BAB 13

29.6K 1.1K 51
                                    

Bunyi enjin kereta yang menderum di hadapan rumah sewanya menyedarkan lena Yara. Dia menggeliat kecil. Kelopak mata dibuka sedikit kerana belum biasa dengan sinar cahaya yang memancar ke dalam biliknya. Balik sahaja daripada pasar malam semalam, terus dia terlelap. Agaknya mungkin kerana dia menangis, jadi badan merasa agak letih.

Sepanjang perjalanan pulang daripada pasar malam, dia langsung tidak bercakap dengan Mikhael. Hanya membatu di sebelah penumpang. Lelaki itu juga tidak banyak berkata. Mungkin memberi masa kepadanya. Sampai sahaja di homestay, dia terus turun daripada kereta dan meluru masuk ke dalam rumah tanpa berpaling kepada Mikhael sama sekali.

Pagi ini dia merasa bersalah kerana sudah bersikap dingin begitu kepada Mikhael. Sedangkan lelaki itu hanya mengkhawatirkan soal keselamatan dirinya. Namun, itu tidak bermaksud Mikhael boleh memarahinya sesuka hati.

Alarm yang berbunyi dia biarkan melalak di sisi bantal tidurnya. Yara termenung sendiri di birai katil sambil menatap belon pemberian Mikhael semalam yang telah dia ikat di satu sudut. Melihat belon yang bergerak kecil akibat ditiup angin itu, hatinya merasa seolah akan ada yang kurang pada harinya hari ini. Tidak mahu melayan perasaan pagi pagi, malas malas kaki tetap melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri.

Yara bersiap ala kadar untuk keluar bersiar siar di kawasan berdekatan untuk ambil angin pagi. Beg perubatan bersaiz kecil juga dibawa. Hanya ada alatan asas sahaja di dalamnya. Mana tahu kalau kalau dia terjumpa haiwan haiwan yang memerlukan bantuan semasa perjalanan. Boleh juga dia menjalankan tanggungjawab sebagai seorang doktor.

Pintu rumah itu dikuak. Kaki yang baru diangkat untuk melangkah ditarik semula ke bawah bila ada sesuatu diletakkan di muka pintu rumah. Kalau dia terlajak sikit, mungkin benda itu sudah hancur dijijak oleh kaki raksasanya.

Lambat lambat badan ditundukkan untuk mengambil bouquet yang terletak di depan pintu rumah itu. Berkerut dahi Yara bila ada sepuluh kuntum mawar merah yang digubah elok di dalam bouquet tersebut. Siapa pula yang hantar bunga pagi pagi ni?

Dia menghirup haruman kelopak bunga mawar merah itu. Yara ukir senyum kecil. Harum. Yara memang suka akan bunga. Lagi lagi ros. Bouquet itu dibelek, mencari kalau kalau ada kad tersorok di celah celah kelopak bunga. Keningnya terjongket sedikit bila ada kad yang terselit di situ. Kad kecil bewarna merah jambu itu dibaca.

Sorry for last night. I didn't mean to hurt your heart. Hopefully you love this roses. As a sign of my apology to you. Aku tak tahu apa maksud jiwa kau terkurung, but remember one thing. Life changes every moment. Kadang teduh, kadang terik. Live every memory with all your heart. Today's memory is unlikely to be repeated the next day. Aku balik dulu Yara Alyssa. Ada jodoh, kita jumpa lagi. Assalamualaikum.
                    
                                                    — F.Hael

Tanpa dia sedar, bibir sedang mengoyak senyum apabila nama yang tertera di hujung kad itu dibaca. Ternyata, mawar itu daripada Mikhael. Dadanya mula berdebar. Entah kenapa hatinya merasa berbunga tiba tiba. Tidak sangka Mikhael akan memujuknya begini.

Sekejap...Balik dulu? Balik ke mana?

Beg perubatan yang sedang dipegang terus dicampak, lalu dia bergegas menuruni anak tangga dan berlari kecil ke rumah puan Kalsom. Sebaik dia berdiri di jalan depan rumah puan Kalsom, Yara dapati tiada lagi BMW Mikhael di situ. Malah, tiada langsung bayang lelaki itu di kawasan rumah umi. Bola mata bergerak, memikirkan sesuatu. Selalunya, pagi pagi Mikhael mesti sudah berjoging keliling kampung itu. Malangnya, pagi ini tiada.

Kemudian, wajahnya bertukar kecewa. Lelaki itu sudah pergi?

Tidak semena mena mindanya terlintas akan suara kereta yang menyedarkan lenanya tadi. Adakah itu Mikhael? Lelaki itu sendiri yang meletakkan bunga di depan pintu rumahnya bukan?

MARIPOSA MILIK MIKHAEL Where stories live. Discover now