Air mata dihapus laju. Dia terus berdiri dan menatap Aqib di sisi.
"Saya nak balik. Mikhael mana?" Yara ingin tahu lokasi suaminya. Memang dia akan terus tuju kepada lelaki itu sebelum terlambat. Rasa bersalah yang teramat sangat.
"Mikhael dah pergi." kata Aqib perlahan.
"Pergi mana?" hatinya diterpa rasa tidak enak. Tolong jangan cakap Mikhael pergi misi lagi. Dia mahu memohon ampun pada suaminya terlebih dahulu sebelum terlambat.
"Pergi..." meleret Aqib menutur kata sebelum ayatnya tergantung gara gara sesuatu.
Sekonyong-konyong, Yara terdiam saat muncul satu bayang bayang di dekat bayang bayangnya. Bayang bayang itu hadir kerana ada seseorang yang sedang berdiri di belakangnya saat ini. Suasana tadi yang cerah kini menjadi redup gara gara ada sosok tinggi yang melindungi dia. Melihat senyuman penuh makna Aqib, laju Yara toleh ke belakang untuk melihat gerangan tersebu.
Sebaik dia menoleh, matanya terpanah mata helang sosok itu. Mata mereka berpaut. Saling berhubung melalui anak mata. Sekali lagi air matanya jatuh. Ternyata
Mikhael yang sedang berdiri di situ. Tatkala itu, hingus disedut semula seperti anak kecil. Yara hapus air mata dengan belakang tangan. Wajah Yara yang merah kerana menangis ditatap oleh Mikhael penuh rasa.Saat ini Yara mahu memeluk Mikhael ketat ketat. Namun melihat lelaki itu masih statik dan hanya mendiamkan diri membuatkan Yara menjadi ragu ragu. Dia takut Mikhael marah padanya. Setelah apa yang dia buat, tidak pelik jika Mikhael ada rasa marah terhadapnya. Dan dia layak menerima amarah itu.
"Don't you want to hug me, mariposa? I miss when you are in my arms." sapa Mikhael lembut bersama senyuman manis buat isteri tercinta.
Kedua belah tangan didepakan selebar mungkin. Menunggu kehadiran rama rama kecilnya masuk ke dalam dakapan. Melihat respon itu, Yara terus lari masuk ke dalam dakapan Mikhael dengan kuat. Dia peluk Mikhael seerat mungkin.
"Yara minta maaf, abang. Yara bukan isteri yang baik. Yara salah. Yara berdosa pada abang. Yara tengking abang. Yara tuduh abang macam macam. Yara hukum abang tanpa beri peluang kepada abang untuk menjelaskan apa apa. Maafkan Yara, abang. Yara tak nak jadi isteri derhaka. Yara khilaf." luahnya bersama tangisan kecil di dalam dakapan Mikhael.
Kepala Yara bertutup shawl putih itu diusap Mikhael perlahan.
"Shhh... it's okay, sayang. Yara tak salah. Abang faham. Yara adalah isteri yang terbaik dalam hidup abang. Tak ada ganti. Abang dah lama maafkan Yara. But please. Don't do this again. Jangan lari rumah seorang diri macam ni. Abang risau. Abang takut kehilangan Yara. Janji, hm?" pujuknya lalu mendaratkan bibir pada ubun ubun Yara.
Akhirnya, Mikhael boleh bernafas dengan tenang. Dia sudah bertemu dengan bidadarinya semula. Kalau bukan disebabkan bantuan Maleeq, mungkin dia tidak akan tahu Yara sedang berada di sini. Sebaik Maleeq berjaya jejak lokasi Yara, terus dia mengajak Aqib ke sini. Saat ini, dia sangat berterima kasih kerana ada adik yang bekerja sebagai anggota polis. Untuk pertama kali dia rasa ada adik yang berguna dalam hidupnya.
"Yara janji." jawab Yara laju seraya meleraikan pelukan.
Kedua belah wajah Yara dipekup.
"Good girl. Tapi, disebabkan Yara degil. Abang nak denda Yara." kata Mikhael bersama wajah nakal.
"Denda apa?" dia menyoal bersama wajah polos. Matanya terkelip kelip memandang wajah tampan si suami.
Sekonyong-konyong,
"Aku ada dekat sini lagi, Mikhael." sampuk Aqib dengan keras apabila memahami denda yang dimahukan Mikhael.
Eh, bersarang pula hati dia dengan mamat tu sekarang. Semalam bukan main macam orang dah putus harapan hidup bila bini tinggal. Hari ni gatal merela pulak dia. Rasa geram nak jijak.
YOU ARE READING
MARIPOSA MILIK MIKHAEL
Romance"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for my falling in love?" - Fawwaz Mikhael "I don't want a husband who honors me as a queen if he does n...