Setelah hampir dua minggu Aeryss dan Harith telah memutuskan untuk tidak berjumpa, mereka merancang untuk berjumpa ketika di Hari bahagia mereka nanti.
Akhirnya Hari Yang telah ditunggu tunggu sudah tiba. Aeryss menilik penampilannya di hadapan cermin.
" Masya Allah Ryss cantiknya kauuu" kata aisya ikhlas. Betullah Aeryss memang cantik walaupun dengan solekan nipis sahaja mampu menampakkan aura anggunya. Nampak seri pengantin barunya.
" Kau pun cantik jugak" Aeryss segera memeluk aisya dengan erat.
" Kau lepas ni Jaga diri ya? Lepas ni tak Ada dah orang nak membebel kat Aku , kejut Aku bangun pagi" ujar Aeryss sebak.
" Ish kau pun, terima kasih sebab selalu Ada dengan Aku Aeryss layan perangai tak semengah Aku ni " aisya segera mencebik.
" Tau pun tak semengah, dah jangan nangis kau ni halah , walaupun Aku dah kahwin nanti Aku still Akan datang rumah ni untuk jumpa kau tau " aisya segera mengangguk.
" Ryss jom turun , pengantin lelaki dah sampai" kata gadis yang berbaju biru muda itu.
" Dah jom turun " aisya segera mengelap air matanya lalu menarik tangan Aeryss untuk segera turun ke bawah. Majlis Kali ini diadakan di rumah kediaman Aeryss selepas hampir 3 Hari dia memujuk ibunya.
" Ok boleh saya mulakan?" Kata tok Kadi itu. Apabila mendapat anggukan orang disitu tok Kadi pun memulakan akad nikah itu.
"Aku terima nikahnya nur Aeryss zaphyra binti Ahmad zulkarnain dengan mas kahwinnnya Rm3000 tunai." kata Harith dengan sekali nafas.
" Alhamdulillah sah"
"Sah"
"Sah"
"Sah"Usai habis membacakan doa Harith segera pergi ke arah pelamin Dan duduk Di sebelah isterinya.
" Assalamualaikum bidadari abang" kata Harith lembut.
" Meh la sini tangan tu, abang nak sarungkan cincin" Aeryss segera menghulurkan tangannya Yang sudah bergetar.
" Tarik nafas sayang " Harith tersenyum kecil apabila melihat tangan isterinya Yang sudah bergetar Dan berpeluh. Lantas Harith mencium dahi licin itu lembut." Okay stay macam Tu 1,2,3 klik " kata cameraman itu.
Hampir setengah jam mereka menangkap gambar bersama keluarga Dan saudara mara Dan kawan kawan mereka akhirnya dapat juga mereka makan.
" Yang lain kalau nak makan boleh dah ye, jemput makan" kata aisya. Haih budak ni buat kerja tak berbayar pulak dia.
" Bidadari abang ni nak makan ke tak?" Harith segera merangkul pinggang Aeryss.
" Err n-n-nak " balas Aeryss gagap.
" Jom pergi kat meja Sana , diorang dah
sediakan nasi untuk Kita" Aeryss mengangguk dan mereka menuju kemeja tersebut bersama Sama.Habis Saja Majlis tersebut mereka segera menuju ke bilik untuk berehat. Walaupun Masih ada sedara Yang Masih ada ruang tamu tapi Ariana segera menyuruh mereka untuk Naik ke bilik untuk berehat.
" Aish susahnye la baju ni" Aeryss Cuba menurun zip baju Di belakang badannya. Hampir putus asa sahaja dia.
" Haihh apa guna Ada suami sayang , meh sini abang tolong" Harith segera menurunkan zip dibelakang baju isterinya. Aeryss segera mengigit bibir , malu .
" Dah pergi Mandi Sana busuk " Harith membuka songkoknya.
" Ish suke hati je dia" kata Aeryss geram lalu membawa kaki menuju ke bilik air. Harith segera tersenyum melihat tingkah isterinya.
Continue
YOU ARE READING
Bidadari milik harith (Slow Update SPM)
Romance𝒏𝒐 𝒎𝒂𝒕𝒕𝒆𝒓 𝒘𝒉𝒂𝒕 𝒉𝒂𝒑𝒑𝒆𝒏𝒔, 𝑰 𝒘𝒊𝒍𝒍 𝒔𝒕𝒊𝒍𝒍 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒚𝒐𝒖 𝒖𝒏𝒕𝒊𝒍 𝒎𝒚 𝒍𝒂𝒔𝒕 𝒃𝒓𝒆𝒂𝒕𝒉 - Aeryss zaphyra 𝑰 𝒘𝒊𝒍𝒍 𝒘𝒂𝒊𝒕 𝒇𝒐𝒓 𝒚𝒐𝒖 𝒆𝒗𝒆𝒏 𝒊𝒇 𝒚𝒐𝒖 𝒂𝒓𝒆 𝒏𝒐𝒕 𝒃𝒚 𝒎𝒚 𝒔𝒊𝒅𝒆 - Harith hashriq