BMW milik Yara diparkir di dalam kotak kuning dengan kemas. Yara capai beg tangan, beg bekal dan juga botol air yang diletakkan di kerusi penumpang tadi. Hari ini dia mahu makan tengah hari bersama sama dengan Mikhael. Yara masak daging paprik, telur dadar dan sotong goreng kunyit sebagai menu mereka tengah hari ini. Yara terpaksa parkir agak jauh daripada bangunan kompeni Mikhael kerana ada beberapa acara sedang dijalankan oleh anggota unit lain di kawasan berdekatan. Jadi, Yara terpaksa jalan sedikit jauh untuk menemui Mikhael.
Sedang dia berjalan di bahu jalan untuk menuju ke kompeni Mikhael, tiba tiba sebuah motosikal milik salah satu tentera di dalam kem itu berhenti tepat di hadapan Yara. Yara berhenti menapak gara gara motosikal itu menghalang laluan. Yara statik di posisi.
"Assalamualaikum." sapa lelaki yang bertshirt tentera bersama seluar tracksuit itu saat berdiri di depan Yara.
"Waalaikumussalam." Yara jawab salam yang diberi.
"Awak orang awam eh?" soal lelaki itu.
"Ya. Kenapa?" Yara bertanya semula.
Yara telek lelaki itu atas bawah. Analisis. Melihat pakaian tidak formal itu, agaknya baru habis gotong royong. Baju pun basah dengan peluh lagi. Muka pun masih muda. Kulit jangan cakap, memang gelap tapi sebab terbakar cahaya matahari. Tengok gaya pun dah tahu baru habis kursus. Tah tah baru habis rekrut ni. Duga Yara dalam hati.
"Ouh, buat apa jalan seorang seorang dekat sini? Panas ni. Kesian kulit awak terbakar nanti." katanya konon prihatin dengan kulit Yara.
Yara tayang wajah tidak berminat untuk berbual setelah mendengar ayat terakhir lelaki itu. Sibuk pula dia pasal kulit aku. Getus Yara dalam hati. Mata lelaki itu jatuh kepada beg bekal di tangan Yara pula.
"Awak ni cod makanan ke?" dia meneka sesuka hati.
Tidak semena mena, Yara buat muka tidak selesa. Dah kenapa mamat ni? Kenal pun tidak, datang datang nak kipochi.
"Awak nak pergi hantar makanan ni dekat mana? Saya boleh tolong bawakkan." dia mempelawa diri untuk membantu Yara.
Terus Yara jongket sebelah kening.
"Awak yakin ke awak sanggup nak hantar saya ke sana?" Yara cuba main tarik tali.
"Boleh je. Cakap je nak hantar dekat unit mana. Saya hantarkan. Saya tahu sangat selok belok kem ni. Maklumlah, macam yang awak tengok, saya anggota. Jadi, pejam mata pun saya tahu sekian sekian tempat." tiada angin tiada ribut dia datang membanggakan diri sendiri di depan Yara.
Yara ukir senyum tidak ikhlas.
"Tak apalah. Saya boleh pergi sendiri."
Yara berura mahu pergi tetapi ditegah dengan kata kata lelaki itu lagi."Eh kejap! Kalau saya nak nombor telefon awak boleh? Mana tahu kalau lepasni saya nak tempah makanan untuk majlis apa apa. Saya boleh tempah dekat awak." lelaki itu hulur telefon kepada Yara.
Yara hampir sahaja ternganga. Excuse me? Beg bekal makanan aku bukan main cantik, kau cakap aku nak cod makanan? Kau nampak muka aku ni macam makcik yang jual cucur pisang kegemaran Aqib tu ke? Eh aku mamat ni kang, rembat apa pun tak dapat. Rabun agaknya dia ni. Dahla kuat perasan, sembang kencang, terpaling askar. Yara kutuk berjela dalam hati.
Sekonyong-konyong,
PON! PON!
Keduanya tersentak dengan suara hon daripada kereta seseorang yang telah berhenti di sisi mereka. Sesaat, Aqib turun daripada kereta dengan berkarisma.
"Tuan!" lelaki tadi terus berubah formal.
Dia tabik kepada Aqib yang baru keluar daripada perut kereta tadi.
YOU ARE READING
MARIPOSA MILIK MIKHAEL
Romance"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for my falling in love?" - Fawwaz Mikhael "I don't want a husband who honors me as a queen if he does n...