"Pakcik Rahim." dia menyeru driver keluarga mereka yang sedang mengelap cermin kereta.
Sempat dia menjeling suaminya yang berada di sebelah Pakcik Rahim. Pagi pagi dah hilang, puas dicari rupanya ada dekat luar, tengah seronok cuci kereta dengan Pakcik Rahim. Rajin betul suami dia itu, habis mencuci kereta sendiri, dia bantu pula pakcik Rahim mencuci Vellfire papa.
Mikhael yang perasan akan jelingan tajam daripada isterinya itu tidak senang duduk. Dia ada buat salah ke? Tidak mahu menyampuk, Mikhael mendengar sahaja dulu perbualan isterinya bersama pakcik Rahim. Nampak gaya macam serius sahaja topiknya.
"Ada apa cik Yara?" mata menatap wajah anak majikannya.
Tangan berhenti bekerja. Memberi tumpuan kepada Yara.
"Makanan Noah dah beli?" Yara bertanya serius kepada pekerja keluargnya.
Semalam pegawai yang diamanahkan menjaga Noah kata, makanan anaknya telah habis. Jadi, Yara meminta tolong kepada Pakcik Rahim untuk membeli daging segar untuk Noah hari ini.
"Dah, Pakcik Rahim dah hantar dekat sana tadi." laju lelaki tua itu membalas.
"Oh tak apa la macam tu. Terima kasih pakcik Rahim."
Pakcik Rahim angguk seraya tersenyum kepada anak majikannya sebelum Yara memusingkan tubuh untuk kembali ke dalam rumah. Mikhael yang mendengar nama Noah disebut terus berlapis nipis dahinya. Mamat omputeh mana pulak isterinya sedang bualkan ni?
"Siapa Noah, sayang?" disebabkan rasa ingin tahu yang membuak, laju mulut Mikhael menyoal kepada Yara sebelum sempat gadis itu menghilang ke dalam rumah.
Automatik kaki Yara berhenti melangkah. Dia berpaling laju kepada suaminya lalu Yara ukir senyum mencurigakan. Kedua belah kening dijongket beberapa kali. Memancing minat Mikhael. Lupa pula, Noah belum berkenalan lagi dengan daddy.
"Kucing." mudah Yara berkata.
Lalu, dia berlalu masuk ke dalam rumah, membiarkan suaminya terbelenggu sendiri. Kening Mikhael bersambung.
Kucing? Rasanya dah tiga hari dia ada di situ, tapi tak pernah nampak pun kucing dalam rumah tu. Mikhael bingung sendiri. Pakcik Rahim yang faham maksud tersirat Yara, terus mengusir Mikhael daripada situ.
"Cukup dah ni Mikhael. Pakcik Im boleh buat sendiri yang ni. Mikhael pi la dekat Cik Yara. Rasanya dia nak bersiap pi tengok kucing dia tu." sengaja Pakcik rahim menekankan perkataan kucing itu.
"Tak apa ke ni pakcik Im?" serba salah pula dia hendak membuat kerja separuh jalan. Sudahlah dia yang beria mahu membantu tadi.
"Tak apa. Dari tadi lagi Mikhael dok sini. Kesian cik Yara tu." pujuk pakcik Rahim lagi.
Pakcik Rahim juga merasa bersalah kerana sudah mencuri masa pengantin baru itu. Memang seronok berkawan denga Mikhael sebab ramah dan bagus orangnya, tetapi dia pun faham angin pengantin baru. Setelah yakin, Mikhael bersetuju.
"Kalau macam tu, Mikhael masuk dulu." kain lap cermin kereta dihulur kepada Pakcik Rahim sebelum dia berlari anak masuk ke dalam rumah mengejar langkah isterinya.
Pintu bilik ditutup rapat, tshirt yang dipakai semasa mencuci kereta dilepaskan mendedahkan otot otot badan dan baju tadi dimasukkan ke dalam bakul pakaian kotor yang tersedia. Mata meliar mencari sosok isteri yang tidak kelihatan di ruangan utama kamar.
"Yara?" dia menyeru isterinya. Dia jenguk ke dalam kamar mandi, tiada.
"Sayang!" panggilnya sekali lagi bila Yara masih tidak menyahut.
Sesaat,
"Ya!" Yara sahut dari satu ruangan.
Mata Mikhael meliar apabila sahutan dijawab.
YOU ARE READING
MARIPOSA MILIK MIKHAEL
Romance"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for my falling in love?" - Fawwaz Mikhael "I don't want a husband who honors me as a queen if he does n...