip umi, Yara beranikan diri untuk menawarkan bantuan walaupun hakikatnya umi sudah melarang sekerasnya.
"Tak payah kesian kat umi. Umi dah biasa dok sorang sorang kat dapur tu. Lani, kesiankan diri sendiri yang tengah sakit ni."
Lengan gadis itu dipimpin untuk duduk di sofa ruang tamu. Tubuh gadis itu ditolak perlahan untuk duduk pada sofa.
"Tapi umi—" Yara masih mencuba. Rasa tak tenang kalau dia duduk rehat sedangkan wanita itu bertungkus lumus sendiri di dapur untuknya.
"Tak payah tapi tapi. Dok sini diam diam, tengok drama korea hang tu. Biaq umi uruskan dapuq." tegas Puan Kalsom berkata.
Alat kawalan jauh diletakkan di atas tapak tangan Yara tanda jangan sesekali membantah kata katanya lagi. Ikhlas tak ikhlas alat kawalan jauh itu digenggam.
"Awad ni umi?" Mikhael yang baru datang, menyoal kepada uminya. Dari luar dia dengar umi membebel tak henti henti.
Mikhael pandang umi dan Yara silih berganti. Lantas, umi panggung kepala bila suara anak sulungnya menegur.
"Ha elok sangat hang dah mai. Ni, tengok kan Yara sat. Umi nak masak dekat dia untuk makan tengah hari satgi. Tak padan dengan sakit, kalut nak pi kok dapuq tu jugak. Nak tolong beradong. Diri sendiri pun terhuyung hayang. Dok habaq dah toksah toksah. Nak jugak. Orang dah kata, rehat ja. Ketegaq. Dah la ubat pun tak mau makan. Umi ni sampai taktau arah nak pujuk lagumana dah."
Bukan main panjang lebar Puan Kalsom berkata. Tak ada ruang langsung untuk Mikhael mencelah. Terkebil kebil anaknya itu mendengar penjelasan umi. Yara pula hanya mampu mendiamkan diri. Tidak tahu harus memberi reaksi apa lagi. Sekarang dia faham kenapa Mikhael takut pada bebelan puan Kalsom.
"Ha yalah yalah. Hael jaga dia. Dah dah, umi pi dapur. Hangit lauk dalam belanga tu satgi." tubuh umi dipusing dan ditolak perlahan memasuki dapur.
Umi kalau dah bebel, dia punya peluru kalah machine gun. Pok pek pok pek tak berenti. Kalau bawak pergi perang, rasanya awal awal musuh dah mengalah. Sakit telinga nak dengar.
Yara yang sedang duduk di hadapan TV didekati. Nampak betul muka terpaksa tengok rancangan di layar kaca itu. Dia melabuhkan duduk di sofa sebelah. Tauhu begedil yang dibeli sebelum datang melawat gadis itu tadi, disuakan.
"Nah, makan."
Yara menjenguk ke dalam plastik. Sebaik mengetahui apa isi di dalam, dia mengukir senyum.
YOU ARE READING
MARIPOSA MILIK MIKHAEL
Romance"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for my falling in love?" - Fawwaz Mikhael "I don't want a husband who honors me as a queen if he does n...